Ikan Alu-Alu Rebus

3:03 PTG

Kononnya berura-ura nak buat serunding ikan buat bekal Abang Farid balik ke Perak nanti. Amie pun rebuslah ikan alu-alu. Kali ini bukan isinya sahaja tetapi dengan kepalanya sekali. Ada tiga kepala ikan. Setelah angkat isi ikan dari periuk, tinggallah bahagian kepalanya yang sudah rompong-rompong  sebab bahagian lehernya pun sudah dikaut isinya. Walaupun hanya tinggal kepalanya sahaja tetapi ada bahagian tertentu yang masih boleh dinikmati terutama mata dan pipinya! Oleh kerana ikan direbus dengan asam keping, jadi tambahkan saja serai  dititik, garam dan perasa serta hirisan halia dan bawang putih ketuk. Campakkan sedikit lada putih tumbuk. Pelengkap ikan rebus alu-alu, Amie tambahkan sayur sawi dan beberapa biji tomato kampung.

Amie  angkat kepala ikan rebus ke dalam bekas, dan yang tertinggal dalam periuk, Amie masukkan ke dalam mangkuk. Nampak berselera sungguh Encik Suami hirup kuah dan rupanya masih banyak pula isi kepala ikan alu-alu! Abang Farid dan Fuad memang tak mahu makan kepala ikan!

Bahagian ikan yang tertinggal dalam periuk! 

Kepala ikan alu-alu rebus.

Lelemak @ seolah-olah lelemak ikan ini  (setelah tanya Pak Google, benda ni bukan lemak ikan, tapi di sekitarnya ada sedikit lelemak), Amie bubuh dalam mangkuk, dan tambahkan sambal tomato. Walaupun bukan lemak ikan, tapi rasanya tetap berlemak, dan sudah tentulah sedap. Wallaahhh.... lupa nasi! Kami  berdua dengan Encik Suami meratah saja kepala ikan terutama matanya!

12 comments

  1. First time dengar nama ikan alu-alu :)

    BalasPadam
  2. nampak sedaplakamie makan dengan sambal tu dalam sup ikan

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan, Kak Amie. Mesti asyik hirup kuah ikan tu.

    BalasPadam
  4. nasib baik pak google membantu hehee

    BalasPadam
  5. Sedap juga tu ikan rebus. cuma belum pernah makan ikan alu-alu. Banyak isinya tu kalau setiap bahagian pun ada isi boleh dimakan. Haa wajib ada sambal :)

    BalasPadam
  6. Alamak kita nmpk gg ikan...
    betul ke tu ? hehhe ikan alu-alu, first time kita dengar ni...

    BalasPadam
  7. Great post and educational post.it was breathtaking to read, thanks for sharing this great content with my idea. Hajj Packages

    BalasPadam
  8. Dapat hirup time memalam begini...nikmatnyaaaa

    BalasPadam
  9. Sambil belajar sambil makan, nikmatnya Amie hehehe

    BalasPadam
  10. sedapnya kalau dpt hirup kuah mcm niiii

    BalasPadam
  11. SA suka masak sup ikan macam ni..rebus2 macam ni..sedap sanagt2..Khamis nak bawak bekal macam ni la...mesti sedap...esok lepas check up nak pi cari isi ikan..ekor ikan ke kan?sedapnyaaaa

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe