Hari Pertama ke Sekolah Agama & Bekal Serunding Ikan

by - 10:48 PG

Pagi ini hari pertama pembukaan sekolah agama, dan Firdaus bangun awal untuk bersiap. Dia nak bawa bekal donut tapi Mommynya terlambat bangun pagi! Bahan semua sudah ada, tapi masa pula yang tidak mengiizinkan. Barangkali keletihan seharian belajar buat biskut, jadi bila malam terus tidur mati sampai ke pagi! Minta maaf ya sayang, nanti Baba singgah di warung belikan donut untuk bekalan.

Firdaus pesan, tengahari nanti nak bawa bekal nasi goreng dengan udang salut tepung ke sekolah rendah pula. 

                         

Firdaus pakai baju seragam baru ke sekolah agama sebab baju dan kasut tahun lepas dah tak muat! Beg sekolah saja tak beli sebab buku teks dan buku tulis tak pandai membesar macam tuannya!


Belajar rajin-rajin ya sayang!


Selepas menghantar Firdaus ke sekolah, Encik Suami pulang sebentar ke rumah. Amie sudah sediakan 5 bekas serunding ikan. Kata Encik Suami nak bawa ke sekolah. Nak buat bekal ke? Tidaklah. Encik Suami nak bagi kawan-kawannya. Rupanya, pandai juga orang lelaki bercerita tentang hal dapur! Mungkin dia bercerita tentang serunding ikan, jadi ada di antara kawan-kawannya yang teringin nak rasa. Amie isi 5 bekas.

Encik Suami minta tambah satu bekas lagi. Jadi semuanya berjumlah 6 bekas serunding ikan.


Anak buah kami yang kaki pancing telefon Encik Suami tanya tentang asam pedas daging. Sewaktu anak buah dari kampung datang dan makan tengahari bersama kami di rumah kelmarin dulu, rupanya dia pun sempat bercerita dengan anak buah kaki pancing tentang asam pedas daging. Oleh kerana asam pedas masih berbaki di periuk, jadi kami hantar ke rumah anak buah yang kaki pancing itu sedikit. 
Eh! Rupanya orang lelaki pandai pula bercerita tentang masakan di dapur ye!

You May Also Like

9 ulasan

  1. Kesimpulannya, air tangan Amie tentunya sangat sedap hingga jadi bualan di kalangan orang lelaki, hihi

    BalasPadam
  2. laki pon cerita klo bab makan actually depa pon no 1 tau

    BalasPadam
  3. Saya terus jadi lapar tengok serunding ikan dan asam pedas, Kak Amie.

    BalasPadam
  4. Selamat bersekolah agama Firdaus. Alhamdulillah berkongsi rezeki dengan orang lain. Semoga murah rezeki kak amie sekeluarga. Aaminn

    BalasPadam
  5. Terliurnya serondeng tu... Ada lebih tak... Hihihi..
    Selamat kembali ke sekolah agama Daus.....

    BalasPadam
  6. Sedapnya Asam pedas tu.mesti en suami puji serunding ikan Tu yg buat kengkawan nak Rasa

    BalasPadam