Nasi Goreng Malandong & Nasi Ambang
11:10 PGBerehat seketika dari melaksanakan tugasan online. Sebentar lagi Firdaus akan pulang dari sekolah agama. sejak minggu lepas, asyik mengamuk saja kalau hendak ke sekolah, dan waktu sampai ke rumah. Pening kepala memikirkan apa masalah budak satu ini. Asyik mengamuk!
Petang kelmarin, Amie beritahu Encik Suami, dua hari lepas Firdaus tanya: Kenapa dulu Mommy selalu mandikan Daus? Mommy pakaikan Daus baju. Kenapa sekarang Mommy tak buat Daus begitu?
Kita jawab: Daus sudah besar. Daus sudah boleh mandi dan pakai baju sendiri.
Encik Suami kata, mungkin dia teringat-ingat apa yang pernah kita buat padanya dulu.
Pagi tadi, bangun tidur pun marah-marah. Selepas keluar dari bilik air, Encik Suami suruh Firdaus datang dekat kita. Kita pun lapkan rambut dan badannya yang basah. Sapu bedak ke badannya, dan pakaikan semua kelengkapan ke sekolah agama.
Allahu Akbar! Firdaus senyum gembira. Nampak ceria sangat pagi ini!
Kita cerita pula tentang jalan-jalan cari makan. Ini cerita kelmarin. Oleh kerana hanya berdua dengan Encik Suami, jadi kami makan di luar sahaja. Kami pilih kedai makan Lelek Sawal di Bandar Seri Perdana. Encik Suami minta Nasi Goreng Malandong. Amie pilih Nasi Ambang (di kedai makan ini dieja Nasi Ambang bukan Nasi Ambeng). Minumannya pula, segelas jus epal hijau pilihan encik Suami,dan segelas jus timun, pilihan Amie.
Nasi Ambang di sini memang berbezalah dengan nasi Ambeng kita. Nasi Ambeng kita mesti ada serondeng kelapa dan sambal goreng. Mari kita berkenalan dengan Nasi Ambang Lelek Sawal ini. Selain nasi putih, ada keropok, ayam goreng, ikan keropok goreng, telur masin, kacang panjang dan terung ungu goreng, acar timun, mangga, hirisan timun dan tempe goreng. Sedap sambal belacan yang tenggek atas nasi tu.
Jus epal hijau dan jus timun. |
12 comments
Alolo daus nak jadi 'baby' lagi la mama...:p
BalasPadamMentang-mentang anak bongsu...
Padamwahh..dua2 nampak sedap..lengkap nasi goreng malandong tu..ada keropok, telur goreng, ayam goreng, sate..
BalasPadamBanyak lauknya kan.
PadamFirdaus nak perhatian mommy tu rupanya. Sedapnya hidangan lengkap macam ni. Ada sate lagi tu. Puas hati lah makan hidangan macam ni Kak Amie :)
BalasPadamAgaknya rasa tak dipeduli sejak kebelakangan ini. Tu yang suka mengamuk tu.
PadamBetul puas hati, pelbagai lauk.
Itulah kan, biasa tak sibuk WFH ada 24jam kat rumah. Bila dah mula kerja dia rasa macam tu agaknya kot. Takpe, dah tahu camne nak tackle perasaan dia tak mengamuk senang kerja kak amie :)
Padamlain betul nasi ambeng sana ye kak, kalau dana comfirm frust sebab terbayangkan ayam masak kicap atau ayam masak merah, sambal goreng, serunding kelapa...
BalasPadamDi sini majoriti penduduk tempatannya kaum Bajau, dan sebahagiannya Bugis. Susah sangatlah nak jumpa orang Jawa. Nak makan nasi ambeng kena buat sendiri.
PadamLain plak nasi ambeng kat sana ye...sedapnya semua makanan tu..alalalala Daus..manje ye...
BalasPadamnasi goreng malandung ye? first time dengar niii..
BalasPadamOwh nama arwah ibunya.ingatkan ada maksud lain dalam dealek sabah..hihi
BalasPadamSemoga roh ibunya dicucuri rahmat.
Anak bongsu memang lain macam la manja kan..maklumlah abang2nya dah tak kacau & mommy ,& baba pun dah cool bila semakin bertambah umur kan...