Mix Soto : Semangkuk Pelbagai Isi dan Aneka Rasa
7:54 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini kami singgah makan di D'Perdana Square. Perut rasa pedih sebab hanya alas perut dengan bekalan dua biji telur rebus, sebiji epal dan minum air kosong. Tak sempat cari makanan di kantin kerana kerja-kerja menoreh berterusan dari awal pagi sehinggalah selesai sesi.
Encik Suami bawa ke kedai Mix Soto. Belum duduk di kerusi untuk memesan menu, sudah terbayang semangkuk soto dengan kuahnya yang panas!
Jom kita tengok apa ada dalam semangkuk Mix Soto itu. Mix soto bermaksud pelbagai campuran lauk dalam satu mangkuk soto. Kuahnya sama seperti kuah soto biasa, tetapi ada extra isi, pelbagai dan lebih berat serta mengenyangkan.
Amie - Bihun Mix Soto Seafood & Beef |
Encik Suami - Bihun & Mix Soto Seafood & Chicken |
Ada bebola ikan, bebola udang dan isi siput kahanga. Hirisan ayam tersembunyi di bawah kuah. |
Hidangan Bihun Mix Soto & Chicken Encik Suami datang berasingan. Bihun dalam mangkuk lain, dan sup mix soto dalam mangkuk lain.
Bismillah |
Mari pindahkan pandangan ke mangkuk mix soto Amie. Nampaknya aksesori Mix Soto Seafood and Beef tenggelam oleh kuah sup. Amie minta campur sekali bihun di dalam mangkuk mix soto.
Kuahnya semerbak aroma daging! Apabila diselongkar dari bawah, nampak meriah sungguh dengan pelbagai isi seperti di bawah ini:
- Udang
- Bebola Ikan
- Bebola Udang
- Isi Siput Kahanga
- Hirisan Daging
- Sayur
Bebola udang diperbuat daripada udang segar. Terasa lunak dan manisnya isi udang.
Isi siput kahanga pun rasa lembut saja, tak liat. Isi siput kahanga yang berwarna kuning, di depan bebola udang dan berjiran dengan hirisan daging.
Tak sabar hendak hirup kuahnya yang panas! Pergghhh... memang rasa berempah soto!
Gambar isi siput kahangan yang lebih jelas di apit oleh bebola ikan dan hirisan kecil daging. |
Untuk rasa lebih padu, tambahkan sesudu kecil sambal cili padi dan perahkan jus limau kasturi. |
Wantan Goreng |
Sambal hirup kuah soto dan makan aksesorinya, tidak lupa sambil-sambil makan wantan goreng. Isinya udang segar cincang. Encik Suami makan sekeping saja. Apabila Amie tanya kenapa tak makan lagi, katanya nanti Amie tak cukup makan.... ahaks!
Set wantan mengandungi tujuh keping. Agaknya melihat Amie tak berhenti menyumbat wantan dalam mulut, itu pasal Encik Suami makan sekeping saja.
Kita pun tak larat hendak habiskan semua wantan yang ada sebab perut sudah penuh dengan Bihun Mix Soto Seafood & Beef. Amie sorong piring wantan goreng ke Encik Suami. Eh, dia makanlah wantan itu! Oooo... baru tahu, Encik Suami malu-malu kucing rupanya.... ahaks!
Wantan Goreng |
Chinese Tea |
Selesai makan, rasa kenyang dan sudah semestinya senang hati. Kalau makan soto biasa sudah cukup sedap, mix soto ini kiranya 'upgrade version' sebab ada pelbagai jenis isi dan aneka rasa yang meriah dalam satu mangkuk.
2 comments
Lain dengan soto kat semenanjung ye?
BalasPadamtercari2 isi siput tu... tak pernah tengok
BalasPadam