Bubur Ruya
5:28 PTG
Bila Amie belek-belek buku resepi KOMPILASI MASAKAN SARAWAK oleh Chef Sarji Ramli (entah tahun bila dibeli, tapi hari ini baru berkesempatan membeleknya), terjumpalah resepi yang diperbuat daripada ubi kayu. Ada pun Encik Suami membebel beberapa hari kebelakangan ini kerna ubi kayu yang dibeli terbiar tidak berusik, ditambah pula jiran sebelah menghulur sebiji ubi kayu sebesar betis orang dewasa!
Kita pun bergegas mengupas kulit ubi, dan mengumpul bahan yang diperlukan. Daun pandan memang sudah ada sebab beberapa rimbun pokok pandan Encik Suami tanam di belakang rumah. Bahan lain yang diperlukan hanyalah beras pulut dan gula pasir sahaja. Alhamdulillah! Semua bahan tersebut ada di dapur.
Resepi asalnya menggunakan 1 kg ubi kayu, tapi Amie kurangkan menjadi 1/2 kg. Beras pulutnya pula Amie gunakan 3/4 cawan. Selain daun pandan, dan gula pasir Amie tambahkan secubit garam dalam masakan bubur ruya ini.
1 kg ubi kayu - dibuang kulit dan dipotong kiub
150 gram beras puluit - dibersihkan
4 helai daun pandan muda
3 sudu makan gula pasir
2 liter air
Cara membuat:
1. Ubi yang telah dipotong dimasukkan ke dalam periuk bersama air secukupnya.
2. Masak ubi tersebut seperti masak bubur. Setelah mendidih masukkan beras pulut.
3. Setelah isi ubi dan beras pulut menjadi lembut, perlahankan api.
4. Masukkan gula pasir. (Amie tambahkan sedikit garam untuk rasa lemak). Kacau sehingga sebati dengan ubi. Setelah itu masukkan daun pandan. Kacau rata dan tutup api.
Langit mendung. Suasana mula gelap. Suhu berubah perlahan-lahan menjadi sejuk. Jom makan ruya ubi!
3 comments
Urmmm sedapnya Kak Amie..nyumm nyummm..
BalasPadamtak pernah makan ubi di masak dengan beras pulut...rasanya macamana ya?
BalasPadamTak pernah makan bub ur Ruya di Sabah.Lucu kan..ni makanan dari suku kaum lain. Kadazan Dusun biasa2 ja makanan ya..macam juga makanan orang melayu..ada juga masakan TUHAU atau jeruk ikan.
BalasPadam