Hujan Renyai di Pantai Irama Bachok
11:51 PG
32 tahun yang lalu, Amie pernah jejakkan kaki ke sini.
Ketika itu musim tengkujuh.
Jalan ke Pantai Irama dipenuhi air.
Pemandu bas berhentikan bas di tepi jalan, dan cuci bas dengan air banjir yang melimpah di jalan raya!
Tapi, kami sempat juga ke Pantai Irama, bermain pasir di kala cuaca dingin, dan awan mendung!
Hari ini, 29 November 2019 sempat jejak kaki ke sini buat kali kedua.
Tengkujuh belum tiba, hanya hujan renyai dan sudah tentunya awan kelabu melindungi langit biru!
Kami tidak dapat berlama-lama di sini.
Sebaik sahaja keluar dari pintu kereta, hujan renyai turun menimpa kami yang memang tidak membawa payung!
Pantai Irama Bachok, nampak bersih!
Tidak kelihatan sampah-sarap di sana sini.
Cuma, masa yang membatasi segalanya, membuatkan kami terpaksa meninggalkan segera tempat ini. Moga ada kesempatan untuk santai-santai di sini.
Dik Za Fauzan memandu kereta ke jalan besar, katanya akan bawa kami ke Kota Bharu, ke Pasar Siti Khadijah.
2 comments
cantik pantai nya, cuma bila hujung tahun ombak besar... lagi lah sekarang musim air bah
BalasPadamRindunya pantai....kalau dapat lepak tepi pantai no lama2 mesti best..rasa macam muda2 dulu
BalasPadam