Barobbo' dan Buras & the Gang
7:39 PTG
Antara masakan suku kaum Bugis yang Amie gemari termasuklah Barobbo' atau Bubur Jagung seperti di bawah ini. Memang sangat sedap! Boleh dinikmati bila-bila masa sahaja, tak kira pagi, tengahari atau petang. Terlebih enak bila bulan puasa, jiran sebelah rumah hulur semangkuk siap dengan perkedel jagung dan sambalnya sekali. Walllaaaa... enak banget!
Walaupun pelbagai rupa bentuk dan bahan yang digunakan pernah Amie cuba makan, tapi barobbo' memang sedap! Bahan asanya yang terdiri daripada hirisan jagung segar itulah yang menambat selera!
Alhamdulillah!
Rasanya sekarang dah malas nak masak barobbo' sebab barobbo' boleh dibeli di pasar tani atau gerai-gerai makanan...hiks!
Ada ketikanya, rezeki datang mencurah-curah ke dapur. Bukan sahaja jiran suka menghulur buras ketika hari raya, tetapi pekerja-pekerja di bawah seliaan Encik Suami pun rajin membekalkan Encik Suami dengan buras serta lauk-pauknya! Alhamdulillah. Rezeki Allah, jangan ditolak.
Selain serunding kelapa, buras turut dihidangkan dengan lauk-pauk lain seperti Nasu Likku' (Ayam Masak Lengkuas), Sambal Ikan Bilis dan juga Ayam Palekko.
Ada dua jenis buras yang kami selalu makan, dan yang selalu kami terima dari rakan dalam kalangan masyarakat Bugis. Gambar atas : Buras yang diperbuat daripada beras pulut. Gambar bawah : Buras yang diperbuat daripada beras biasa.
Buras beras biasa juga enak dinikmati bersama Coto Makassar.
Sambal Ikan Bilis.
Nasu Likku' (Ayam Masak Lengkuas). Amie pun selalu jumpa pelbagai saiz potongan ayam ini. Ada yang dipotong kecil seperti di tas, ada yang saiz biasa, dan ada juga ayam seekor dipotong 2. Yang dipotong 2 itu, biasanya jiran Amie bagi kami sebagai juadah hari raya.
Ini dia Ayam Palekko. Rasanya pedas!
Jom makan.
3 comments
Assalamualaikum Amie
BalasPadamPeliknya nama nya Mie tapi macam sedap jugak kan
ala..nampak sedapnya....
BalasPadamKak Nooriah,
BalasPadamwaalaikumussalam,
ye nama tempatan, kalau masak kena caranya memang sedap kak, macam ketupat.
den dyen,
sedap tu kalau biasa makan.