Cerita Mangga Udang dan Teka Berat

7:45 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang, kita minta tolong Encik Suami petik dua biji mangga udang. Esok hendak bawa bekal menoreh di ladang. Petang tadi sewaktu kita masuk dapur hendak masak, terpandanglah dua biji mangga udang tergolek dalam bakul di tepi tingkap.

Mangga udang untuk bekal pergi menoreh.


Antara gambar mangga udang yang sempat dirakam kalau Encik Suami letak di dapur. Kata Encik Suami, mangga udang yang sudah tua sudah dibahagi-bahagikan keluarga dan kawan-kawannya. Amie ingatkan Encik Suami, jangan lupa hulur kepada jiran juga. Jangan risau, masih ada atas pokok, katanya.

Mangga udang yang masak, Encik Suami kupas dan simpan dalam peti sejuk. Boleh dimakan begitu sahaja. Memandangkan banyak yang sudah masak, jadi Encik Suami sejukbekukan. Firdaus suka buat smoothie mangga. Mangga yang disejukbeku itu dikisar bersama yogurt dan susu segar. Tidak perlu bubuh gula atau madu sebab rasanya sudah cukup manis dan masam dan lemak yogurt.


Ini gambar mangga udang yang 'duduk' di perdu pokok. Amie ambil gambar ini pada bulan Jun lalu, sebelum ulang tahun Encik Suami pada 17 Jun 2025.


Buah mangga udang ini pula hampir mencecah tanah.
Semua buah mangga udang dibungkus oleh Encik Suami. Amie hanya buka dua tiga bungkusan sekadar untuk ambil gambar.

Ambil gambar saja, tapi tak timbang beratnya.




Kelmarin bawa dua biji mangga udang ke ladang. Kawan-kawan penoreh bukan main seronok melihat saiznya yang besar. Terima kasih kepada yang tolong kupas dan yang bawa pencecahnya.

Apa yang melucukan, kawan-kawan sedang bersarapan ketika mangga udang dipotong dan tidak sabar untuk makan. Setelah makan mangga udang bersama-sama, masing-masing mengatakan kenyanglah pula dan tidak dapat menghabiskan sarapan. Ada yang bungkus sarapan untuk dimakan kemudian. Eh, makan mangga boleh mengenyangkan rupanya!

Dua biji mangga udang.

Inilah dua biji mangga udang yang akan dibawa ke ladang esok pagi, dan Amie sempat timbang. Di kesempatan ini, Amie buka ruangan untuk teka berat dua biji mangga. Syaratnya:
  • Boleh teka berat dua biji buah mangga mangga sekaligus.
  • Boleh teka setiap biji mangga udang iaitu Mangga Udang Pertama dan Mangga Udang Kedua di bawah ini.
Mangga Udang Pertama

Mangga Udang Kedua

Kepada yang pernah mengikuti entri mangga udang Amie's Little Kitchen sebelum ini, mungkin mereka sudah boleh agak beratnya. Untuk pengetahuan, setiap kali pokok mangga udang kami berbuah,  paling kecil seberat 1.3 kilogram dan paling besar 2.8 kilogram. Jadi, cuba congak-congak berapa berat mangga udang untuk teka berat kali ini.

Pemenang yang dapat meneka dengan tepat atau hampir tepat sudah tentulah akan dapat hadiah. Tarikh tutup meneka  akan dimaklumkan kemudian. Selamat mencuba.

23 comments

  1. Saya baru tahu ada mangga dipanggil mangga udang. Selalunya saya pukul rata panggil semua mangga sebagai mangga. Saya cuba teka ye. Mangga udang pertama 2.3 kg. Mangga udang kedua 1.5 kg

    BalasPadam
  2. Ooooo... Ini la mangga udang yg dalam lirik lagu keroncong Jali-Jali dari Indonesia tu?

    BalasPadam
  3. besar betul mangga ni. mangga ni sama je macam pisang tak boleh dimakan kerap sbb kandungan gulanya tinggi. ini kata pakar pemakananlah. tp ammi ni tiap hari buat shake letak pisang huhuhu.

    untuk kedua-duanya ammi teka 3.8kg

    BalasPadam
  4. Saya ikut hanya utk seru2an saja ya kak 😘. Tebakan saya untuk 2 mangga udang ini, 5.8 kg 😄

    BalasPadam
  5. Seronok juga main teka² ni. Sy cuba ye, 4.2kg utk dua² biji tu Kak Amie :)

    BalasPadam
  6. Banyak hasilnya kali ni. Macam-macam menu boleh di olah. Dapat bawa bekal buah sekali dan berbahagi rezeki. Memang boleh kenyang makan mangga ni. Saya teka 3.5kg untuk kedua-dua berat mangga ni.

    BalasPadam
  7. besar mangga udang...saya teka 3.7kg

    BalasPadam
  8. Selama ni CCL asyik makan mangga biasa je… rupanya mangga udang ni level lain

    BalasPadam
  9. Bagus ada bagi petunjuk.
    Saya teka untuk kedua-duanya jumlah 5 kg.

    BalasPadam
  10. arr.. suka tau kak amie soh teka-teka.. dah lah tekaan tak pernah mengena 😂
    tapi nak cuba juga lah... 4.8kg bagi kedua-duanya.

    BalasPadam
  11. kalau kat tempat Taufik ni mereka panggil ni Mangga telinga gajah ...mungkin sebab besar dan menyerupai telinga gajah

    BalasPadam
  12. di Kuantan ni pun ada jual mangga besar2 macam mangga udang kak amie,ada yang warna merah,oren,kuning tapi tak tau la apa nama mangga ni..geram je tengok semua besar-besar
    saya teka yang besar 2.1kg,yang kecil tu 1.7kg

    BalasPadam
  13. besar betul buahnya kak...
    dana teka mangga pertama 2.4kg mangga kedua 2.5kg

    BalasPadam
  14. Total 4.3Kg...besar mcm tu mmg boleh buat kenyang...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum cikgu ami.. Besar2 buah mangga udang nya. tentui sedap tu klu masak di pokok. sy teka berat 3.7kg untuk kedua nya.

    BalasPadam
  16. Saya cuba teka. Agak-agak boleh sampai ke 4.6 kilo tak. Saya suka mangga. Kalau time musim dia banyak emm memang berbiji2 beli dan makan.

    BalasPadam
  17. Itu diaaa.. pertandingan teka mangga udang, kembali. Sy jarang beruntung bab teka berat mangga udang ni tapi sy nak cuba jugaklah, mana tahu kali ni ada rezeki, kan. Sy teka 5.59kg.

    BalasPadam
  18. Kak Amie, tekaan sy tadi utk berat 2 biji mangga udang tau. Lupa nak beritahu, hehe.

    BalasPadam
  19. Nak teka juga lah, saya teka kedua-duanya 5.4 kg

    BalasPadam
  20. Tak masuk rupanya comment tadi, sy teka 5.45 kg untuk kedua-duanya.

    BalasPadam
  21. SA teka yg pertama 2.8kg dan yang ke dua 2.5kg?

    BalasPadam
  22. rupanya bukan setakat ada durian udang merah, ada mangga udang rupanya
    saya teka berat utk kedua2 mangga adalah 5.46 kg

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe