Serunding @ Serondeng Ikan untuk Bonda

11:25 PG

Apabila sembang-sembang dengan Bonda melalui telefon, tidak ada perkara lain yang Bonda tanya selain khabar cucu-cucunya. Abang Farid pun rajin telefon, tanya khabar Nendanya. Sudah bercerita itudan ini, terceritalah pula tentang serondeng (ejaan sebenar serunding dalam Kamus dewan ialah serondeng) ikan yang Amie bekalkan Abang Farid tempohari. Bonda teruja sangat apabila Amie kata Amie buat sendiri serondeng ikan itu. Kata Bonda, sudah tentulah sedap sangat! Bonda sudah agak uzur, dan pergerakannya juga agak terbatas. Kalau dahulu Bonda rajin buat serondeng. Sekarang tidak lagi.

Serondeng Ikan untuk Bonda


Amie gunakan 6 kg ikan sardin saiz besar untuk dijadikan serondeng. Ada lebih kurang 8 ekor semuanya. Amie kongsikan resepinya di sini:

Bahan-bahan:
  • 6 kg ikan sardin saiz besar -  direbus dengan 6 keping asam gelugur dan 2 sudu besar garam kasar - toskan - ambil isinya -  tumbuk
  • 2 kg pati santan
  • 10 helai daun limau purut - buang tulang belakang
  • 4 biji limau nipis - ambil jusnya - boleh gantikan dengan asam keping atau asam jawa
  • 5 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar serbuk rempah sup
  • 2 cawan parutan gula Melaka
  • garam / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 30 tangkai cili kering
  • 8 labu bawang besar
  • 30 biji bawang merah
  • 20 ulas bawang putih
  • 10 batang serai - ambil isinya yang putih - hiris
  • 4 cm lengkuas
  • 6  cm halia
  • 6 cm kunyit hidup
  • 2 sudu besar jintan manis
Cara memasak:
  1. Masukkan santan ke dalam kuali. Tuangkan bahan kisar, parutan gula Melaka dan serbuk kari dan rempah sup.
  2. Gaul rata sehingga gula Melaka larut.
  3. Kemudian masukkan  daun limau purut dan isi ikan sardin.  Kacau selalu. Api sederhana sahaja.
  4. Setelah serondeng ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan dan jus limau nipis.
  5. Teruskan mengacau serondeng ikan sehingga menjadi kering dan berderai.
  6. Padamkan api dapur.
Isi ikan rebus yang sudah ditumbuk.

Santan, bahan kisar, serbuk kari, serbuk rempah sup dan gula Melaka.

Setelah bahan larut, masukkan daun limau putu.

Kemudian masukkan isi ikan.

Gaul rata.

Gunakan api perlahan. Apabila serondeng ikan hampir kering, masukkan garam / perasa pilihan dan juga jus limau nipis.

Selalu kacau supaya serondeng ikan tidak berkerak atau hangus.

Apabila serondeng ikan sudah menjadi ringan dan berderai, keluarkan daun limau purut.

Biarkan serondeng menjadi sejuk.
Amie biarkan selama 2 hari.

Serondeng ikan sudah siap dimasukkan ke dalam balang.
Amie dapat isi 8 balang. 


Apabila ditimbang, beratnya hanya 3kg. Maknanya kalau buat 6 kg ikan, serondeng hanya menjadi 3 kg sahaja. Alhamdulillah. Anak-anak Bonda yang ada sekarang ini kesemuanya 7 perempuan termasuk Amie.
  • Bonda - 2 balang
  • Kak Niah - 1 balang
  • Kak Ros - 1 balang
  • Kak Kanang - 1 balang
  • Kak Aton - 1 balang
  • Adik Wie -1 balang
  • Adik Chah - 1 balang

Semoga bungkusan serondeng ikan ini sampai ke tangan Bonda dengan selamatnya. In shaa Allah.

27 comments

  1. eh, Amie.. bukankah kita adik beradik Amie jugak? hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh... agaknya waktu mak saya lahirkan dulu SK kena kidnap kot hahahaaa.

      Padam
  2. Hehe adik-adik dapat, bonds pun dapat.
    Alhamdulillah rajin buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.
      Rezeki untuk keluarga yang jauh di mata.

      Padam
  3. bestnya dapat serunding ikan eh! tiberrr...

    BalasPadam
  4. mesti sedap kan kak... lagilah buatan sendiri, dana tak pernah buat pernah makan je kalau balik ke rumah mertua mak mertua masak sedap serunding ikannya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Ikan segar, bubuh santan dan rempah. Masak dengan penuh sabar...ecewaaahhh!

      Padam
  5. Balasan
    1. Mak dapat 2 balang. yang lain dapat 1 balang. Cuba tanya mak, boleh tak uncle ambil satu balang heheheee.

      Padam
  6. Nak jadi adik beradik boleh...hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita buat surat beranak baru heheheee.

      Padam
  7. Wahh... stok untuk bulan puasa ke ni kak??? bestnyaaaa

    BalasPadam
  8. wowwww. sedapppnyaaa kak. terbayang bayang rasa dia.hikhik

    BalasPadam
  9. Dalam banyak- banyak serondeng,saya masih fail masak serondeng ikan kerana asyik berketul.Dia tak mau jadi berdebu macam cikgu buat tu.Nanti nak gi tunggu kat Bukit Hijau la..hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh! Begitu pulak ye. Agaknya bergantung pada jenis ikan juga kot, atau macamana ye.

      Padam
  10. amie kalau ikan diblend boleh ke? ingat sabtu nak try buat ikut resepi amie ni.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah..seronok berkongsi rezeki dengan bonda dan adik beradik. Semoga sampai dengan selamat :)

    Dari bahan mentah, hasilnya dapat separuh. Cara memasak tu nampak mudah dah. Kena rajin nak mencuba je ni. Tq share resipinya kak amie :)

    BalasPadam
  12. alaaa igt smpi ke tgn sy hehehe #gurau

    BalasPadam
  13. pandainya akak buat sendiri. susah nk jumpa serondeng nk sedap skrg ni. harap penerima tu suka sgt

    BalasPadam
  14. lepas ni buatkan utk kami plak ye...

    BalasPadam
  15. Separuh je dapat dari berat asal tu ye kak..

    BalasPadam
  16. Baut inti karipap mini sesuai sgt la kan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe