Sambal Tomato Daun Kemangi
9:45 PTGSeminggu yang lalu, bersamaan pada hari Khamis kami makan tengahari di kampung. Oleh kerana ipar duai dan anak-anak buah banyak yang berkahwin dengan pelbagai suku kaum, jadi meriahlah kalau tiba waktu memasak. Kami masak-masak di rumah anak buah dan isterinya yang berketurunan Bugis sediakan hidangan tengahari menu kampung. Istimewanya sebab Amie dapat melihat sendiri anak buah sediakan Sambal Tomato Daun Kemangi.
Selain Sambal Tomato Daun Kemangi, anak buah gorengkan ikan tulai dan masak bening labu dengan bayam. Sayur beningnya pula ditambah daun kemangi, dan aromanya sangatlah menggoda selera! Amie bantu olah ayam masak kicap.
Sambal Tomato Daun Kemangi. |
Gambar atas dan bawah : Makan tengahari lauk-pauk kampung, ikan goreng, sambal tomato daun kemangi, ayam masak kicap dan sayur bening labu dengan bayam.
Nasi panas berasap. |
Anak ikan tongkol goreng. |
Sayur being labu, bayam, kacang panjang dan daun kemangi. |
Telur dadar. |
- 20 biji cili padi - potong 2
- 7 biji tomato kampung - belah 2
- 5 ulas bawang putih - belah 2
- 7 biji bawang merah - belah 2
- 5 tangkai kemangi - ambil daun dan pucuknya
- 5 gram belacan
- 3 sudu besar minyak
- garam / gula / perasa pilihan
- 1 sudu besar jus limau kasturi
- Panaskan minyak. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili padi hingga layu.
- Kemudian masukkan belacan. Goreng hingga terbit aroma belacan.
- Angkat bahan gorengan dan tumbuk kasar di dalam lesung.
- Seterusnya masukkan daun kemangi, dan tambahkan perasa seperti garam / gula / perasa pilihan.
- Tuangkan jus limau kasturi.
- Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.
7 comments
Nampak sedapnya lauk-lauk tu. Saya juga sangat sukakan aroma daun kemangi & daun selasih. Sedapnya,masuk dalam masak lemak cili api ikan pun sedap
BalasPadamKadang kadang begitulah kak Amie. Lewat makan bila dah sibuk. Lauk simple simple pun sedap dah. Janji ada sambal penambah selera :)
BalasPadamSaya macam tak pernah nampak daun kemangi ni. teringin juga nak tahu baunya.
wah sedap tu.. bertambah tambah kalau kite :)
BalasPadamsedapnya selera harian tu
BalasPadamcantiknya pinggan akak tu, kat rumah nyai dana ada lagi pinggan bunga gitu, siap ada yang bunga warna hitam lagi... sedapnya sambal tu kak, mau bertambah makan ada sambal
BalasPadamdana tgh fikir daun kemangi ni yang bau dia camne yek, sbb kadang kalau ulam atau herba yang bau dia kuat sangat dana tak berapa suka,tapi itulah dana tak pasti camne bau dia hehehhe
Menu kampung la yang paling sedap. Lagi2 kalau makan ramai2
BalasPadamsambal dgn ikan goreng tu je dah ckp tambah2 nasi😆
BalasPadam