Temankan Firdaus Makan Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki )

7:57 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini hendak berehat-rehat sahaja di rumah. Kelmarin berada di ladang, jadi tukang masak untuk program SPM bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Melayu. Pukul 1:30 tengah hari makanan sudah sedia untuk diagihkan kepada semua peserta program. 

Firdaus pula ikut serta dalam Program Bestari Solat di sekolahnya bermula dari pukul 7:30 hingga pukul 1:00 tengah hari. Awal pagi lagi sudah tunjuk perasaan tak mahu ke sekolah. Kita pujuk, balik sekolah nanti pergi makan di Restoran Nasi Lemak. Tak mahu, katanya! Tak mahu makan. Okey...okey!

Sedang kita minum di dapur, tiba-tiba Firdaus bersuara: Katanya nak bawa Daus makan. Kenapa tak jadi?
Eh, budak ini.
Dia yang jual mahal, dia kata kita pula yang tak jadinya!

Barangkali penat setiap hari ikut banyak program sekolah, jadi keletihannya itulah punca marah-marah! Apa tidaknya. Sebaik sahaja selesai pertandingan Choral Speaking, ada latihan untuk penggambaran mini documentary pula. Tiba-tiba setiap petang ada lagi latihan Choral Speaking untuk pertandingan peringkat negeri pula.

Petang tadi kami bawalah Firdaus ke Encik Oppa Cafe. Suka sangatlah dia dapat masuk cafe makanan Korea. Dia pun terus pilih menu Rabokki Cheese (Ramen + Tteokbokki + Cheese).

Firdaus : Rabokki Cheese

Encik Suami : Ais Lemon Tea

Firdaus : Matcha Latte


Apalah agaknya keistimewaan menu ini sehingga menambat selera Firdaus?


Selesai makan, katanya perutnya kenyang sangat!

Amie : Mixed Kimbap & Fried Dumpling

Fried Dumpling

Mixed Kimbap

Encik Suami : Bibimbap Chicken

Encik Suami pilih bibimbap sebab banyak sayur dan ada nasi. Kiranya untuk makan malam sekalilah, katanya.

Jadinya, kami tiga beranak dapatlah melayan lidah dengan selera Korea yang menggabungkan rasa pedas, manis dan likat dalam hidangan Rabokki Cheese, menu pilihan Firdaus. Encik Suami pula menikmati Bibimbap Chicken hingga licin. Agaknya lidahnya dapat menerima dengan baik kimchi yang pedas masam itu. Dan kita sendiri makan hingga habis kimbap yang lembut dan harum serta ayam goreng sos merah menyala gabungan gochujang atau pes cili Korea itu! Pedas tapi manis.


Encik Oppa Cafe


29 comments

  1. Ice lemon tea tu menyegarkan. Ayam goreng tu pun nyumsss nampak jugak friend dumpling. Sedapnya.

    BalasPadam
  2. byk betul aktiviti Firdaus...Alhamdulillah, ke peringkat negeri...tak pernah makan rabokki...

    BalasPadam
  3. Budak2 sekarang suka betul masakan korea.

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi makan masakan Korea. Risau tak kena dengan tekak. Tapi dalam gambar semua nampak enak dan rasa teringin :)

    BalasPadam
  5. Boleh bayangkan bila Firdaus tak puas hati tu... dah sama macam Wafi je.
    Ayat "kata nak keluar kenapa tak jadi" tu... memang ayat universal bila dah agak cool😁

    BalasPadam
  6. Bagus betullah mommy dan babah Daus layankan anak bujang keciknya makan makanan Korea.

    BalasPadam
  7. Anak² skrg mmg selera international kn kak... anak² sy pun mcm tu jugak... tinggal kita nk layan atau tak je selera depa ni

    BalasPadam
  8. Penat pun takpelah Daus, dapat makan besar :D

    BalasPadam
  9. lelaki ni mudah dipujuk ya kak, ajak makan terus setel. Dana pun suka menu macam Daus tu kak, kenyal-kenyal pedas gitu. Semua menu nya nampak sedap kak.

    BalasPadam
  10. Oppa Cafe. 😁 Bestnya, sesekali layan menu Korea.

    BalasPadam
  11. bussy betuk]l firdaus dengan aktiviti sekolah, semoga dipermudahkan semuanya. dapat PAJSK tinggi nanti 💖💖 semua sedap makanan koreanya....

    BalasPadam
  12. ini menu kesukaan saya
    Sedap dan nikmat
    Enak di lidah

    BalasPadam
  13. Alolo merajuk daus. Tapi bila dapat makan sedap mesti dia puas hati. Tenguk air daus Ya Allah sedapnya dah le sekarang musim panas.

    BalasPadam
  14. saya makanan korea ni tak berapa gemar...

    BalasPadam
  15. Firdaus suka sebab ada cheese tu kot
    Kalau saya suka lagi makan kimbap 🤤 kecik, cukup zat karbo, protein dan sayur. Makan segulung kimbap tu pun dah kenyang

    BalasPadam
  16. Huntung daus dapat makan sesedap
    main petik jari aje

    BalasPadam
  17. Amie, tahu dak hari tu pertama kali lah kak ana melawan selera try makan menu Korea kat GPO Genting, ada yang boleh kena dengan selera ada yang tak berapa huhu, anak paksa kak ana makan hari tu :)

    BalasPadam
  18. 1 seleraaaa kita Daus 🤭😁. Aunty pun sukaaaa sangat dengan Korean foods. Yg pedas, likat begini. Kalo dah ketemu makanan Korea, bisa macam di pesan, termasuk kimbab nya 😍😍

    BalasPadam
  19. Kesiannya Daus. Penat sbb padat dgn aktiviti lepas sekolah. Kalau kita pun agaknya lembik jugak tiap2 hari jadual padat mcm tu hihi. Makanan Korea tak berapa kena di tekak saya. Entah kenapa. Btw apa khabar Kak Amie? Lama tak jengok blog kawan2 rindu pulak.

    BalasPadam
  20. Semua sedap ni Kak Amie. Favorite kami Korean food ni.

    BalasPadam
  21. Melihat foto Matcha Latte sepertinya seger sekali ketika diminum ya Mbak.
    Warna Matcha Latte yang hijau, sekilas saya jadi teringat cendol...

    Salam,

    BalasPadam
  22. Tak nak tapi mau ni Firdaus ni...jual mahal mula2...penat sangat agaknya tu...apapun menu tu semua buat SA terliur...especially ramen Firdaus tu..sygnya aunty SA sedang diet la Firdaus

    BalasPadam
  23. Antara makanan jepun dan korea ammi lebih suka korea sbb pedas

    BalasPadam
  24. bdk2 skarang suka sgt menu camni....ramen suka juga tp tteokbokki pernah la try ank punya menu ..bole la sesudu hehe

    BalasPadam
  25. Memang penat sungguh tu. Mujur boleh makan pujuk lepas dapat makan makanan Korea. Seronoklah dia dapat makan sedap-sedap apa yang dia suka. Makanan korea ni kena bercheese dan pedas baru sedap.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe