Menginap Dua Malam di LA Hotel
10:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas. Jalan-jalan ke Tawau setelah membatalkan rancangan untuk ke Semporna. Terus menuju ke LA Hotel. Walk in saja, tak buat tempahan online. Hanya ada bilik dua katil single sahaja. Bolehlah. Daftar masuk terus walaupun ketika itu pukul 11:45 pagi, tetapi kami dibenarkan masuk kerana bilik sudah sedia dikemas. Barangkali disebabkan ada pesta Regatta Lepa di Semporna, jadi banyaklah pengunjung terutama dari luar negara yang turut menginap di Tawau.
Sebelum ini pernah bermalam di LA Hotel. Jadi tak banyaklah perkara hendak dikongsi. Boleh baca di sini:
Tujuannya hanya untuk santai-santai sahaja. Cukuplah dapat berehat dengan selesa.
Sudut kegemaran Encik Suami. |
Ada extra bantal disediakan. |
Bilik air pun nampak selesa. |
Lengkap disediakan shower cap. |
Kalau sudah jenis bilik air begini, waktu bersiram kenalah tutup kepala dengan shower cap supaya tidak basah. |
Basah rambut sikit pun tidak mengapa. Ada hair dryer juga.
Pemandangan dari tingkap kaca bilik hotel.
Nampak menara masjid pula. Di mana tu?
Petang itu kami jalan-jalan ke tepi laut. Rupanya kedudukan masjid ini berhampiran laut, di seberang jalan sahaja.
Encik Suami kata, susahlah hendak cari tempat letak kereta. Sepanjang jalan di tepi pantai (jalan raya) penuh bersusun kereta. Ramai yang mengambil angin petang di sini.
Kali ini memang berat sungguh tangan hendak beri makan HP. Agaknya sudah tersimpul dalam hati, hendak jalan-jalan santai sahaja.
Jadinya, selepas ambil angin pantai sekejap kami terus pergi shopping, beli hadiah untuk majlis kahwin, beli hadiah ulang tahun untuk empat cucu buah dan kemudian balik semula ke hotel.
9 comments
Banyak jugak kemudahan dalam bilik hotel tu. Bantal pulak leper ye.
BalasPadamItu yang tak best kan... nacam bantal lama tak bertukar. Leper dan lembik hehehee.
PadamWahhh.. cantiknya bantal patchwork tu. En Majid mesti susah hati kalau tak nampak kereta depan mata. Kak Amie, memang kadang² rasa nak santai² tak ambil gambar rasa best betul.
BalasPadamBetul tu SK. Pilih LA Hotel pun sebab banyak ruang letak keretanya.
PadamLepas ni memang nak jalan lenggang kangkung tak payah amik gambar.
Seronok betul kalau hotel ada bagi extra bantal.
BalasPadamKadang katil dah empuk... dapat pulak bantal kepet... dah terpaksa lipat bila nak tidur. Tak puas rasanya.
Ha betul tu, kena lipat bantal bagi tinggi.
PadamCantiknya pemandangan tepi laut tu, waktu petang. Langit pun cantik. Boleh rasa angin bertiup, sebab air laut begitu. Saya sendiri pun sudah lama tidak lepak tepi laut waktu petang.
BalasPadamSuasana tepi laut tak macam dulu kata Encik Suami. Sekarang banyak betul orang ambil angin petang tepi laut. Tu yang susah nak cari tempat letak kereta.
Padamterkejut saya ingatkan LA los angeles, ahaks!
BalasPadamselalu bantal hotel gebu, ini leper pulak ye.. sakit leher rasanya. tapi biliknya nampak selesa dan boleh check in awal tu pun cukup bagus dah