Dari Lisbon (Portugal) ke Toledo (Sepanyol
3:56 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Di bawah bacaan suhu sejuk-sejuk manja 16'C bas mula bergerak meninggalkan Lisbon.
Selamat tinggal Lisbon!
Selamat tinggal kota kebanggaan Alfonso de Albuquerque.
Bas menyeberangi jambatan gantung (road & rail) Ponte 25 de Abril yang berdiri gagah di atas Sungai Tagus yang menghubungkan Lisnom di seberang utara sungai dengan Almada, di seberang selatan Portugal. dari tebing Lisbon ke tebing Almada
Selamat tinggal Lautan Atlantik yang terletak di muara Sungai Tagus!
Sekarang bas sudah berada di sempadan Almada. Melihat rakan-rakan sudah tertidur, kita pun rasa hendak lelapkan mata juga. Rasa sayang juga tidak dapat melihat pemandangan di sepanjang jalan. Mana tahu ada kambing, lembu atau kuda sedang meragut rumput! Bolehlah ambil gambar. Sayangnya, kita pun ikut terlelap sama setelah merakam beberapa keping gambar!
Inilah antara gambar-gambar terakhir yang sempat kita rakam di Portugal sebelum memasuki wilayah Toledo di Sepanyol.
Matahari Portugal nampak memancar walau dalam musim sejuk dan awan kelihatan mendung di sepanjang jalan.
Kelihatan jajaran pokok epal yang menunggu waktu ketibaan musim bunga untuk berbunga dan berputik.
Ladang pokok anggur di musim sejuk. |
Ladang pokok zaitun. |
Apabila terjaga, rupanya kami sudah memasuki sempadan Sepanyol!
Bas berhenti di sebuah hentian rehat di Merida. Kami tumpang tandas dan solat jamak zohor dan asar di sini. Terima kasih empunya kafe kerana membenarkan kami menggunakan tandas percuma di sini. Kami juga dibenarkan menggunakan ruang di bahagian belakang kafe untuk menunaikan solat.
Selesai solat, ada yang duduk seketika di kafe mnikmati kopi dan ada yang membeli air mineral serta makanan. Kami jalan-jalan di bahagian souvenir dan beli apa yang diingini. Sebenarnya, untuk menyatakan rasa terima kasih kepada tuan kafe!
Sementara menunggu rakan-rakan menunaikan solat dan minum di kafe, Amie habiskan masa dengan merakam beberapa keping gambar di sini.
Perjalanan diteruskan menuju ke tempat penginapan di Toledo. Sebagaimana yang dijanjikan, di dalam bas kami beramai-ramai membaca Surah Yasin dan bertahlil dengan diketuai oleh tour guide kami, Ustaz Azhar.
3 comments
Photo-photonya sungguh luar biasa
BalasPadamAneka cenderama mata juga keren keren bentuknya
Ayo abadikan juga lewat video, biar lebih seru
Bestnya berjalan masa ni sebab cuaca pun sejuk je.....cantik pulak tempatnya.
BalasPadamCantiknyer pemandangan kebun mereka
BalasPadam