Pasar Siti Khadijah Kota Bharu
9:24 PTG
Waktu yang singkat di Kota Bharu kami manfaatkan semaksimum mungkin. Dik Za Fauzan membawa kami ke Pasar Siti Khadijah. Siapa yang tak pernah dengar betapa tersohornya pasar ini? Memandangkan kami begitu menjaga masa, tidaklah sepenuhnya kami dapat lihat apa yang ada di sini. Terima kasih kepada para peniaga yang memberi izin untuk Amie tangkap gambar.
Dan sudah tentunya, di hati ini sudah berjanji untuk datang lagi ke sini dalam keadaan santai supaya lebih puas hati.
Melihat tempoyak, petai jeruk, bawang putih jeruk dan sebagainya ini sudah dapat dibayangkan hidangan tradisional ala-ala kampung yang mampu mengecurkan liur! Mudah sangat nak dapat bekalan bahan jeruk di sini!
Bukan itu sahaja, buah-buah jeruk pun banyak!
Ini gula nise kot... gula nisan atau gula kerek.
Adakah ini roselle yang dikeringkan?
Ini Amie tahu, asam keping @ gelugor.
Geram sangat tengok pelbagai bahan masakan yang dijual di pasar ini! Rasa nak beli,nak masak jew...ahaks!
Yang ini Amie tak pasti apa... nampak macam sejenis manisan!
Tapai ubi pun ada.
Macam bulan puasa pulak bila melihat bungkusan cendol and the gang!
Melihat rempah nasi dagang, memang nak beli tapi memikir nak mengusung, itu yang batalkan hasrat! Jadi, memang kena datanglah lain kali.
Kata Dik Za Fauzan, kalau nak makan nasi kerabu tak perlu susah-susah buat sambal ikan. Ada ni dalam bungkusan, beli jew senang!
Serunding kelapa pun ada!
Macam-macam jenis keropok ada di sini.
Bila melihat longgokan serunding pelbagai jenis, mulalah mata naik juling! Itu belum lagi dengar harganya!
Masya Allah!
Memang murah sangat harga serunding daging. Mungkin sebab harga serunding di tempat kami mahal harganya. Antara percaya dengan tidak jew.
Memang tak lepas peluang, Amie beli juga!
Nak tahu harganya?
Datanglah sini...hihihii!
Serunding ayam.
Ikutkan hati memang nak borong berkilo-kilo, tapi memikir perjalanan masih jauh untuk diteruskan maka belilah sedikit sahaja dulu. Lain kali datang sini secara terancang, bolehlah beli berkilo-kilo!
Terima kasih dik, izinkan ambil gambar. Moga tambah rezeki.
Para peniaga di sini memang mesra pelanggan. Peramah dan murah dengan senyuman! Kadang-kadang tak sampai hati kalau tak beli dek keramahan mereka!
Kita pindah ke tingkat atas pula, tempat jualan pakaian dan kain.
Tak ingat pulalah entah berapa pasang kain sudah dibeli di Surabaya, tapi jejak kaki ke sini mata pun ikut rambang! Sudahlah juling mata melihat longgokan serunding daging dan ayam di tingkat bawah, kali ini mata pula bertambah rambang!
Haiyyoooo!
Baik pejamkan mata saja tak payah tengok semua tu...kihkihkihhhh!
Walaupun menahan diri dari membeli, tapi dek keramahan peniaga kain, terperangkap juga den!
Menyangkut juga sehelai dua kain, dan blouse!
Tak apalah.
Beli sehelai dua buat kenangan jejak kaki ke Pasar Siti Khadijah.
Boleh juga buat baju raya, sebab kain yang dibeli pun blink.... blink dengan batu-batu!
Sayang rasanya nak melangkah tinggalkan pemandangan yang indah dan cantik di kedai kain, tapi apakan daya, masa sangat cemburu dan asyik mengekori kami serapat-rapatnya!
Sekali lagi, terima kasih Dik Fauzan kerana belikan kami keropok di sini. Keropok lagi eehh... 4 bungkus kami usung keropok malam ini, dengan serunding daging, dengan kain blink blink blinkkkk.....ahaks!
6 comments
Kalau ke Kelantan, tak sah kalau tak singgah Pasar Besar siti Khadijah KB
BalasPadamtak puas rasanya kan kak bila terkejar-kejar nih...
BalasPadamyang bulat2 tu, gula nise kak, ada yang bulat-bulat kecil je...
yang manisan merah hijau tu, di panggil gelembung buaya
geram tengok semua manisan, kuih2 dan hasil jualan kt pasar siti khadijah ni...
kain-kain tu takkan tengok je kan mesti beli jugak kan kak... yelah kene datang lagi nih kan
Sangat menarik, teruja nak shopping kt sini. Maq belum pernah jejak sekali pun negeri Kelantan ni. Teringin sangat nak pergi..
BalasPadamwah kain warna kelabu tu cantik lah. Design baru ka. Pasar Siti Katijah kalau masuk tangan kosong keluar mesti tak cukup tangan. hehehehehe
BalasPadamWarisan Petani,
BalasPadamtak lengakp rasanya kalau tak singgah ye.
Norhidana,
sebenarnya hanya transit saja di KB... tu yang terkejar2 bila semua tempat nak ditengok.
Madam Maq,
Saya pun dah 32 tahun tak jejak Kelantan, dapat datang sini kali ini sekadar penuhi masa transit saja.
Notie,
hahaaa... ikutkan hati memang nak rembat banyak kain di sini tapi fikirkan cemana nak angkut ke sana sini, itu yang terpaksa hadkan dua tiga helai saja.
Teringat SA masa pi Sarawak ..masa tu pasar Satok ada lagi...memang hari2 repeat situ sebab seronok thok segala jualan yg segar2...
BalasPadam