Jalan-Jalan Cari Makan Tengah Hari di Tawau
9:02 PTGApabila Abang Aznan tahu kami akan hantar Fuad ke Airport Tawau pada pagi Ahad 21 Mac 2020, kami diminta datang ke bandar Tawau untuk makan tengahari. Abang Aznan sudah tempahkan meja makan untuk kami. Jadi dari LD kami terus ke Tawau. Setelah kenyang menjamu selera, kami patah balik menghala ke Airport Tawau. Penerbangan Fuad dari Johor ke Tawau pada pukul 4:15 petang. Kebetulannya, tidak ada seorang pun kawan yang terbang bersama ketika itu.
Fuad naik grab dari airport ke Larkin Central. Risau pula kami apabila Fuad beritahu tak sempat naik bas ke Batu Pahat malam itu. Dia terlewat sampai ke stesen bas. Katanya, esok pagi dalam pukul 9 malam baru boleh bertolak. Dari semasa ke semasa kami berbalas mesej. Katanya, dia duduk di surau sepanjang malam.
Kepala ikan masak asam pedas ini masih lagi berasap dan menggelegak.
Firdaus sebenarnya hendak makan nasi ayam, tetapi apabila ternampak snack yang Amie pesan, dia pun terus makan sampai kenyang!
Apabila nasi ayam sampai ke meja, Firdaus tak mahu makan. Terpaksalah Encik Suami makan sampai kekenyangan! Jangan rasa mengantuk sewaktu memandu sudahlah!
Nasi ayam. |
12 comments
Wah,uniknya makan mee berkuah asam pedas tu.Tak pernah lagi jumpa kat sini....teringin
BalasPadamHihiiii... anak buah kami memang suka bawa kami makan ke tempat yang tak pernah kami pergi. Pelik-pelik menunya kan.
PadamWOW MENGGIURKAN SEMUA MENU TERBAIK
BalasPadamNampak menyelerakan semua gambar tu :0
BalasPadamRindunya mo jalan2 Sabah sana
BalasPadamsedapnya nmpk mknn kat sni. kedai mne ni ya? nnti klau dpt jln ke tawau, bleh la sggh sni
BalasPadamUncle geram aiskrim tu je.... Fuh!
BalasPadamTak pernah jumpa mee dengan asam pedas tu, boleh cuba nanti ni
BalasPadamUnik cara makan asam pedas ikan dengan mi tu. Sedapnya air markisa tu kak amie. Teringin pulak :)
BalasPadamsemuanya sedappppp asam pedas tu ikan apa kak?
BalasPadamOkey SA x nampak lain..SA nampak jus markisa tu..sedpanyaaa
BalasPadammee kuah asam pedas? menarik betul menu2 kt sini. jus pun sedap dpt minum panas2 terik ni
BalasPadam