Kiriman Buku Daripada Sahabat Lama
6:15 PTGSeorang sahabat lama yang tidak pernah bersua muka sejak Amie terlontar jauh ke LD, telah mengirim 5 buah buku untuk Amie. Terima kasih sekalung budi buat Raudah yang sudi kirimkan hasil penulisannya bersama rakan-rakannya yang lain menerusi 5 judul;
- Meniti Pemulihan
- Kendera Kehidupan
- Literasi Kehidupan
- Memoir Terindah Tanah Suci
- Memoir Terindah Tanah Suci Jilid 2
Raudah kini bertugas sebagai Senior Lecturer di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya. Masih segar dalam ingatan, kali terakhir bertemu dengannya ialah beberapa hari sebelum Amie berangkat ke LD. Raudah bersama keluarganya (yang Amie ingat arwah ibunya), sempat menziarahi Amie di kampung. Masih terdengar di cuping telinga ini suara arwah emak Raudah ketika bercakap dengan Bonda kita : Kuat sungguh semangat hatimu lepaskan anakmu pergi jauh.
Ketika itu, Bonda hanya mampu mengesat air mata.
Zaman dahulu, posting ke Sabah dianggap sebagai sesuatu yang luar biasanya mengalahkan askar yang dihantar ke sempadan!
Di muka surat hadapan buku-buku yang dikirim, Raudah tuliskan antaranya: Sayang selalu (dalam tulisan Jawi dan Rumi), Semoga jadi Tetamu-Nya. Tulisan Raudah masih sama seperti dahulu!
Tiba-tiba mata masuk habuk sebab rasa rindu sangat dengan Raudah! Hampir 29 tahun tidak bersua muka.
- Memoir Terindah Tanah Suci
- Memoir Terindah Tanah Suci Jilid 2
- Literasi Kehidupan
- Kendera Kehidupan
- Meniti Pemulihan
Terima kasih sekali lagi buat Raudah atas ingatan ini. Hari Sabtu bersamaan 6 Mac 2021 lepas Raudah meminta alamat, dan hari ini kiriman sudah sampai ke tangan Amie. Sudah tentulah banyak sangat kenangan lama yang terus terpahat dalam ingatan terutama ketika bersama-sama menuntut di Universiti Malaya zaman remaja purba dahulu kala.
Hanya jarak dan waktu yang memisahkan kita, tetapi tidak dengan memori kita bersama. Moga Raudah sekeluarga sentiasa dipermudahkan segala urusan, dan mendapat rezeki serta limpah rahmat dari-Nya sepanjang masa.
18 comments
Seronok dapat kiriman dari jauh sahabat lama yang dirindui. Boleh jadi pengubat rindu ni. Selamat membaca kak amie. pasti menarik isi dalam buku tu.
BalasPadamSelamat membaca amie..
BalasPadamSeronoknya kawan beri buku-buku. Menarik tajuk buku.
BalasPadamalhamdulillah rezeki
BalasPadamSelamat mentela'ah cikgu
BalasPadamSelamat membaca
BalasPadamSemoga ukhuwah terus berkekalan
wah banyaknya dapat hadiah buku Alhamdulillah
BalasPadambestnya dapat buku
BalasPadamKerinduan dari kejauhan membuatkan sahabat amie mengirim buku tulisannya bagaikan menghantar orangnya turut sama ke LD. Semuga Allah mempertemukan sahabat lama amie dengan amie satu hari nanti. Aamiin
BalasPadamAlhamdulillah dah sampai. Ada satu lagi yg ada kisah kita belum terbit... Selamat membaca. Teringat novel Salami yg ada watak Adila tu... Ada lagi tak? Kalau ada nk belilah... Saya punya dah hilang dari radar pulak.
BalasPadamdimana boleh dibeli ya buku - bukunya ? nampak menarik untuk dibaca <3 <3
BalasPadamSeronoknya Kak Amie dapat bahan bacaan baharu. Moga suatu hari ada rezeki Kak Amie bersua muka dengan sahabat Kak Amie ni.
BalasPadamTahniah kak dpt byk buku yg bagus2
BalasPadamSeronoknya dapat hadiah buku :)
BalasPadamAlhamdulillah...boleh jadi santapan mata dan minda..
BalasPadamSelamat membaca. Moga suatu hari nanti kak Amie dan kak Raudhah dapat bertemu sekali lagi
BalasPadamkak amie mmg suka membaca kan skarang ni .. selamat membaca :)
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki juga tu, ada kawan baik yang masih ingat kat kita, walau lama tak bersua. Siap bagi buku lagi. :)
BalasPadam