Belum sampai masanya untuk ucapkan selamat tinggal...ahaks! Jom kita cuci-cuci mata melihat pemandangan di sekitar Guangzhou. Menyaksikan pelbagai bentuk bangunan pencakar langit! Bas yang berwarna-warni. Sungai yang berair jernih, dan juga pengguna jalan raya yang menunggang basikal. Nampak santai saja kan? Pagi yang kelam itu, kerana matahari tidak muncul bersinar terang, bas yang membawa kami berhenti di suatu tempat yang memang para pelancong...
Malam terakhir bermalam di Guangzhou, kami sempat ronda-ronda di sekitar Shangxiajiu Road. Walaupun tidak berhasrat untuk berbelanja di situ, cukuplah sekadar cuci-cuci mata melihat suasananya. Antara yang menarik hati sudah tentulah buah-buahan berwarna-warni yang tersusun cantik! Mata pun terasa segar semula melihat warna-warni buah-buahan pelbagai jenis dan rupa. Sungguh pandai peniaga buah mempamerkan jualan masing-masing dengan cara sedemikian untuk menarik pelanggan. Harga yang...