Asam Pedas Daging

by - 2:13 PTG

Selamat berhujung minggu dan selamat beraktiviti bersama keluarga tersayang. Jemput makan tengahari bersama kami dengan lauk utama, Asam Pedas Daging. Kebetulan anak buah datang ke rumah, dapatlah kami makan tengahari bersama.

Hari ini masak nasi beras kampung (padi huma), lauk asam pedas daging, ikan tuna goreng, sambal telur pindang dan sayur kacang panjang tumis sos tiram campur udang dan suhun. Amie rebus hingga empuk daging peha lembu bahagian belakang yang ada lemak dan urat. Selain daging cincang atau daging tetel, bahagian ini juga tidak kurang sedapnya kalau masak asam pedas. Sambal Telur Pindang pula, Amie gunakan sambal tomato yang Amie masak kelmarin. Sedapnya ya ampuuunnn!

Asam Pedas Daging

Ikan Tuna Goreng.

Sambal Telur Pindang.

Sayur kacang panjang sos tiram  tumis dengan udang & suhun.

Mini lettuce & hirisan limau Sunkist.

Tertinggal sayur kacang panjang dalam hidangan.


Jom kita lhat resipi Asam Pedas Daging di bawah ini. Selain dagng tetal atau daging cincang dan juga peha bahagian belakang, ekor lembu pun sangat sedap kalau dimasak asam pedas!

Bahan-bahan:
700 gram daging peha bahagian belakang
7 tangkai daun kesum
10 biji tomato kampung - boleh gunakan tomato biasa
700 ml air rebusan daging 
2 keping asam gelugor
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan

Bahan kisar:
1 pokok ketumbar
3 helai daun limau purut - buang urat belakang
15 tangkai cili kering
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 batang serai -hiris
3 biji buah keras
2 cm belacan
1 sudu kecil lada hitam

Cara memasak:
1. Rebus daging hingga empuk. Toskan. Hiris ikut saiz yang disukai. Simpan air rebusan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga pecah minyak.
3. Masukkan asam keping, air rebusan dan daging.
4. Masak sehingga kuah mendidih dan daging lembut sempurna.
5. Seterusnya masukkan daun kesum serta tomato.
6. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.
7. Renih seketika dengan api sederhana kecil sehingga kuah pekat dan pecah minyak.
8. Padamkan api dapur.

You May Also Like

11 ulasan

  1. Oh ada letak tomato. Nampak berwarna hidangan Puan Amie.

    BalasPadam
  2. Sayuer kacang panjang tu pos sini boleh? hehehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya, Amie masak. Semua jenis ada, daging, ikan, telor, sayur. Lengkap. :)

    BalasPadam
  4. lama betul x mkn asam.pedas daging. kg sy kalu kenduri kahwin ni.jd lauk wajib

    BalasPadam
  5. Memang match asam pedas daging dengan sayur kacang panjang

    BalasPadam
  6. Semuanya menu kak Amie menarik,rasa macam nak kesana tumpang makan sepinggan dua hihhi,sambal tomato tu nanti bila adas kelapangan sy akan cuba.

    BalasPadam
  7. Nampak sedap2 belaka
    Selamat menjamu selera

    BalasPadam
  8. Rindunya lahai nak makan telur pindang.. Mana nak cari ni...
    Asam pedas tu pun kalau tetel bercampur lemak tu... Heeee

    BalasPadam
  9. sedap-sedap semuanyaa.....buat SA rasa naknceduk je lauk tu semua dari dlm gambar..kalau la boleh kan

    BalasPadam
  10. thank you sharing resepi :)

    BalasPadam
  11. Rasanya tak pernah lagi makan daging asam pedas, mungkin sebab jarang masak asam pedas yang berasaskan daging. kalau ada mungkin gunakan ikan. macam sedap tu daging masak asam pedas. Telur pindang tu rare masak sambal. telur pindang saya suka makan terus. Jarang jumpa dah telur pindang. huhu

    BalasPadam