Jalan-Jalan Cari Makan di Restoran Aman Santai Sri Perdana LD
12:24 PTGMinggu ini memang jarang masuk dapur, dan dapur pun hanya berasap beberapa kali sahaja. Tuntutan tugas hakiki membuatkan dapur kurang dipeduli. Kalau makan malam memang anak-anak dan Encik Suami makan di luar tetapi Amie tidak ikut. Abang Farid berkali-kali tanya, nak makan apa, nak beli makanan apa? Amie kata tak nak makan, nak siapkan kerja. Agaknya takut kita lapar walaupun di rumah, Abang Farid belikan juga makanan untuk Amie.
Memandangkan hari Ahad ini Abang Farid akan terbang ke Kuala Lumpur, jadi Amie penuhi ajakannya untuk makan malam di Restoran Aman Santai. Katanya, nanti sampai Malaya, susah nak jumpa makanan laut yang segar di sekitar tempat tinggalnya.
Fuad tidak ikut serta sebab ke Bekapit bersama abang sepupunya.
Lauk-pauk anak-anak yang pilih.
Layan selera masing-masing.
Inilah antara menu yang Abang Farid dan Fairuz pesan. Sudah pilih udang masak butter basah di atas nak lagi udang butter kering di bawah ini.
15 comments
Hehe. Ada je makanan laut segar di Malaya tapi tengok tempat la. Kalau jauh dari tempat nelayan susah jugak
BalasPadamBetul tu Sal. Kalau di tempat Kak Amie, di Jeram, Selangor memang senang nak jumpa sebab banyak seafood.
PadamAlhamdulillah..seronok dapat makan malam dengan family sebelum abg Farid balik Malaya. Dapur saya pun jarang barasap lately. Sibuk pun ye, kurang selera pun ye. Betullah tu kat sini hasil laut tak semeriah kat sana.
BalasPadamHidangan sedap sedap tu. Sotong dan udang tu ratah je pun sedap dan mengenyangkan :)
Air tembikai nampak pink pulak :)
Banyak kerja kot Fiza sampai kurang selera. Kak Amie selalu gitu, leka buat kerja, bila dah letih selera makan pun ke laut sebab nak berehat saja.
PadamItulah, Abang Farid memang tak lepas peluang makan seafood kalau balik LD.
Menyelerakan tengok makanan laut.
BalasPadamSabah memang terkenal dengan makanan laut segar.
Sesekali makan rasa nikmat.
Betul NA.
PadamKalau duduk di bahagian pantai memang senang nak dapat bekalan makanan laut segar. Tapi yang duduk bahagian pedalaman, agak susah sedikit nak dapat bekalan dan makanan laut pun jadi berganda harganya.
Untungnya dapat makan makanan laut segar di LD...Sini ikan pecah perut dah pun harga kayangan lagi..hihihi..
BalasPadamSelamat berangkat ke semenanjung untuk abang Farid & semoga dimudahkan urusan.....Rindulah Daun nanti...
Alhamdulillah. Makanan laut harga masih mampu beli, tapi makanan lain seperti ayam memang harga kayangan jugalah di sini.
PadamAamiin, mudah-mudahan urusan menuntut ilmu sentiasa dipermudahkan oleh-Nya.
Sedapnya tengok hidangan dalam gambar. Alhamdulillah. Saya pun suka jus tembikai. :)
BalasPadamSegar dann nyaman jew jus tembikai lalu kat tekak kita kan Nur.
PadamEnak2 semuanya
BalasPadamSelamat menjamu selera
Terima kasih Wak. Jemput.
PadamSedapnyaaaa...lama dah x makan sedap2 macam ni....
BalasPadammeriahnya semua makanan ats mejaaa huhuhu
BalasPadamxde yg x sedap semuanya sedapppppppppppppp
BalasPadam