Kelas Biskut Premium 2021

11:06 PTG

Jumpa lagi! Kali ini cerita tentang biskut. Rasa macam dah dekat nak raya pula. Memang tak lama lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dan kemudian Syawal pun bakal menjelma.  Harapnya dapatlah kita sambut raya bersama keluarga pada tahun ini. In shaa Allah.

Kelmarin, sehari suntuk  dari pagi hingga ke petang, Amie ikut belajar buat biskut di Studio Kak Yong. Sudah setahun lebih tidak bersua muka dengan kawan-kawan sekelas dan juga sifu kesayangan kami, Kak Yong. Kami patuhi SOP, dan Kak Yong hanya ambil 5 orang pelajar sahaja untuk satu sesi.

Antara biskut yang kami pelajari dalam Kelas Biskut Premium termasuklah:

  • Tart Nona
  • White Rochelle
  • Cornflakes Cranberry Crunchy
  • Biskut Mangkuk Buah
  • Biskut Lemon Coklat
  • Biskut Kelapa Legend
  • Biskut Kacang Shantung
  • Almond London Chruncy
  • Almond Ghee Cerelac
  • Semperit
Seronok sangatlah dapat lihat hasil air tangan kami terutamanya Tart Nona seperti di bawah ini. Terkial-kial, dengan kata lain tarketar-ketar atau tergigil-gigil sebenarnya nak menyiapkannya terutama bab nak membuat 'jala' di atas jem nanasnya itu! Bukan sebab takut sampai tergigil-gigil, tapi sebab baru pertama kali mencuba.


Sebelum cerita panjang lebar kisah sehari belajar buat biskut, kita minum dulu. Kak Yong sudah sediakan pelbagai jenis sarapan pagi untuk alas perut sebelum memulakan kerja menggodek tepung!


Ada nasi kuning bungkus daun pisang. Biasanya yang satu lidi lauk ikan, dan lidi dua lauk ayam atau sebaliknya.


Ada bingka kacang merah.


Ada cempiang.


Ini Amie lupa apa namanya. Kata Kak Yong intinya kelapa. Mungkin pau goreng inti kelapa. Semua kuih-muih ini Kak Yong buat sendiri.


Wah! Kak Yong hidangkan bubur kacang merah yang sangat sedap!
Minuman pula, peserta kelas pilihlah ikut citarasa sendiri dan bancuhlah sendiri.


Setelah isi perut, dan semua peserta telah hadir, kami pun mulakan kelas.


Inilah wajah Kak Yong kesayangan kami yang sudah sekian lama tidak bertemu akibat Covid-19. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kak Yongs Baking Studio bolehlah berkunjung ke FB di sini: Kak Yong Cookies


Seperti biasa, Kak Yong mesti gunakan mentega tulen dalam setiap biskut yang dihasilkan. Bahan-bahan yang digunakan sudah tentunya yang berkualiti tinggi dan memang sesuailah dengan nama kelas kami sebagai Kelas Biskut Premium.


Biskut pertama yang kami hasilkan sudah tentulah Tart Nona yang terkenal dengan ketelitian dan kesabaran untuk menyiapkannya.


Inilah hasil kesabaran dan kesungguhan para peserta belajar membuat Tart Nona.


Cantikkan?
Nak makan pun rasa sayang!


Sambil bergelak ketawa, dan sedikit segan-segan untuk mencuba, akhirnya siaplah Tart Nona, biskut pertama kami pelajari pada pagi tersebut.


Kak Yong suruh kami berhenti mengadun tepung kerana katanya hidangan tengahari sudah disediakan. Wah! Meriah sungguh lauk-pauknya! Semuanya hasil air tangan Kak Yong, dan ikan cencaru dipanggang oleh suami Kak Yong!


Kak Yong masak sayur bening bayam campur labu manis dan jagung, dengan aroma daun kemangi. Masha Allah! Menyelerakan sungguh!


Lupa nak tanya Kak Yong, apa nama masakan  isi ayam potong kecil-kecil di atas ini.


Kak Yong kata ayam di atas itu kena bubuh sambal ini... mmmmmm ada daun ketumbar!


Ikan bilis, dengan tempe dan kacang tanah! Sedap sangat diratah-ratah.


Ini acar timun dengan lobak. Ketika menikmatinya, terhidu aroma nasi minyak pula!


Ikan cencaru panggang lengkap dengan pencecahnya, air asam dengan hirisan tomato dan harum aroma daun kemangi.


Alhamdulillah. Rezeki Allah. Mudah-mudahan bertambah rezeki Kak Yong yang cukup sempurna menjaga segala kebajikan pelajarnya setiap kali mengadakan kelas masakan.



Wokey!
Kita sambung adun tepung. Banyak lagi biskut yang belum siap.
Kali ini kami buat shell tart untuk dijadikan mangkuk buah.


