Buah Salak
9:35 PGLama tak makan buah salak. Jarang jumpa di LD. Dulu senang nak dapat. Bertandan-tandan boleh beli. Sekarang kalau nak makan, terpaksalah cari di Kunak atau Tawau. Itu pun kalau ada. Buah salak ini banyak jenis. Ada yang bulat. Ada yang lonjong. Ada yang kelat masam. Ada yang manis. Ada yang masam manis dan kelat sedikit. Kalau jumpa yang manis, memang berbiji-bijilah masuk perut. Biasanya salak madu rasanya manis.
Dahulu kami jadikan buah salak sebagai oleh-oleh istimewa kalau balik Malaya. Beberapa tahun kebelakangan ini jarang sangat nak bawa balik buah salak sebab susah nak dapat. Pernah sekali kami bawa pulang 30 kg buah salak dalam satu kotak. Ketika itu lapangan terbang masih di Subang. Ketika menghampiri pintu keluar, kami ditahan oleh dua orang polis airport. Masih terbayang lagi mereka kejar kami dari belakang. Masing-masing pegang belantan.
Kami diarahkan berhenti. Mereka kata kami bawa telur penyu dari Sabah. Oh! Barangkali mereka dapat laporan dari petugas bahagian kastam sewaktu mereka scan barang-barang kami.
Sambil tertawa, kami beritahu kamit tak bawa telur penyu. kami tahu telur penyu itu termasuk bahan larangan. Kami bawa buah salak!
Kedua-dua polis airport tersebut meminta maaf sebab salah sangka.
Kemudian kami naik teksi untuk pulang ke kampung. Pemandu teksi terbau aroma buah salak. Maklumlah, buah salak yang terperap di dalam kotak selama beberapa jam dalam penerbangan, sudah tentulah menjadi panas dan aromanya terkeluar! Sampai di rumah, kami berikan sedikit buah salak untuk pemandu teksi.
Bonda akan bahagi-bahagikan buah salak kepada jiran tetangga dan saudara mara.
Beberapa tahun kemudian, tumbuhlah pokok-pokok salak di celah pokok kelapa sawit di sekitar rumah. Itu ialah hasil campak biji selepas makan buah salak! Oleh kerana ada pokok salak jantan dan betina, maka berlakulah pendebungaan, dan dapatlah merasa buah salak dari pokok yang tidak sengaja tumbuh!
19 comments
Sedapnya buah salak madu. Lama sangat tak makan. Sayangnya pokok ditebang.
BalasPadamSedapnya buah salak fresh. Dapat yang manis tu syoklah makan. Suka rasa buah salak manis dan rangup tu. Memang susah nak cari buah salak ni sekarang. Tak perasan pulak buah salak ni aroma bau dia kuat. Dulu dulu orang suka buat jeruk. Tapi saya suka makan buah salak fresh lagi daripada jeruk.
BalasPadamAlahaii sayangnya ditebang pokoknya kak amie.
Dulu, Kita ingat buah Salak ni cuma ada di Indo tau.. Iman pulak suka jeruk buah Salak..Kita kalau ada makan, tak ada tak apo, hihi
BalasPadamsusah nak jumpa kat sini...
BalasPadamAkak kalau dpt buah ni suka kupas siap2 letak dlm petiais..jd bertambah ranggup dan manis..dulu kt rumah ayah ada beratus pokok disekeliling rumah
BalasPadamBetul tu cikgu,dulu rasanya kat belah sini tak banyak buah salak.Kalau adapun buah salak dari Indonesia Zaman saya masih belajar tahun 90-an dulu,kalau bak balik kampung selalu beli buah salak kat Chow Kit @ kat Petaling Street sebelum terua ke Puduraya.Masa tu menag buay salak dari Indonesia.Sekarang dah ramai penanam salak di semenanjung
BalasPadamsedap buah salak ni tapi susah nak dapat. kat KL ni lg lah susah
BalasPadamKalau dapat yang jeruk tu sedap jugak..tapi yang fresh kat sini jarang jumpalah..biasa macam banyak dekat sebelah kelantan dan utara kan.
BalasPadamdulu2 nk mkn salak cari ja kat dlm hutan
BalasPadamsy x pandai mkn buah salak ni kak... selalu dlu masa pesta konvo member² suka sgt beli salak jeruk tp sy x masuk sbb baunya kuat.. hihihi... mcm nagka pn sama x mkn sbb bau kuat tp durian mkn pulak.. hahaha
BalasPadamsalak madu , isi tebal sedapp
BalasPadamtp sy lg suka salak kampung he hee kat umah kg kadang2 dpt la merasa kadang2 tak sempat kena kipnap dulu dgn penyamun
Saya sama macam Kak Mim, tak reti makan buah salak ni :)
BalasPadamlama x makan buah salak.. sini ada pokok pun tak leh tnegok buah ... ada jer serangan
BalasPadamdana suka salak rasa mcmne pun kak, kelat manis, manis leting pun dana bedal hehehe...
BalasPadamsuka dengan bau harum buah salak tu...
iya lah dulu kalau ada kwn yg berkursus di sabah antara ole-ole balik ke semenanjung mesti buah salak... sekarang kalau ada orang jual pun selalu buah salak siam salak madu yang manis tapi jarang orang jual
tgk buah salak ni trs teringat kwn ms sek men dulu. ayah dia bawa feri dr melaka ke dumai. setiap kali balik selalu bw buah salak dari sana. lps tu dia jual kt member2. sekilo ms tu dlm RM3 je kot. puas mkn
BalasPadamKalau makan buah salak dengan mak, dia kupas lepas tu isi bahagi dengan saya. Begitulah sampai habis, haha. Dapat yang manis dan rangup tu sedapnya lahai...Buah ni bermusim juga kan? Sebab jarang nampak orang jual.
BalasPadamSAa suka jugaka buah salak kak amie...sedap..tp suka yang madu jugak sebab manis...
BalasPadamlama tak makan buah salak. yg ada di penang ni hanya jeruk. kalau dpt fresh mesti kupas kulit dan simpan dlm peti ais makan sejuk2
BalasPadamKalau manis emmang sedap.. Tapi jarang dapat..
BalasPadam