Firdaus Ajak Makan Tengah Hari di Ratu Geprek
11:24 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah makan tengah hari? Kami belum lagi. Sekarang saja-saja hendak tulis entri cerita kelmarin. Firdaus ajak makan tengah hari di Restoran Ratu Geprek di Sri Perdana. Katanya, dia pernah makan indomie goreng ayam geprek di sini. Kami tak pernah makan di sini. Jadi siapa bawa Firdaus ke tempat ini? Rupanya tahun lepas, sewaktu Firdaus mengikuti kelas tuisyen, bapa kawannya (bapa Khalid) pernah bawa Firdaus bersama Khalid makan di sini.
| Menu tengah hari di Ratu Geprek. |
| Firdaus - Teh O Ais |
| Amie & Encik Suami - Chinese Tea |
| Encik Suami - Nasi Goreng Ayam Geprek |
| Nasi Goreng + Ayam Goreng + Tempe & Terung Goreng + Hirisan Timun & Sambal |
| Ayam Geprek |
| Setiap hidangan didatangkan bersama semangkuk kecil sup kosong. |
| Firdaus - Indomie Goreng Ayam Geprek |
Walaupun ada sambal di dalam hidangan Indomie Goreng Ayam Geprek tetapi apabila Encik Suami tawarkan sambalhya, Firdaus ambil juga. Encik Suami tak tahan pedas.
| Nampaklah sedikit ayam goreng digeprek dalam hidangan indomie. |
| Amie - Bakso Biasa |
Kita sudah minum kopi dan makan cekodok di kantin ladang, jadi perut masih belum lapar. Tapi kita makan jugalah Bakso Biasa. Kuahnya tak berempah sangat. Terasa ringan ketika dihirup.
Wokey!
Sebentar lagi Firdaus akan pulang dari sekolah. Jom masuk dapur, masak untuk makan tengah hari!
10 comments
ngam ngam kak ana blog walking sini time lunch, pergh!! Lapar sungguh rasa tengok gambar-gambar menu Amie :)
BalasPadamJemput makan AJ.
PadamNampak sedap pulak nasi goreng ayam geprek tu. Lapar terus nampak ni.
BalasPadamSedap kot berbanding nasi putih.
PadamTengok menunya, terus jadi lapar.
BalasPadamJemput Diela.
Padamfirdaus mmng suka makan pedas ye. selalu budak2 tak tahan sangat, bagus firdaus ni!
BalasPadamYa, dia suka pedas. Selalu bising kalau tak ada sambal.
PadamUntung Daus...hari hari makan sedap .rezeki anak bongsu 🤭
BalasPadamSebenarnya sedap lagi makan masakan sendiri Mama Cella. Makan di luar sebab tak sempat masak.
Padam