Anak-Anak Sudah Terbang ke Malaya
6:08 PTGPejam celik pejam celik bersama turun naik dan naik turun jumlah Covid-19 dalam negeri dan dalam negara, akhirnya tibalah masanya anak-anak kembali menyambung pembelajaran masing-masing. Yang bersekolah kembali ke sekolah, yang di kolej kembali ke kolej dan yang di universiti kembali ke kampus.
Ahad 14 Mac 2021: Hantar Abang Farid ke Airport Tawau. Abang Farid terbang ke Kuala Lumpur pada pukul 11:25 pagi. Selepas hantar Abang Farid, Encik Suami teruskan perjalanan hantar Amie ke Tawau dan terus pulang ke Lahad Datu.
Abang Farid sampai ke rumah sewanya di Seri Iskandar pada pukul 1:52 pagi, 15 Mac 2021. Katanya bas dari KLIA lambat bergerak. Syukurlah selamat sampai.
Abang Farid dan Firdaus. |
17 Mac 2021, tamat mesyuarat selama 3 hari Amie pulang ke Lahad Datu. Dalam remang-remang senja sampai ke rumah. Terlupa Abang Farid sudah berada di Seri Iskandar, sebab ternanti-nanti Abang Farid duduk di ruang tamu untuk menyiapkan kerjanya seperti biasa.
Fuad dan Fairuz. |
21 Mac 2021, pagi Ahad. Hantar Fuad pula ke Airport Tawau. Walaupun akan terbang pada pukul 4:15 petang ke Johor tapi kena datang awal ke lapangan terbang. Musim-musim begini, ramai yang akan terbang. Minggu lepas sewaktu Abang Farid check in, panjang betul barisan! Kebetulan pula, sebelum Fuad terbang, Abang Aznan jemput kami makan tengahari di Tawau. Malam ini Fairuz tidur di Tawau dan akan pulang ke Lahad Datu esok bersama Abang Aznan.
Sekarang, tinggal kami bertiga di rumah. Encik Suami, Amie dan Firdaus. Sedih pula rasa hati apabila Firdaus berkata : Kenapa tinggal kita bertiga? Kenapa rumah jadi sunyi?
Wahai anak-anak, Abang Farid dan Fuad.
Pandai-pandailah jaga diri, pandai-pandailah bawa diri di tempat orang.
Mana-mana bebelan Mommy dan Baba, yang bermanfaat itu jadikanlah sempadan dan tauladan hidup di perantauan.
Berkaca-kaca mata ini apabila terlihat kembali gambar-gambar yang sempat dirakam ketika bersama bujang-bujangan kami. Abang Farid selalu buat jus buah dan akan pelawa Amie minum. Abang Farid akan bawa segelas ke tempat Amie sedang siapkan kerja. Kadang-kadang Abang Farid buatkan orange juice, dan kadang-kadang apple juice.
Terima kasih Abang Farid!
Fuad pula suka sediakan minuman panas seperti koko.
Sama juga seperti Abang Farid. Minuman dihantar ke tempat Amie sedang menyiapkan tugasan.
Fairuz dan Firdaus. |
Nampaknya rumah memang akan kembali seperti suasana 6 bulan yang lalu!
Tinggallah Fairuz dan Firdaus yang akan menjadi peneman kami. Fairuz memang rajin sangat kalau kita suruh buat jus. Apa sahaja buah yang ada dalam peti sejuk, dia akan kisar ikut citarasanya!
Ini smoothie yang Fairuz buat. Fairuz gunakan campuran buah strawberi, rasberi dan blueberi dan juga yogurt.
Huurrrmmm.... entahlah! Macam melalut pula entri kali ini. Mudah-mudahan Fuad selamat sampai ke rumah sewanya malam ini. In shaa Allah. Katanya, akan naik bas dari airport ke Parit Raja.
Ya Allah. Jagakan anak-anak kami!
10 comments
Masing masing kembali meneruskan perjuangan mereka. Semoga yang berjauhan baik baik je di Perak dan Johor. Sedih pulak bila Firdaus bertanya tu. yelah dah biasa rumah meriah. Takpe, abang Fairuz ada kat rumah buat peneman. Rajin anak anak akak buatkan air untuk mommy. Faham perasaan rindu tu kak amie, terluah di sini :)
BalasPadambegitulah kehidupan
BalasPadamTapi bila dah bercucu ni, wak lebih ingatkan cucu2 daripada anak2
Sayu hati, begitulah lumrah kehodupan. Dulu pun sy selalu bersedih bila terasa berpisah adik beradik
BalasPadamSunyi rumah. Apabila sudah terbiasa riuh, tiba-tiba rasa sayu.
BalasPadamSayunya soalan Firdaus tu..
BalasPadamCuma momen manis jadi pengubat rindu.
Sunyi la rumah kan then soalan firdaus pula, hmmmm
BalasPadamSemoga anak-anak semua dimudahkan urusan dalam belajar.Mommy& Baba bertabahlah dengan kesunyian.Nasib baik juga masih ada Daus ..
BalasPadamSemoga anak-anak kak Amie dan semua pelajar di Malaysia ni dilindungi Allah.
BalasPadamsemua dah pulang ke gagang.. hehehe
BalasPadamrajin anak2 bujang Amie..itu yg buat terkenang-kenang..
BalasPadamDoa ibu bapa sentiasa mengiringi anak2..