Jom Berkenalan dengan Ikan Jebong, Ikan Buna, Ikan Puput dan rakan-rakannya yang lain.
7:37 PTG
Pernah lihat ikan jebong?
Pernah makan ikan jebong?
Ada yang memanggilnya ikan ayam-ayam
Ada juga yang menggelarnya ikan kambing-kambing.
Keluarga ikan jebong ini pelbagai. Kita boleh mengenalinya perbezaannya berdasarkan warna dan bentuknya, sama seperti keluarga ikan yang lain.
Kulit ikan jebong ini keras, isinya tebal, padat tapi lembut dan sedap jika dipanggang atau dibakar.
Ini pula ikan buna.
Ada yang menggelarnya ikan tudung saji.
Sewaktu kami beli, hanya tinggal seekor. Mujur tangan cepat mengambilnya, sebab pelanggan di belakang bertanya: Ada ikan buna?
Selain digoreng, ikan buna sedap dimasak singgang atau masak asam pedas!
Kalau digoreng, Amie suka ratah bahagian siripnya.... berlemak!
Sudah disebut dua kali nama ikan ini di hadapan penjual ikan!
Terima kasih penjual ikan sebab sudi kongsikan nama tempatan ikan di atas dan di bawah ini.
Sayang seribu kali sayang!
Sampai di rumah, terlupa namanya!
Seperti biasa, ini keluarga ikan belais atau dengkis atau ikan capok saiz besar.
Ini ikan belais tembaga.
Jangan pandang pada luarannya, sebab isi di dalamnya cantik dan sedap!
Goreng pun sodap!
Adik-adik belais pun ada juga menempel di sini ye!
Encik Suami kata ini adik-adik belais.
Geram!
Sebab nampak sangat segar!
Ikan kunyit pun nampak segar!
Ini ikan puput.
Ada yang panggil ikan beliak mata.
Ada yang panggil ikan beliak mata.
Mungkin anda sudah biasa melihat dan mendengarnya.
Selalu 'berkelahi' dulu dengan Encik Suami kalau nak beli ikan puput, sebab Encik Suami kata ikan ini penuh tulang! Biarlah penuh tulang, yang penting bila digoreng garing, rasanya sungguh enak!
Bila sudah terhidang di atas meja, Encik Suami pun makan juga...ngeeee!
Jumpa lagi!
Amie belanja ikan gerut-gerut.
Pilihlah saiz yang disukai....hiks!
1 comments
Salam
BalasPadam