Inilah rupa  mangkuk buah. Setelah dikeluarkan dari oven, di dalamnya  nanti akan diisi dengan buah campur, almond nib dan tepung Florentina.



Rasanya?
Tidak ada biskut Kak Yong yang tidak sedap melainkan sedap belaka!


Ini pula Biskut Kelapa Legend. Memang tak berhenti kalau sudah cuba sebiji! Yang keluar seperti kaki-kaki halus di bawah biskut itu ialah kelapa parut. Apabila sudah siap dibakar, rangup rasanya.


Biskut Kelapa Legend baru keluar dari oven.


Ini pula Conflakes Cranberry Chrunchy. Walaupun sangat mudah cara membuatnya tetapi rasanya tidak kurang hebat keenakannya dengan biskut yang lain.


Atas: Belum dibakar.
Bawah : Setelah dibakar.

Cornflakes Cranberry Chrunchy


Jom kita lihat Almond Ghee Cerelac pula. Biskut ini sangatlah sedap, cair dimulut!


Setelah dikeluarkan dari oven, maka bermulalah proses menyalut biskut dengan tepung susu, gula i-cing dan cerelac gandum.

Almond Ghee Cerelac


Mari kita paipkan Biskut Lemon Coklat pula.


Aroma lemon yang segar menerpa hidung ketika dibakar!
Tak perlu celup coklat pun sudah rasa sedap.

Biskut Lemon Coklat.


Jom kita siapkan Biskut Kacang Shantung pula.


Biskut Kacang Shantung keluar dari oven.


Biskut Kacang Shantung.


Ada lagi biskut lain.....
Mari kita gentel Almond London Chrunchy.  Peminat biskut ini memang tak lepaskan peluang untuk mempelajari dan menikmatinya!


Almond London Crunchy sudah disalut coklat dan dihias dengan taburan badam nib.


Almond London Chrunchy



Apa yang bulat-bulat ni?
Inilah White Rochelle. Bukan guna coklat putih saja, tetapi kami guna coklat warna coklat juga untuk menyalutnya.


Proses menyalut dengan coklat putih.

White & Chocolate Rochelle.

Sedap wei!



Sekian.
Laporan dari Kelas Biskut Premium 2021, Kak Yong's Baking Studio.


Terima kasih Kak Yong sebab sudi ajar kami anak-anak murid Kak Yong yang nakal-nakal ini....hehehehee! Moga kita dapat bertemu lain dalam kelas masakan yang seterusnya. Paling melucukan petang tadi, Kak Yong teringat ada sejenis biskut tidak dibuat iaitu biskut Samperit! Oleh kerana terlalu gembira, kenyang dan seronok sangat kami pun terlupa biskut samperit yang tersenarai! Tak apa Kak Yong. 9 jenis biskut yang Kak Yong ajar itu pun sudah cukup lebih dari cukup! Don't worry, be happy Kak Yong sayang!




13 comments

  1. wah belajar kelas biskut n ada jamuan lagi mmg terbaik

    BalasPadam
  2. biskut dan juadah sama menggiurkan ni, Amie. Kalau saya, tak boleh fokus nak buat biskut, hahahaha

    BalasPadam
  3. seronok kalau tengok kelas buat biskut akak, memang 1st kelas betul kelasnya...
    dengan biskut yang dibuat semuanya menggoda, dengan segala menu waktu sarapan dan lunch yang memang mebeles... serba boleh betul kak yong ni yek...

    BalasPadam
  4. nak raya dah ni, tak sabar nak starts baking :)

    BalasPadam
  5. uiiihhhh dah boleh raya dah ni hehehee

    BalasPadam
  6. mood raya is ON. Menarik betul tart bunga dengan Biskut Mangkuk Buah tu. Saya penggemar kuih tart! Dalam banyak banyak tu saya pernah buat biskut cornflakes tu lah paling mudah rasanya :)
    Masuk kelas ni macam macam kuih boleh pandai belajar kan. Senang tak perlu beli kuih raya.

    BalasPadam
  7. Seronoknya belajar buat biskut, kelas pun meriah je tu, menu dihidang semua nampak sedap.

    BalasPadam
  8. Bestnya! Nampak kesungguhan beliau menyantuni dan meraikan pelajar.

    Raya nanti meriahlah kuih raya di rumah Kak Amie :)

    BalasPadam
  9. Ya allah..kalau la dapat belajar buat biskut kan....sedap nampaknya tu ha

    BalasPadam
  10. wah,sedapnya nampak semua biskut tu

    BalasPadam
  11. ya Allah sedapnya biskut dan juadah yang dijamu tu. Bersemangat la nak join kelas kalau begini dilayan. :)

    BalasPadam
  12. Cantik molek kejadian biskut2 Tu kak

    BalasPadam
  13. Banyaknya biskut! Paling comel, tart nenas tu la. Cute rupanya. Feveret saya tu, tart nenas. :)

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe