Nasi Goreng Ikan Kerapu : Bekal Firdaus ke Sekolah
3:41 PTGHari ini aktiviti tugas yang dirancang lari sedikit dari landasan tetapi kerja berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Tak sempat sarapan di padi hari, dan selesai tugas perut sangat berkeroncong. Oleh kerana keluar dari rumah berkongsi kereta dengan Encik Suami, Fairuz dan Firdaus, jadi balik rumah pun terpaksa minta Encik Suami ambil. Jalan raya... tak boleh dibawa bincang! Dari awal pagi penuh sesak dengan kenderaan... luar biasa! Ingatkan hanya hari Isnin sahaja traffic jam, tapi membawa sehingga ke hari ini. Sempat jugalah belikan donut untuk Firdaus buat bekal ke sekolah agama.
Abang Farid ada kelas tutorial. Tak dapatlah Abang Farid nak masak untuk bekal Firdaus ke sekolah. Amie pesan supaya masak nasi sahaja, dan pulang nanti Amie masakkan lauk untuk Firdaus. Fuad pula, tidur di rumah sepupunya.
Akhirnya, disebabkan habis masa di jalan, belilah sahaja bekal makanan untuk Firdaus. Seronoklah dia dapat bawa bekal nasi goreng dengan ikan goreng kerapu salut tepung.
Encik suami temankan Amie sarapan pagi merangkap makan tengahari di Bandar Tabanak. Encik Suami minum teh lemon sahaja. Amie order mee goreng telur, dengan ikan goreng kerapu.
16 comments
Sedapnya nampak sup tu kak amie..x tau oun ikan keraou bleh buat sup..nanri SA nak cuba la...td beli 2 keping ikan jenahak..nak buat sup tanpa minyak utk bekal pergi kerja esok..
BalasPadamsedapnya mee goreng..jarang dapat kt sini, ikan kerapu goreng salut tepung..
BalasPadamdi sana memang popular dengan sup ikan kan
BalasPadamIkan engko..hehe, memang tak pernah dengar/tau.
BalasPadamIsi ikan kerapu memang sedap, disalut tepung...mesti lagi sedap! Pun belum pernah cuba..hehe
kita xtau beza ikan kerapu ke...
BalasPadamslalu makan ikan kembung je heehe
Sedap tu bekal Firdaus nasi goreng dengan ikan salut tepung rengup. Kaya dengan hasil laut kat sana dapat makan selalu. Nama ikan pun macam-macam. Memang tak pernah dengar. datang sana kena cuba makan kat sini tempat favourite kak amie. Kalau dah kata sedap, harus cuba lah kan :)
BalasPadamAssalamualaikum kak amie. wah, sedap pulak nampak nasik goreng dgn ikan kerapu goreng tepung mcm tu. tak pernah terfikir pun nak buat mcm ni. maybe boleh try lepas ni... kak amie di Borneo sana kan? syurga seafood!
BalasPadamNampak sedap2 belaka
BalasPadamSelamat menjamu selera
Sedapnya ikan crispy tu..kerapu pulak tu...
BalasPadamIkan goreng rangup tu nampak sedap sangat!
BalasPadamAudi la perutkunsila bertabah
BalasPadamAduii
BalasPadamMenunya sedap2 belaka walaupun nampak simple
BalasPadamMacam-macam ikan ada di LD.
BalasPadamdessert utk firdaus :)
BalasPadamSaya suka mee hoon goreng. :)
BalasPadamNampak sedap belaka hidangan dalam gambar.