Sarapan Mee Hoon Goreng Daging Bayam Brazil& Cucur Jagung

by - 9:43 PG

Berhenti rehat dulu dari BDR.

Nak  basahkan tekak dan buka tudung saji kejap.

Sarapan pagi kami balik-balik benda yang sama juga: Mee hoon goreng, nasi goreng, cucur dan lempeng. Kalau rajin beli, adalah kuih-muihnya. Apa pun Alhamdulillah. Ada kesempatan sediakan alas perut untuk keluarga di awal pagi.

Abang Farid suka sangatlah sebab ada cucur jagung. Sanggup tunggu tepi dapur nak ambil cucur jagung yang baru diangkat dari kuali. Ingatkan dah kenyang, rupanya makan lagi bila dihidang atas meja! 

Seperti biasa, mee hoon goreng daging pagi ini Amie tambahkan pucuk bayam Brazil. Kali ini goreng mee hoon bubuh kicap pula.  Selalunya bubuh cili  kisar nak bagi warna merah.

Cucur Jagung & Mee Hoon Goreng Daing dengan Bayam Brazil.

Cucur Jagung.

Air Halia Campur Gula Batu.


Oleh kerana mee Hoon Goreng Daging Bayam Brazil ini sedap, jadi Amie kongsikan resipinya di sini...ahaks! Sedap ikut citarasa kami ler.

Bahan-bahan:
  • 1 paket mee hoon - rendam dengan air biasa sehingga lembut - toskan
  • 1 cawan hirisan daging yang sudah direbus empuk
  • 1 cekak pucuk bayam Brazil
  • 3 ulas bawang putih - cincang
  • 1 labu bawang besar - cincang
  • 7 biji cili padi - hiris
  • 1 sudu kecil lada putih - tumbuk
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 sudu besar minyak
  • garam/ perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan cili padi dan hirisan daging. Kacau beberapa kali.
  3. Seterusnya masukkan mee hoon dan tuangkan kicap. Gaul.
  4. Kemudian taburkan lada putih, bayam Brazil, garam / perasa pilihan.
  5. Gaul beberapa kali dan setelah bayam Brazil berubah warna, padamkan api dapur.
Wokey!
Jom sambung BDR.

You May Also Like

10 ulasan

  1. Sedapnya Amie.. boleh hantar sini sikit tak.. suka mee hpon gaya goreng macamtu..

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak amie share resepi meehun sedap. nanti boleh cuba resepi kak amie. simple je tengok :)

    BalasPadam
  3. meehun atau mi goreng kalau tambah daging memang sedap dia lain macam...

    BalasPadam
  4. tergoda yg air halia tu..macam mana nak buat tuu

    BalasPadam
  5. Sedapnya, Amie. Saya memang suka bihun goreng. :)

    BalasPadam
  6. Saya pun selalu tu je ulang2 menu breakfast. Nak soto ke mi kari ke malas plak. Huhu

    BalasPadam
  7. sy rs mcm dah lama x mkn bihun😊😊

    BalasPadam
  8. suka la bihun yg mcm ni, sedap

    BalasPadam
  9. Nampak simple jer resepi tu kak amie....nanti nak cuba

    BalasPadam