Rusa Masak Asam Pedas
3:29 PTG
Petang kelmarin, berkali-kali Firdaus dan Encik Suami panggil Fairuz untuk makan nasi, barangkali terlalu letih Fairuz lebih utamakan tidurnya. Rupanya Fairuz tidak sempat menjamah nasi, dan kelam-kabut pergi tuisyen di sebelah malamnya. Sekembalinya dari kelas tuisyen, Amie panaskan lauk RUSA MASAK LEMAK CILI PADI DENGAN BELIMBING BULUH. Memandangkan Firdaus asyik merengek minta temankan tidur, Amie pun tinggalkan Fairuz yang ditemani pula oleh Encik Suami di meja makan.
Pagi-pagi, sebelum berangkat ke sekolah Fairuz berpesan: Nanti Mommy masak lagi daging payau (rusa). Malam tadi tak puas makan.
Sekembalinya dari sekolah, Amie pun masakkan sekali lagi daging rusa untuk Fairuz. Kali ini Rusa Masak Asam Pedas pula.
Terima kasih sekali lagi buat Cikgu Jusnawati di atas pemberian bunga kantan kelmarin. Ada empat kuntum bunga kantan semuanya. Alhamdulillah, semua bahan untuk mengolah masakan asam pedas cukup lengkap. Daging rusa yang Amie rebus petang kelmarin pun masih berbaki di dalam peti sejuk. Jadi, tidaklah menunggu lama untuk menyiapkan masakan asam pedas ini.
500 gram daging rusa - potong ikut citarasa (Amie sudah rebus empuk sebelum memasaknya)
2 biji tomato - belah 2
4 tangkai pokok kesum
1 kuntum bunga kantan - belah 4
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugur
3 cawan air
4 sudu besar minyak
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
Bahan kisar:
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
2 cm kunyit
1 cm belacan
1/2 sudu kecil lada hitam
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum, bunga kantan serta daging rusa dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
3. Tambahkan air dan masukkan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga terbit minyak.
2. Masukkan daun kesum, bunga kantan serta daging rusa dan gaul mesra dengan bahan tumisan.
3. Tambahkan air dan masukkan asam gelugur. Biarkan mendidih.
4. Setelah kuah agak pekat, perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan tomato. Biarkan seketika.
6. Padamkan api dapur.
6. Padamkan api dapur.
Pelengkap hidangan kami tengahari tadi: telur herba, dan ulam-ulaman termasuk petai, tomato ceri, mentimun dan bawang putih kukus.
- Sedap tak dik?
+Sedap.
-Mana lebih sedap? Lauk semalam (Rusa Masak Lemak Cili Padi dengan Belimbing Buluh) atau hari ini?
+Hari ini.
-Kenapa hari ini lebih sedap?
+Heheeeee....
Alhamdulillah.
Sedap atau sebaliknya itu subjektif sifatnya.
Masing-masing ada citarasa yang tersendiri.
Apa pun jauh di sudut hati sentiasa bersyukur kerana anak-anak tidak cerewet, atau memilih makanan. Apa yang ada di depan itulah yang dimakan bersama.
Bunga kantan yang lebih ini.... nak masak apa pula ye?
4 comments
tak pernah mkaan rusa, apa rasa nya Mie macam kambing ke heheee
BalasPadamnak kena cari daging rusa, ... akak belum pernah makan... teringin pulak
BalasPadamMesti sedap... tengok pun berselera.
BalasPadamKak Nooriah,
BalasPadamtakde rasa kambing atau lembu, lamb atau kerbau kak.... rasanya tersendiri...rasa rusa kak heheeee.
FHA,
in shaa Allah, jumpalah tu nanti
Fadzillah,
Alhamdulillah, rezeki dapat daging muda, sedaplah he heee.