Western Food di Sage Cafe + Kitchen
2:44 PTGPertamanya, nak ucapkan terima kasih daun keladi gajah buat anak buah yang telah belanja kami hidangan barat di Sage Cafe + Kitchen pada minggu lepas. Sebelum Encik Suami berangkat memandu ke Lahad Datu bersama Firdaus, Abang Aznan sudah buat tempahan makan di Tawau. Ketika itu Fuad ada bersama Abang Aznan. Dapatlah kami makan bersama, kecuali Fairuz di Lahad Datu (tak ikut ke Tawau) dan Abang Farid sudah sampai di KLIA.
Amie pun lupa-lupa ingat apa yang kami makan waktu itu. Hidangan sendiri saja yang tak dilupa iaitu Charbroiled Sirloin. Mulanya abang Aznan cadangkan bahagian rusuk tapi habis pula, dan tukar sajalah dengan Charbroiled Sirlion ini. Fuad pilih Sage Mix Grilled dan Encik Suami pula nak makan BBQ Lamb Shoulder.
Charbroiled Sirloin |
BBQ Lamb Shoulder |
Sage Mix Grilled |
Chicken Bolognese Spaghetti |
Aglio Olio Prawn |
Fries |
Hawaian Chicken Pizza |
Abang Aznan & family. |
11 comments
Semua sedap2 tu...Sage tu nama salah satu english herb kan..Biru la mata hitam semua makan western tu..hihihi.Betul muka cikgu nampak panjang.Jelous...tapi nama kata nak diet memang jauh panggang dari api.Hihihi
BalasPadamWuaah ...pesta besar ini namanya...,banyak aneka makanan dan minuman sedap.
BalasPadamSelamat berpesta 😊
Wah, kita tertarik betul melihat persembahan makanannya
BalasPadamUish, sedapnya :)
BalasPadamMakan ramai-ramai bertambah rasa sedapnya. Lama tak makan western. Weekend ni nak carilah
BalasPadamSedapnya Kak Amie...SA mmg suka sirloin steak tu...mana- mana pun mmg pilih sirloin
BalasPadamlamanya tak makan nachos !!! kak amie ni buat org craving heheh
BalasPadamMinuman tu...macam sedap je bahan-bahannya.
BalasPadamMuka makin panjang...makin slim la tu kan... :)
Sedap2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Sedapnya... tiba-tiba jadi teringin nak makan nachoe dengan pizza 🤤
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki orang belanja. Hidangan macam ni susah nak ingat namanya. Terbelit lidah nak menyebutnya pun. Muka runcing tanda kurus tu kak amie. Okay dah tu :)
BalasPadam