Sedapnya Meratah Acar Berkacang!
12:20 PTG
Menikmati sajian tengahari tanpa masakan berkuah memang sedap! Nampaknya kali ini hidangan kami terdiri daripada lauk-pauk kering belaka, kecuali acar timun yang sedikit berkuah oleh kesan perapan jus limau nipis bersama gula.
Selain acar timun, Amie sediakan Sambal Belacan, Ikan Buna Goreng, dan Cendawan Tiram Goreng Salut Tepung.
Acar Timun ini Amie olah mengikut selera Encik Suami. Suka benar Encik Suami meratah Acar Timun yang ditambah dengan telur rebus dan kacang tanah tumbuk. Memang acar beginilah yang menjadi kegemarannya sejak dahulu. Amie kongsikan resepinya di bawah ini.
Bahan-bahan:
1 biji timun - potong ikut citarasa
1/2 batang lobak - potong ikut citarasa
7 biji tomato ceri - potong ikut suka
1/2 cawan kacang tanah goreng - buang kulit dan tumbuk kasar
1 biji telur rebus - hiris nipis
5 biji bawang merah - hiris
3 biji cili hijau - hiris
2 biji limau nipis - peras jusnya
1 sudu besar cuka
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara:
1. Gaulkan kesemua bahan di atas.
2. Pastikan kuning telur hancur dan larut bersama gula dan jus limau nipis menjadi kuah acar.
2. Biarkan seketika sebelum dihidangkan.
Ada seekor ikan buna, jadi Amie gorengkan ikan ini sebagai lauk tambahan.
Inilah rupa ikan buna. Di bahagian tepi-tepinya itu penuh berlemak! Sedap kalau masak singgang atau masak berkuah, tapi hari ini Amie nak goreng saja...hiks!
Ikan buna tak perlu goreng lama-lama sampai garing, cukuplah goreng sehingga masak supaya isinya yang lembut berlemak dapat dinikmati sepenuhnya.
Nampak tak serunding di belakang itu? Haaa... itulah lauk sampingan sedia ada, iaitu serunding ikan yang Amie buat dua minggu lepas. Masih elok dan sedap. Kita cerita sedikit tentang Sambal Belacan. Kesemua bahan untuk sambal belacan ini Amie goreng, dan kemudian Amie tumbuk kasar-kasar.
Bahan-bahan goreng:
20 gram belacan
2 biji tomato - hiris-hiris nipis
30 biji cili padi
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji bawang merah - hiris
Bahan lain:
2 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Cara:
1. Toskan kesemua bahan yang telah digoreng.
2. Kemudian tumbuk kasar.
3. Tambahkan jus limau nipis, garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
Nampaknya, bersusun lauk-pauk di dalam dulang menunggu untuk dijamah! Tapi, nanti dulu. Ada lagi resipi yang ingin Amie kongsikan, iaitu Cendawan Tiram Goreng Salut Tepung. Cendawan goreng ini sangat digemari anak-anak! Mereka suka ratah-ratah begitu saja dengan sos cili. Amie gunakan 500 gram cendawan tiram. Banyak hasilnya! Untuk resipi cendawan ini Amie gunakan 250 gram tepung kentang.
500 gram cendawan tiram
minyak
Bahan adunan:
250 gram tepung kentang (boleh gantikan dengan campuran tepung jagung dan tepung gandum)
1 biji telur
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 sudu kecil lada putih - tumbuk
2 sudu kecil serbuk rempah kari
1 sudu besar perencah Maggi Cukup Rasa
air secukupnya
Cara:
1. Campuran kesemua bahan adunan.
2. Panaskan minyak.
3. Celup cendawan ke dalam adunan dan goreng hingga kuning keemasan.
4. Angkat dan toskan.
Jemput makan.
Bismillah.
2 comments
Acar Amie tu nampak mengiorkan, bila bila nanti In Sya ALLAH boleh cuba
BalasPadamFHA,
BalasPadamsilakan...memang sedap!