Serunding Ikan Sedap Bekal Oleh-Oleh Abang Farid
10:26 PGAkhirnya, hari yang dihitung tiba jua. Pagi ini Abang Farid dapat kelulusan dari Ketua Polis Polis Daerah Lahad Datu untuk rentas negeri. Urusan mengisi borang untuk mendapatkan Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah diterima. In shaa Allah, selepas Subuh pagi esok, bersama Encik Suami, kami akan bertolak ke Lapangan Terbang Tawau. Jam penerbangan Abang Farid ke Kuala Lumpur dijadualkan pada pukul 11 pagi.
Begitulah ceritanya.
13 September 2020, Abang Farid dan Fuad pulang ke LD dan terkurung tak dapat rentas negeri disebabkan pandemik Covid-19. Alhamdulillah, keadaan semakin bertambah baik, dan dapatlah anak-anak kembali sambung pengajian bersemuka yang tertangguh sekian lama. Hari ini, tepat 6 bulan Abang Farid dan Fuad bersama kami. Fuad pula akan terbang ke Johor pada 21 Mac 2020.
Esok, selepas menghantar Abang Farid di airport, Encik Suami akan meneruskan pemanduan menghantar Amie ke Tawau pula. Apabila Encik Suami kembali ke Lahad Datu nanti, tinggallah Amie di Tawau selama 4 hari 4 malam untuk menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.
Hari ini Amie kongsikan entri Serunding Ikan Sedap. Serunding ini akan dibawa Abang Farid balik ke Seri Iskandar, Perak. Katanya nak dijadikan oleh-oleh untuk rakan-rakannya.
Bahan-bahan:
- 3 kg isi ikan alu-alu yang sudah direbus dengan 3 keping asam gelugur dan 1 sudu besar garam kasar - toskan - tumbuk
- 1 kg pati santan
- 5 helai daun limau purut - buang urat belakang
- 2 biji limau nipis - ambil jusnya
- 3 sudu besar serbuk kari
- 1 sudu besar serbuk rempah sup
- 1 cawan parutan gula Melaka
- garam / perasa pilihan
- 15 tangkai cili kering
- 4 labu bawang besar
- 15 biji bawang merah
- 10 ulas bawang putih
- 5 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
- 2 cm lengkuas
- 3 cm halia
- 1 sudu besar jintan manis
- Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari serta rempah sup.
- Gaul rata sehingga gula Melaka larut.
- Kemudian masukkan isi ikan alu-alu. Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
- Setelah serunding ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan, daun limau purut dan juas limau nipis.
- Teruskan mengacau serunding ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
- Padamkan api dapur.
11 comments
Nampak menggoda betul serunding tu :)
BalasPadamTerima kasih Adinda Baizura. Puas hati buat sendiri untuk bekal anak.
PadamCakap Abang Farid asingkan ½...Nanti aunty nak cukai kat Sri Iskandar..hihihi...nampak menyelerakan sunggguh serondeng tu
BalasPadamTunggu di belah mana tu kat Seri Iskandar hahahaaaa.
PadamNampak sedap...buat popia mini serunding ikan pun sedap tu kan..
BalasPadamEsok abg farid nak balik ke malaya dah. untung dapat bawa balik serunding ikan bagi kawan kawan rasa. Sedap tu. Semoga abg farid selamat sampai di malaya esok dan dipermudahkan urusan. Aaminn...
BalasPadammoga moga semua dah kembali seperti sedia kala kan...harap covid ni cepat habis
BalasPadamsedapnya serunding ikan... boleh buat niaga ni kak ;-)
BalasPadamOh, gitu ceritanya. Semoga segala urusan Amie dan keluarga dipermudahkan, dan selamat dalam perjalanan. Sedap serunding ikan, buat bekal anak. Cicah roti pun sedap. :)
BalasPadamnak puasa nanti kalau tak lalu makan selalu jugak makan serunding ikan dengan nasi.
BalasPadamwahhhh! sedapnya kak.. boleh terbayang bayang ni.hahah
BalasPadam