ADSENSE

Selasa, 23 Oktober 2018

Hinava Tingii

Resipi Hinava Tingii ini tersimpan agak lama dalam folder. Sebelum terlupa buat selamanya, eloklah Amie paparkan di sini. Hidangan tradisional masyarakat Kadazan-Dusun ini memang sangat terkenal di Negeri di Bawah Bayu. FIL merupakan salah seorang peminat hinava. Sewaktu hayatnya, kalau kebetulan Amie berada di kampung, dan FIL balik dari pasar bersama ikan-ikan segarnya, memang FIL akan minta Amie buatkan hinava. Nampak berselera sungguh FIL makan nasi dengan hinava ikan.

Bahan-bahan:
500 gram isi ikan tenggiri (tingii) 
200 gram peria
2 cam halia muda 
1 labu bawang merah
1 kuntum bunga kantan
2 biji cili merah
4 biji limau nipis - ambil jusnya
garam / perasa pilihan secukupnya

Cara:
1. Hiris isi ikan tenggiri, peria, halia muda, bawang merah, bunga kantan dan cili merah.
2. Campurkan kesemua bahan hiris ke dalam sebuah bekas.
3. Tambahkan jus limau nipis dan garam / perasa pilihan.
4. Gaul rata dan biarkan selama 20 minit sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

2 ulasan:

notie berkata...

Apa maksud hinava tingii... macam kerabu je

Juls Julie80 berkata...

kalau orang Swk yang ni dipanggil umai ikan. Tapi version Melanau punya ade buh belacan..sedapppp ehehe