Restoran Ikan Goreng TNT & Estrella Tawau
5:24 PTGSambung cerita jalan-jalan cari makan di Tawau. Teksi turunkan kami di hotel. Kami cepat-cepat masuk bilik, tinggalkan beg yang dibawa ke tempat mesyuarat. Kemudian kami bergegas turun ke bawah, bertemu kawan-kawan yang lain. Selepas itu kami sama-sama berjalan mencari tempat makan sebelum senja.
Amie pun tak tahu nak bawa kawan-kawan ke mana untuk isi perut. Risau juga sebab selera tak sama. Sedap bagi kita, belum tentu sedap pada citarasa orang lain. Amie singgah masuk ke Restoran Ikan Goreng TNT di Jalan Bantu. Semua ikut masuk. Kalau sudah namanya Restoran Ikan Goreng, sudah tentulah menu ikan goreng yang menjadi tarikan pelanggan. Pilih sahaja ikan yang digemari dan sebutkan nak masak apa. Biasanya ikan goreng, dihidangkan lengkap dengan nasi, sambal dan sayur bening. Kiranya memang menyihatkanlah hidangannya bagi yang suka!
Sementara menunggu hidangan masing-masing sampai ke meja, Amie makan sebungkus barongko. Ame sukakan barongko di sini sebab rasanya tidak begitu manis. hanya manis-manis manja dan ada rasa masam sedikit. barongko ini memang sedap dimakan sejuk.
Barongko. |
Ikan Putih Rebus. |
8 comments
sedapnya udang sambal tuu. ehhh udang tepung pon sedap :)
BalasPadamAmie, kalau bawa Kita pergi makan di sini jangan risau, sebab semuanya macam kena saja dgn selera kita
BalasPadamAduh,kalau hidangan ikan dari Sabah ni memang tidak pernah mengecewakan walau hanya jamu mata..hihihi
BalasPadamikan goreng mmg ngam dgn sayur bening
BalasPadamsy terliur tgk udang tu heheheeh
BalasPadamaduh sedapnya tengok segala menu ikan tu kak... mau ratah je pun best nih
BalasPadamfirst time tengok barongko tu.. menarik..
BalasPadamIkan susu tu senang nak makan dah tak ada tulang..
Pertama kali dengar dan tengok Barongko. Macam tapai ke tu? Sedap sedap hidangan di TNT Estrella Tawau ni. Goreng tepung ratah je pun sedap dan kenyang dah :)
BalasPadam