Sotong Bakar Fajar Tawau & Goreng-Gorengan di Estrella Kiosk
10:35 PGTeruja mendengar cerita Albert tentang sotong bakar dan ikan bakar yang dinikmatinya pada peang hari Isnin, kami pun bergegas mencari tempat tersebut keesokan harinya. Amie, Vie dan Mewah sampai dahulu ke Restoran Sotong Bakar yang letaknya tidak sampai 300 meter dari hotel kami. Hel, Ton, Fin & Suan sampai selepas kami order makanan. Masing-masing ingin merasai sotong bakar di situ. Tidak adalah yang hendak pesan makanan lain selain sotong bakar!
Ada dua jenis masakan sotong bakar di sini iaitu Sotong Bakar Mamakna dan Sotong Bakar Balado. Harga dan saiznya pun berbeza. Sotong paling kecil berharga RM15 seekor. Saiz sederhana
Set sotong bakar lengkap, termasuk nasi, sambal & sup kosong.
Sotong Bakar Mamakna RM25 |
Sotong Bakar Balado saiz kecil RM15 |
Set hidangan nasi.
Amie, Vie & Mewah hanya ratah sotong sahaja. Kami tak mahu ambil nasi. Harganya pun sama saja sama ada ambil nasi atau sotong sahaja. Ton, Hel, Fin dan Hel ambil set lengkap.
Nyaman jew petang itu, ratah sotong dan minum jus buah! Mewah order lagi seekor sotong bakar saiz sederhana harga RM25 bawa balik hotel. Dalam perjalanan balik hotel, kami bertiga singgah sekali lagi di Estrella Kiosk. Duduk lagi di sini menikmati goreng-gorengan pula. Sebenarnya ratah sotong seekor tidaklah mengenyangkan perut.... kah! Yang kenyang sudah tentulah kawan kami berempat yang masih duduk di restoran tersebut, sebab makan dengan nasi.
Lama tak makan goreng-gorengan begini. Sedaplah mula meratah goreng-gorengan yang yang masih panas ini.
Sambal cecahannya itu sangat sedap! Lain kali nak singgah makan di sini lagi, nak makan goreng-gorengan dengan sambal yang sedap tu!
10 comments
makkk aiii besar nyaa puas tu dpt mkn sekor ;-)
BalasPadamTerliur tengok sotong bakar tu, Amie. Efisyen sungguh orang yg membakarnya, sotong tegak aje walau dibakar, hihi
BalasPadamMasyaa Allah Amie, sedapnya. Kalau bakar kat rumah mesti tak jadi macam tu kan sotong nya huhu :)
BalasPadamaduh kak menggodanya sotong bakar tu kak oi...
BalasPadamHadoi.. hadoi.. Sotong bakar tu sungguhlah seksi dan menggoda.. susah nak jumpa yang sedap kat sini..
BalasPadamSedapnya sotong bakar dan gorengan tu kak amie..mmg betul x cukup kenyang meratah sotong aje..
BalasPadamSini sotong harga kayangan la ...selain sotong tu yang memancing selera,snow cendol tu macam terasa kegebuan serutan ais tu...
BalasPadamSedapnya sotong bakar. Besar dan puas hati makan. Menu bergoreng cicah sos pun sedap tu.
BalasPadammahal juga harga sotong walaupun size sederhana. sekali sekala makan apa salahnya
BalasPadamjasa pembuatan website
BalasPadamdistributor ikan laut segar
Jasa pembantu rumah tangga
Lpk Budi Rahayu