Lauk Kampung : Sayur Bening & Ikan Masin
8:20 PTGEntri tertunggak (hidangan makan tengahari beberapa hari lepas).
Hidangan kampung paling ringkas seperti sayur bening dan ikan masin sudah tentu menggamit selera ketika dihidangkan waktu makan tengahari. Jangan lupa sambal kemangi yang menjadi pelengkap serta keenakan hidangan yang disajikan! Terima kasih ipar dan rakan-rakan keturunan Bugis yang selalu kongsikan resipi sayur bening tambah daun kemangi. Sedap sangat hirup kuahnya!
Jadi, sesekali hidangan begini apabila diolah di dapur sendiri, memang puaslah hirup kuahnya yang masih panas. Bukan semangkuk, tapi bermangkuk-mangkuk.... ahaks!
Untuk hidangan tengahari kami, selain sayur bening bayam & the gang, Amie tambahkan ikan masin talapia goreng dan telur masin serta sambal kemangi. Untuk Fairuz dan Firdaus Amie gorengkan ayam.
Sayur Bening : Jagung, bayam, kacang panjang, labu manis dan daun kemangi. |
Ikan masin talapia goreng & telur masin. |
Sambal kemangi. |
Jemput makan!
15 comments
Segernyer ngirup kuah bening panas2
BalasPadamFuh...memang sedap makan camni Amie.
BalasPadamsedapnya hirup kuah.....
BalasPadamtahniah .... krn ami antara blogger yg masih aktif. sy sentiasa ikut blog ami...
BalasPadamKat tempat saya sayur bening dipanggil "sayo boh ai"(sayur bubuh air)
BalasPadamhihihi
Rasa macam bestnya kalau dapat bertandang ke rumah Amie, daun kemangi sy tak berapa kenal, memnag sejenis tahu benda basic sahaja
BalasPadamUniknya hidangan sayur bening kak amie. macam macam sayur dan jagung pun ada. sedap dilawankan dengan ikan masin, telur masin dan sambal.
BalasPadamsedap ni kak, sayur bening akak tu ada gaya indonesia kan... sebab biasa tengok indonesia punya bening yang ada boh jagung gitu... mesti sedap
BalasPadamdana tak pernah makan ulam daun kemangi nih... akak asik cite dana pun teringin nak cuba jugak la nanti
Masakan macam ni buat makan bertambah- tambah kan kak amie..ada plak ikan masin pelengkap
BalasPadamsambal kemangiii nampak sedapnyaaaa.huhu
BalasPadamnampak sedap masakan kampung di sana.. masih simpan pinggan corak zaman dulu. di rumah pun ada walaupun byk yg dh pecah
BalasPadamfav sy ni mkn hari2 pun x pe hehehe
BalasPadamfirst time tgk masakan sayur bening ni, sedapnya sbb ada jagung
BalasPadamSedapnya ikan masin, telur masin dengan sambal.. Memang bertambah ni kalau makan..
BalasPadamSedap dipandang..dh tentu enak rasanya
BalasPadam