Cerita Mangga Udang dan Teka Berat
7:45 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, kita minta tolong Encik Suami petik dua biji mangga udang. Esok hendak bawa bekal menoreh di ladang. Petang tadi sewaktu kita masuk dapur hendak masak, terpandanglah dua biji mangga udang tergolek dalam bakul di tepi tingkap.
Mangga udang untuk bekal pergi menoreh. |
Antara gambar mangga udang yang sempat dirakam kalau Encik Suami letak di dapur. Kata Encik Suami, mangga udang yang sudah tua sudah dibahagi-bahagikan keluarga dan kawan-kawannya. Amie ingatkan Encik Suami, jangan lupa hulur kepada jiran juga. Jangan risau, masih ada atas pokok, katanya.
Mangga udang yang masak, Encik Suami kupas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh dimakan begitu sahaja. Memandangkan banyak yang sudah masak, jadi Encik Suami sejukbekukan. Firdaus suka buat smoothie mangga. Mangga yang disejukbeku itu dikisar bersama yogurt dan susu segar. Tidak perlu bubuh gula atau madu sebab rasanya sudah cukup manis dan masam dan lemak yogurt.
Ini gambar mangga udang yang 'duduk' di perdu pokok. Amie ambil gambar ini pada bulan Jun lalu, sebelum ulang tahun Encik Suami pada 17 Jun 2025.
Buah mangga udang ini pula hampir mencecah tanah.
Semua buah mangga udang dibungkus oleh Encik Suami. Amie hanya buka dua tiga bungkusan sekadar untuk ambil gambar.
Ambil gambar saja, tapi tak timbang beratnya.
Kelmarin bawa dua biji mangga udang ke ladang. Kawan-kawan penoreh bukan main seronok melihat saiznya yang besar. Terima kasih kepada yang tolong kupas dan yang bawa pencecahnya.
Apa yang melucukan, kawan-kawan sedang bersarapan ketika mangga udang dipotong dan tidak sabar untuk makan. Setelah makan mangga udang bersama-sama, masing-masing mengatakan kenyanglah pula dan tidak dapat menghabiskan sarapan. Ada yang bungkus sarapan untuk dimakan kemudian. Eh, makan mangga boleh mengenyangkan rupanya!
Dua biji mangga udang. |
Inilah dua biji mangga udang yang akan dibawa ke ladang esok pagi, dan Amie sempat timbang. Di kesempatan ini, Amie buka ruangan untuk teka berat dua biji mangga. Syaratnya:
- Boleh teka berat dua biji buah mangga mangga sekaligus.
- Boleh teka setiap biji mangga udang iaitu Mangga Udang Pertama dan Mangga Udang Kedua di bawah ini.
Mangga Udang Pertama |
Mangga Udang Kedua |
Kepada yang pernah mengikuti entri mangga udang Amie's Little Kitchen sebelum ini, mungkin mereka sudah boleh agak beratnya. Untuk pengetahuan, setiap kali pokok mangga udang kami berbuah, paling kecil seberat 1.3 kilogram dan paling besar 2.8 kilogram. Jadi, cuba congak-congak berapa berat mangga udang untuk teka berat kali ini.
Pemenang yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat sudah tentulah akan dapat hadiah. Tarikh tutup meneka akan dimaklumkan kemudian. Selamat mencuba.
8 comments
Saya baru tahu ada mangga dipanggil mangga udang. Selalunya saya pukul rata panggil semua mangga sebagai mangga. Saya cuba teka ye. Mangga udang pertama 2.3 kg. Mangga udang kedua 1.5 kg
BalasPadamOoooo... Ini la mangga udang yg dalam lirik lagu keroncong Jali-Jali dari Indonesia tu?
BalasPadambesar betul mangga ni. mangga ni sama je macam pisang tak boleh dimakan kerap sbb kandungan gulanya tinggi. ini kata pakar pemakananlah. tp ammi ni tiap hari buat shake letak pisang huhuhu.
BalasPadamuntuk kedua-duanya ammi teka 3.8kg
Saya ikut hanya utk seru2an saja ya kak 😘. Tebakan saya untuk 2 mangga udang ini, 5.8 kg 😄
BalasPadamSeronok juga main teka² ni. Sy cuba ye, 4.2kg utk dua² biji tu Kak Amie :)
BalasPadamBanyak hasilnya kali ni. Macam-macam menu boleh di olah. Dapat bawa bekal buah sekali dan berbahagi rezeki. Memang boleh kenyang makan mangga ni. Saya teka 3.5kg untuk kedua-dua berat mangga ni.
BalasPadamowhh mangga udang namanya
BalasPadambesar mangga udang...saya teka 3.7kg
BalasPadam