Jering @ Jengkol

12:49 PTG

Entah berapa hari jering @ jengkol ini terletak di atas meja dapur. Ceritanya, minggu lepas kami berkumpul di rumah adik ipar di Silabukan, dan kemudian bersama-sama yang lain pergi meminang untuk anak buah di Taman Warisan. Kebetulan, adik ipar Amie dari Kampung Cocos sedang menjolok bertangkai-tangkai jering di depan rumah adik ipar di Silabukan. Dah pakai baju cantik-cantik sempat lagi jolok jering di pokok!

Amie pun tegur: Wah ada jering!

Adik ipar sahut : Nanti kita bagi-bagi.

Cerita pun habis di situ, dan Amie pun lupalah tentang jering itu.

Keesokan harinya, adik ipar di Silabukan telefon Encik Suami. Katanya, ada jering dia bawa untuk Amie, dan minta Encik Suami ambil di bengkel kereta, tempat kerjanya.

Tadi, setelah siapkan bekalan Firdaus dan menunggu budak itu pulang dari sekolah agama, Amie pun sempat kopek isi jering.


Ada isi jering yang masih muda dan ada yang sudah tua.


Isi yang sudah tua, mudahlah mengopeknya. Yang masih muda pula kena gunakan hujung pisau untuk cungkil isinya.


Sesiapa yang memakan jering, sudah tentulah akan mengeluarkan air kencing yang berbau kuat. Bagaimanapun, jering sangat bermanfaat terutama bagi pesakit kencing manis. Jering boleh diambil oleh pengidap diabetes secara berterusan tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja. Terdapat kandungan sebatian alkoloid dalam jering yang mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering juga dikelaskan sebagai racun sederhana kerana ia mempunyai asid djenkolic, asid amino yang menyebabkan keracunan. selepas memakannya, adakalanya menjadi penyebab sakit yang mencucuk, dan salur kencing menjadi tersekat serta timbul beberapa penyakit lain. Disarankan agar meminum banyak air kosong selepas memakan jering bagi mengurangkan pengumpulan asid djenkolic dalam badan di samping melawaskan air kencing.



Jering sudah siap dikupas tapi tak terfikir lagi nak buat apa. 

11 comments

  1. Oh, ada asid djenkolic, patutlah dipanggil jengkolll, hahaha.

    Jujur, kita tak pernah kopek jering tau Amie, tapi pernah makan di Restoran Mat Binjai, Terengganu, sedap betul jeringnya dimasak lemak

    BalasPadam
  2. dulu dana tak pernah makan jering, tapi ada 1 hari masa balik kampung... dana nampak adik dana no 3 tengah makan nasi dengan ulam jering, masa dia makan bunyi jering tu ranggup sangat... bila tanya dia kata sedap la, terus teringin cuba... pastu sampai sekarang dana makan jering tp tak la sekerap macam petai.

    adik dana no 3 tu dia makan macam orang tua, makan jering, kerdas, ulam pucuk betik ke apa segala yg mak makan dia pun makan... hehehhe dana dah tua baru belajar makan jering nih

    BalasPadam
  3. ok adik badik petai...
    tak makan juga..
    heheh mampu tgk je la dr kejauhan

    BalasPadam
  4. Buat sambal jering pun sodap. Aruah mak saya suka makan buah jering yang di tanam kat tanah sehingga berakar. Kakak saya dan aruah abang ipar pun suka, berebut kalau dapat jering muda. Makan tapi tak minat sangat sebab nanti jadi perfume di bilik air

    BalasPadam
  5. musim sekarang ni kak amie .adik SA suka la ni buat goreng berlada..mak pun makan.. SA x makan sbb x suka bau dia

    BalasPadam
  6. Huh,sedapnya jering walau tak sehebat petai tapi aroma tersendiri.Saya suka sambal jering & ulam jering cambah/semai

    BalasPadam
  7. LM suka jering yang sedang2. X tua sgt, x muda sgt. Tp dah 2 kali beli dpt yg muda sgt pulak haritu. Mcm x terasa apa bila lembut sangat. Haha. Tua sgt pun jenuh nak kunyah. Ada sekali tu beli tua mak aihh.last2 LM x tau nak buat apa. Nak buat ulam mcm tak da selera sbb keras sangat. Hiris nipis buat sambal campur bilis goreng rangup. Sedap la pulak. Tp bab kencing tu yang naya. 2 hari pun masih ada bau. Sobsss.

    BalasPadam
  8. Saya boleh makan jering yang dibuat sambal je. selain tu tak makan. Bab air kencing berbau jering tu memang tak boleh tahan. kalau tak kemana mana baru makan jering. kat luar memang tak makan :)

    BalasPadam
  9. jarang jumpa jering warna oren mcm tu. mungkin ikut tempat juga

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe