Kari Kepala Ikan Merah
5:26 PTG
Selamat petang.
Kali ini Amie kongsikan resipi ikan, masak biasa sahaja iaitu Kari Kepala Ikan Merah. Anak-anak suka masakan kari, tapi bila dihidangkan Kari Kepala Ikan Merah, seperti biasa mereka kata apa yang nak dimakan? Takkan makan kepala? Anak....oohh! Anak! Kadang-kadang ketawa sendiri bila mengenangkan gelagat anak-anak ketika berada di meja makan.
Untuk masakan kari, kadang-kadang Amie tambahkan jus limau nipis sebagaimana kebiasaan MIL. Perahan jus ini dituangkan dalam masakan sebagai sentuhan akhir. Sesekali Amie gunakan perahan jus limau nipis untuk menggantikan asam jawa atau asam gelugor.
700 gram kepala ikan - ikan merah / ikan putih / ikan jenahak / ikan tenggiri atau kepala ikan lain mengikut citarasa sendiri
1 cawan santan pekat
1 biji limau nipis - perah jusnya ( pilihan asam jawa / asam gelugor)
2 tangkai daun kari - lurutkan
4 sudu besar serbuk kari ikan
7 biji kacang bendi - potong tampuk dan ekor
2 biji cili hijau - belah 2, tapi jangan putus
2 biji tomato - belah 2
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
1 cawan air1/2 cawan minyak
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Bahan penumis:
1 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 sudu kecil jintan putih kasar
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi
Bahan kisar:
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
2 cm halia
Bahan penumis:
1 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
1/2 sudu kecil jintan putih kasar
1/2 sudu kecil halba
1 sudu kecil biji sawi
Cara:
1. Panaskan minyak, dan tumis bahan penumis hingga wangi dan kekuningan.
2. Masukkan bahan kisar, diikuti dengan daun kari dan serbuk kari. Tambahkan secawan air. Masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak.
3. Seterusnya masukkan kepala ikan, cili hijau, kacang bendi dan tomato, diikuti dengan santan pekat.
4. Masak sehingga kepala ikan masak sempurna.
5. Perasakan dengan garam / gula / perasa pilihan.

0 comments