Temankan Firdaus Makan Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki )
7:57 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hendak berehat-rehat sahaja di rumah. Kelmarin berada di ladang, jadi tukang masak untuk program SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Pukul 1:30 tengah hari makanan sudah sedia untuk diagihkan kepada semua peserta program.
Firdaus pula ikut serta dalam Program Bestari Solat di sekolahnya bermula dari pukul 7:30 hingga pukul 1:00 tengah hari. Awal pagi lagi sudah tunjuk perasaan tak mahu ke sekolah. Kita pujuk, balik sekolah nanti pergi makan di Restoran Nasi Lemak. Tak mahu, katanya! Tak mahu makan. Okey...okey!
Sedang kita minum di dapur, tiba-tiba Firdaus bersuara: Katanya nak bawa Daus makan. Kenapa tak jadi?
Eh, budak ini.
Dia yang jual mahal, dia kata kita pula yang tak jadinya!
Barangkali penat setiap hari ikut banyak program sekolah, jadi keletihannya itulah punca marah-marah! Apa tidaknya. Sebaik sahaja selesai pertandingan Choral Speaking, ada latihan untuk penggambaran mini documentary pula. Tiba-tiba setiap petang ada lagi latihan Choral Speaking untuk pertandingan peringkat negeri pula.
Petang tadi kami bawalah Firdaus ke Encik Oppa Cafe. Suka sangatlah dia dapat masuk cafe makanan Korea. Dia pun terus pilih menu Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki + Cheese).
Firdaus : Rabokki Cheese |
Encik Suami : Ais Lemon Tea |
Firdaus : Matcha Latte |
Apalah agaknya keistimewaan menu ini sehingga menambat selera Firdaus?
Selesai makan, katanya perutnya kenyang sangat!
Amie : Mixed Kimbap & Fried Dumpling |
Fried Dumpling |
Mixed Kimbap |
Encik Suami : Bibimbap Chicken |
Encik Suami pilih bibimbap sebab banyak sayur dan ada nasi. Kiranya untuk makan malam sekalilah, katanya. |
Jadinya, kami tiga beranak dapatlah melayan lidah dengan selera Korea yang menggabungkan rasa pedas, manis dan likat dalam hidangan Rabokki Cheese, menu pilihan Firdaus. Encik Suami pula menikmati Bibimbap Chicken hingga licin. Agaknya lidahnya dapat menerima dengan baik kimchi yang pedas masam itu. Dan kita sendiri makan hingga habis kimbap yang lembut dan harum serta ayam goreng sos merah menyala gabungan gochujang atau pes cili Korea itu! Pedas tapi manis.
Encik Oppa Cafe |
29 comments
Ice lemon tea tu menyegarkan. Ayam goreng tu pun nyumsss nampak jugak friend dumpling. Sedapnya.
BalasPadambyk betul aktiviti Firdaus...Alhamdulillah, ke peringkat negeri...tak pernah makan rabokki...
BalasPadamAmboi Daus! Kemain dia!
BalasPadamBudak2 sekarang suka betul masakan korea.
BalasPadamTak pernah lagi makan masakan Korea. Risau tak kena dengan tekak. Tapi dalam gambar semua nampak enak dan rasa teringin :)
BalasPadamwowww banyak nya makanan
BalasPadamBoleh bayangkan bila Firdaus tak puas hati tu... dah sama macam Wafi je.
BalasPadamAyat "kata nak keluar kenapa tak jadi" tu... memang ayat universal bila dah agak cool😁
Bagus betullah mommy dan babah Daus layankan anak bujang keciknya makan makanan Korea.
BalasPadamAnak² skrg mmg selera international kn kak... anak² sy pun mcm tu jugak... tinggal kita nk layan atau tak je selera depa ni
BalasPadamPenat pun takpelah Daus, dapat makan besar :D
BalasPadamlelaki ni mudah dipujuk ya kak, ajak makan terus setel. Dana pun suka menu macam Daus tu kak, kenyal-kenyal pedas gitu. Semua menu nya nampak sedap kak.
BalasPadamOppa Cafe. 😁 Bestnya, sesekali layan menu Korea.
BalasPadambussy betuk]l firdaus dengan aktiviti sekolah, semoga dipermudahkan semuanya. dapat PAJSK tinggi nanti 💖💖 semua sedap makanan koreanya....
BalasPadamini menu kesukaan saya
BalasPadamSedap dan nikmat
Enak di lidah
Alolo merajuk daus. Tapi bila dapat makan sedap mesti dia puas hati. Tenguk air daus Ya Allah sedapnya dah le sekarang musim panas.
BalasPadamsaya makanan korea ni tak berapa gemar...
BalasPadamFirdaus suka sebab ada cheese tu kot
BalasPadamKalau saya suka lagi makan kimbap 🤤 kecik, cukup zat karbo, protein dan sayur. Makan segulung kimbap tu pun dah kenyang
Huntung daus dapat makan sesedap
BalasPadammain petik jari aje
Tengok air tu memang menyegarkan.
BalasPadamAmie, tahu dak hari tu pertama kali lah kak ana melawan selera try makan menu Korea kat GPO Genting, ada yang boleh kena dengan selera ada yang tak berapa huhu, anak paksa kak ana makan hari tu :)
BalasPadam1 seleraaaa kita Daus 🤭😁. Aunty pun sukaaaa sangat dengan Korean foods. Yg pedas, likat begini. Kalo dah ketemu makanan Korea, bisa macam di pesan, termasuk kimbab nya 😍😍
BalasPadamKesiannya Daus. Penat sbb padat dgn aktiviti lepas sekolah. Kalau kita pun agaknya lembik jugak tiap2 hari jadual padat mcm tu hihi. Makanan Korea tak berapa kena di tekak saya. Entah kenapa. Btw apa khabar Kak Amie? Lama tak jengok blog kawan2 rindu pulak.
BalasPadamdaus suka makanan korea ya
BalasPadamSemua sedap ni Kak Amie. Favorite kami Korean food ni.
BalasPadamMelihat foto Matcha Latte sepertinya seger sekali ketika diminum ya Mbak.
BalasPadamWarna Matcha Latte yang hijau, sekilas saya jadi teringat cendol...
Salam,
Tak nak tapi mau ni Firdaus ni...jual mahal mula2...penat sangat agaknya tu...apapun menu tu semua buat SA terliur...especially ramen Firdaus tu..sygnya aunty SA sedang diet la Firdaus
BalasPadamAntara makanan jepun dan korea ammi lebih suka korea sbb pedas
BalasPadambdk2 skarang suka sgt menu camni....ramen suka juga tp tteokbokki pernah la try ank punya menu ..bole la sesudu hehe
BalasPadamMemang penat sungguh tu. Mujur boleh makan pujuk lepas dapat makan makanan Korea. Seronoklah dia dapat makan sedap-sedap apa yang dia suka. Makanan korea ni kena bercheese dan pedas baru sedap.
BalasPadam