Jalan-Jalan Cari Sayur & Buah di Pasar Tani LD

8:22 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi sempat jalan-jalan ke Pasar Tani LD. Banyak jualan sayuran segar seperti pucuk paku-pakis, paku rawan, pucuk ubi, pucuk betik, rebung buluh, pucuk geti, cili padi dan segala macam hasil kampung. Lokan dan siput laut pun ada. Apalagi sewaktu melihat buah-buahan, rasa hendak borong banyak-banyak! Ada jambu, nangka, belimbing besi, pelbagai jenis pisang dan entah apa lagi. 

Kami beli untuk keperluan:

Hasil dari Pasar Tani LD.


Genjer



Kami pilih batang genjer berbunga dan berdaun muda. Tangkainya panjang dan daunnya apabila kembang kelihatan seperti daun teratai kecil.


Rasa genjer sedikit pahit dana agak berlendir tetapi kalau dimasak tumis pedas, sedaplah pula. Tak sabarlah pula hendak masak tumis sambal belacan!

Pucuk & Bunga Betik

Tidak ketinggalan beli sayur kegemaran Encik Suami, pucuk dan bunga betik. Biasanya Amie akan masak tumis dengan udang kering. Agak lama juga tidak masak lodeh, iaitu masakan tradisi masyarakat Melayu Cocos. Biasanya masakan lodeh mereka pucuk dan bunga betik ditambah dengan pucuk ubi dan jantung pisang.

Umbut Kelapa Sawit

Tak ada umbut kelapa, dapat umbuk kelapa sawit pun jadilah. Sekarang agak susah hendak dapat kelapa parut! Maklumlah kelapa sawit sudah ambil alih tanaman pokok kelapa. harapkan santan kotak sahajalah.

Terus terbayang masak lemak putih umbut kelapa sawit!

Terung Pipit

Walaupun ada pokok terung pipit di belakang rumah, tetapi tidaklah berbuah lebat untuk sekali petik. Belilah juga terung pipit di pasar tani. Sedapnya kalau sudah jadi sambal!

Keluarga Encik Suami panggil terung pipit ini buah rengas. Selain terung pipit, nama lainnya ialah terung rembang, terung manggul, terung lalat dan terung hutan. Orang putih sebut namanya sebagai Turkey berry atau wild pea eggplant.

Bonda panggil cepokak!
Waktu kecil dahulu selalu disuruh petik terung pipit dikebun. Terasa-rasa lagi gatal-gatal lengan sebab terkena bulu putih di batang pokok terung pipit. Bonda suka buat ulam. Kadang-kadang dibuat sambal.

Durian Belanda, Jambu batu & Buah Salak

Durian Belanda

Kami suka beli durian belanda sebab:
  • Kaya dengan antioksidan
  • Meningkatkan sistem imun
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Membantu penvernaan
  • Menenangkan dan bantu tidur
  • Mengandungi unsur perubatan herba Nusantara
Dulu di kebun arwah MIL pokok durian belanda berbuah lebat. MIL suka buat ais krim durian belanda.

Buah Salak

Sekarang jarang sangat hendak jumpa buah salak di LD. Dahulu, zaman Abang Farid masih kecil kami selalu bawa buah salak sebagai oleh-oleh balik ke Malaya. Banyak jenis buah salak boleh dipilih terutama yang manis dan harum. Kali ini tiada pilihan. Buah salak yang dijual pun tidak banyak. Dapatlah beli sekilogram.

Jambu Batu Tanpa Biji

Nampak jambu batu, teringinlah pula beli yang tidak ada biji. Rupanya yang tidak berbiji ini sudah kena reject. Yang elok sempurna sudah habis dibeli pelanggan. Tidak apalah, belilah sekilogram dapatlah lima biji. Hari ini sahaja, sudah dua biji Amie makan jambu batu tidak berbiji ini.

Teringat sewaktu di sekolah rendah, cikgu beritahu jambu batu mengandungi vitamin C yang sangat tinggi kira-kira 4 atau 5 kali ganda lebih banyak daripada oren, dan 20 kali lebih banyak daripada epal! Kata-kata cikgu itu Amie ingat tapi nama dan rupa cikgu itu sudah lupa! Terima kasih cikgu.

Lemon

Lemon ini bukan dari Pasar Tani LD.  Encik Suami petik dari pokok di depan rumah kami.

8 comments

  1. Seronoknya pergi pasar tani..mcm2 beli tu kak...

    BalasPadam
  2. Semuanya segar.. best kan ke pasar tani, yg lemon tu syoknya tanam sendiri... pahit x lemon local tu kak?

    BalasPadam
  3. Dana dah lama teringin nak rasa genjer atau paku rawan tu, tapi takut kalau rasanya pahit or tak sedap. Biasa tengok kat tiktok ramai orang Indonesia kongsi menu genjer ni jadi kita teringin. Sedapnya umbut kak, masak lemak putih atau campur dengan ayam kampung sedap manis rasnaya kan

    BalasPadam
  4. Sayur genjer atau paku rawan, saya tak pernah makan. Umbut kelapa sawit pun saya tak pernah tengok. Dulu arwah mak saya suka buah durian belanda tu. Banyak sayur beli, kak. 😊

    BalasPadam
  5. fresh sungguh sayuran dgn buah-buahan tu.
    oh jambu batu lagi tinggi vitC dari oren rupanya!

    BalasPadam
  6. Terong Pipit tuh saya sukaaaa. Di sini sebutnya rimbang. Biasanya dalam makanan Batak, jadi campuran dalam sayur ubi tumbuk. Sedap, ada pahit2 sedikiiiit. Kalau orang Sunda pula dijadikan ulam. Makan mentah dengan sambal belacan. Saya suka juga dimakan mentah.

    Sirsak memang segar. Tapi dulu saya tak suka kak. Karena agak asam dan lembek 🤣. Ntah kenapa, makin besar, makin suka dengan sirsak. Beberapa tempat memang sebutnya durian Belanda.

    Genjer itu saja yg saya jarang makan. Ada sejarah gelap kalo berkaitan genjer 😅😅. Krn dulu saat masih ada partai komunis di sini, genjer ini dibuat lagu khas komunis oleh mereka. Dan sempat dinyanyikan di mana2 tiap ada acara komunis. Sampai kemudian terjadi peristiwa sejarah pemberontakan PKI (partai komunis Indonesia) , sejak itu semua logo, simbol, lagu, yg terkait komunis dibanned. Jadi genjer yg tak salah apa2, jadi terlibat 🤣🤣. Krn itu kami jrg ketemu genjer 😅

    BalasPadam
  7. Tak nak komen panjang, nak ajak hubby ke LD satu hari nanti, kena pergi Pasar Tani LD ni. 😍😍😍

    BalasPadam
  8. Genjer biasa nampak gak kat pasar tapi tak pernah beli. Pernah baca ada yang dicelur sahaja dijadikan ulam.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe