Menginap Dua Malam di LA Hotel

10:20 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita minggu lepas. Jalan-jalan ke Tawau setelah membatalkan rancangan untuk ke Semporna. Terus menuju ke LA Hotel. Walk in saja, tak buat tempahan online. Hanya ada bilik dua katil single sahaja. Bolehlah. Daftar masuk terus walaupun ketika itu pukul 11:45 pagi, tetapi kami dibenarkan masuk kerana bilik sudah sedia dikemas. Barangkali disebabkan ada pesta Regatta Lepa di Semporna, jadi banyaklah pengunjung terutama dari luar negara yang turut menginap di Tawau. 


Sebelum ini pernah bermalam di LA Hotel. Jadi tak banyaklah perkara hendak dikongsi. Boleh baca di sini:

Tujuannya hanya untuk santai-santai sahaja. Cukuplah dapat berehat dengan selesa.



Sudut kegemaran Encik Suami.


Ada extra bantal disediakan.

Bilik air pun nampak selesa.

Lengkap disediakan shower cap.


Kalau sudah jenis bilik air  begini, waktu bersiram kenalah tutup kepala dengan shower cap supaya tidak basah.


Basah rambut sikit pun tidak mengapa. Ada hair dryer juga.


Pemandangan dari tingkap kaca bilik hotel.



Nampak menara masjid pula. Di mana tu?


Petang itu kami jalan-jalan ke tepi laut. Rupanya kedudukan masjid ini berhampiran laut, di seberang jalan sahaja.


Encik Suami kata, susahlah hendak cari tempat letak kereta. Sepanjang jalan di tepi pantai (jalan raya) penuh bersusun kereta. Ramai yang mengambil angin petang di sini.


Kali ini memang berat sungguh tangan hendak beri makan HP. Agaknya sudah tersimpul dalam hati, hendak jalan-jalan santai sahaja.

Jadinya, selepas ambil angin pantai sekejap kami terus pergi shopping, beli hadiah untuk majlis kahwin, beli hadiah ulang tahun untuk empat cucu buah dan kemudian balik semula ke hotel.

Suasana malam di roof top ketika makan malam di Roof Garden Lounge LA Hotel.



Sewaktu shopping (beli hadiah kahwin & hari jadi) ternampak bantal-bantal bersarung patchwork. Teringat bantal lembik leper di hotel. Belilah dua biji bawa masuk hotel.

Selamat beradu.


9 comments

  1. Banyak jugak kemudahan dalam bilik hotel tu. Bantal pulak leper ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang tak best kan... nacam bantal lama tak bertukar. Leper dan lembik hehehee.

      Padam
  2. Wahhh.. cantiknya bantal patchwork tu. En Majid mesti susah hati kalau tak nampak kereta depan mata. Kak Amie, memang kadang² rasa nak santai² tak ambil gambar rasa best betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SK. Pilih LA Hotel pun sebab banyak ruang letak keretanya.
      Lepas ni memang nak jalan lenggang kangkung tak payah amik gambar.

      Padam
  3. Seronok betul kalau hotel ada bagi extra bantal.
    Kadang katil dah empuk... dapat pulak bantal kepet... dah terpaksa lipat bila nak tidur. Tak puas rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha betul tu, kena lipat bantal bagi tinggi.

      Padam
  4. Cantiknya pemandangan tepi laut tu, waktu petang. Langit pun cantik. Boleh rasa angin bertiup, sebab air laut begitu. Saya sendiri pun sudah lama tidak lepak tepi laut waktu petang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana tepi laut tak macam dulu kata Encik Suami. Sekarang banyak betul orang ambil angin petang tepi laut. Tu yang susah nak cari tempat letak kereta.

      Padam
  5. terkejut saya ingatkan LA los angeles, ahaks!
    selalu bantal hotel gebu, ini leper pulak ye.. sakit leher rasanya. tapi biliknya nampak selesa dan boleh check in awal tu pun cukup bagus dah

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe