Itik Panggang

9:04 PTG

Bila sebut tentang itik, ada yang suka dan tidak kurang pula yang tidak suka. Amie belajar makan hidangan itik daripada keluarga sebelah suami. Apa istimewanya hidangan itik? Sedap atau sebaliknya, itu ikut citarasa masing-masing. Ada dua resepi memasak itik yang Amie pelajari. Pertama, itik masak sambal daripada ibu mentua, dan yang kedua Amie tak tahu apa nama resepinya.... rebus itik hingga empuk, kemudian lumurkan dengan pelbagai bahan perisa dan kemudian goreng hingga kuning keemasan. Resepi kedua Amie belajar melalui kakak ipar. Namun kadang-kadang Amie ubahsuai resepi tersebut. Setelah merebus hingga empuk, Amie lumurkan dengan pelbagai bahan perisa dan kemudian panggang pula dalam ketuhar. Jadilah Itik Panggang dalam ertikata masakan Amie yang tersendiri. Kami ada seekor itik daging yang sudah dibersihkan seberat 2.6kg. Suami kata masaklah seperti biasa, rebus hingga empuk dan kemudian goreng. Amie cadangkan supaya panggang sahaja tanpa direbus terlebih dahulu tapi suami kata.... eh! Macamana nak makan kalau itik keras macam batu? Memanglah daging itik keras tapi nanti dulu.... Amie cuba jumpa Encik Google untuk selesaikan masalah ini.


Agak-agak Itik Panggang di atas ini benar-benar dipanggang atau direbus dulu kemudian baru dipanggang? Amie telah bertemu dengan Encik Google yang telah memberi Amie pelbagai cadangan untuk masak Itik Panggang. Antaranya termasuklah Resepi Duck Roast di SINI, atau Cantonese Roast Duck Recipe di SINI. Ada lagi resepi Peking Duck di SINI dan juga Resepi Itik Panggang di SINI. Kalau masih tak cukup, bolehlah klik Resepi Bebek Panggang Ngo Hiang di SINI


Berdasarkan beberapa panduan resepi dan pengalaman sendiri Amie akhirnya putuskan untuk memanggang dengan cara Amie sendiri. Amie gunakan beberapa bahan perapan termasuk madu dan sos hoisin serta five spices seperti yang dicadangkan dalam beberapa resepi yang Amie baca walaupun Amie tak jumpa jintan hitam, tapi Amie gantikan dengan jintan putih. Kemudian Amie perap semalam di dalam peti sejuk. banyak langkah yang terpaksa diikuti untuk menghasilkan Itik Panggang Amie kali ini. Misalnya, setelah itik dibersihkan dengan memerap selama 40 minit bersama air limau nipis dan garam, Amie toskan itik tersebut selama 1 jam supaya itik benar-benar kering sebelum dilumur bersama bahan perapan. Setelah diperap semalaman, Amie tonggengkan itik tersebut supaya air perapan tidak terkumpul dalam daging tersebut. Sebaik-baiknya itik hendaklah dipanggang secara menegak tapi manalah kita ada ketuhar seperti yang digunakan oleh restoran-restoran Cina. Amie hanya panggang di dalam oven dengan api yang paling sederhana selama 3 jam. Setiap 30 minit Amie akan buka oven dan keluarkan minyak dari lemak itik yang tidak henti-henti menitis ke bawah. Pada masa yang sama, Amie sapu seluruh badan itik dengan campuran sos hoisin, madu dan kicap cair. Panjangnyalah cerita pasal itik.....  Di bawah ini bahagian peha itik, dan bahagian yang sebelahnya kenalah tutup sebab kena 'sopan'lah sikit.... he he heheh


Inilah hasilnya Itik Panggang olahan resepi Amie. Walaupun kulitnya tak segurih dan segaring seperti yang tergantung di restoran tetapi sekurang-kurangnya Amie boleh buktikan kepada suami bahawa Itik Panggang tanpa direbus terlebih dahulu bukanlah keras seperti batu sebagaimana sangkaannya.



Ini ialah bahagian peha itik yang sudah dipotong-potong. Pada mulanya Amie memikirkan itik seberat 2.6kg ini besar sangat dan banyak hasilnya tetapi rupanya sekali hidang, licin dalam sekelip mata.


Ini bahagian dada itik. Nampak merekah... itu menunjukkan Amie belum mahir dalam hal memanggang itik. Sebelum ini Amie kurang berminat untuk makan bahagian dada ayam, tapi lain pula dengan dada itik. Pada Amie dada itik merupakan bahagian yang paling sedap berbanding bahagian lain!


Insya-Allah, lain kali kalau berkesempatan untuk memanggang itik, Amie akan cuba yang lebih baik terutama pada bahagian kulitnya yang sebenarnya rangup setelah habis minyaknya mengalir keluar! Ada sesiapa yang berminat untuk mengetahui resepi Itik Panggang Amie? Mungkin ramai yang kurang berminat dengan resepi itik tapi  Amie kongsikan bersama seperti di bawah ini:

Resepi: Itik Panggang
Sumber: Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
1 ekor itik - bersihkan, buang kepala dan kaki
2 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu besar garam

Bahan perapan:
1 labu bawang besar - kisar
3 biji bawang putih - kisar
3cm halia - kisar
1 sudu madu
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
2 sudu sos hoisin
1 sudu lada putih - kisar
2 sudu five spices - bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, lada sulah dan jintan hitam - kisar 
garam - secukup rasa / jika perlu
sediakan sedikit campuran sos hoisin, madu dan kicap untuk melumuri badan itik ketika dipanggang

Cara:
1. Lumurkan seluruh badan itik dengan jus limau nipis dan garam. Biarkan selama 40 minit.
2. Cuci itik sehingga bersih dan toskan selama 1 jam.
3. Lumurkan seluruh badan itik luar dan dalam bersama bahan perapan.
4. Perap semalaman di dalam peti sejuk
5. Keluarkan itik yang diperap dan toskan supaya keluar air dari badan itik selama 2 jam.
6. Panggang itik di dalam ketuhar dengan api perlahan selama 3 jam.
7. Setiap 30 minit, keluarkan itik dan buang minyak dari lelemak itik. 
8. Sapu seluruh itik dengan campuran sos hoisin, madu dan kicap.
9. Setelah itik masak, biarkan seketika anggaran 15 minit sebelum dipotong untuk dihidangkan.

Amie tidak menyediakan Sos Vietnam untuk pencicah Itik Panggang sebaliknya Amie buat sejenis pencicah yang selalu kakak ipar Amie hidangkan semasa BBQ di kampung. Tapi.... tak tahu apa namanya...



Bahan-bahan:
15 biji cili kering
10 biji bawang merah - hiris nipis
7 biji bawang putih - hiris nipis
1 cawan bancuhan air asam jawa 
jus limau kasturi- pilihan
kicap secukupnya - Amie gunakan Kicap Cap Kipas Udang yang sudah cukup lengkap segala rasanya

Cara:
1. Goreng bawang putih, bawang merah dan cili kering hingga garing.
2. Masukkan cili kering, bawang merah dan bawang putih goreng, air bancuhan asam jawa dan kicap ke dalam pengisar.
3. Kisar hingga halus.
4. Tuang ke dalam mangkuk.
5. Boleh tambah jus limau kasturi jika suka - takperlu bubuh garam kerana kicap sudah cukup perasanya.


34 comments

  1. sedapnyer kak amie! tapi mieza tak makan itik..jadi mieza kena ganti dengan ayam..sos tu nampak mengancam sesangat..pandai kak amie ni masak..kalau mieza dok berjiran mau hari hari mieza datang umah kak amie bw pinggan hehehe

    BalasPadam
  2. Mieza,
    sejak jadi sebahagian keluarga suami, memang baru pandai makan itik... kebetulan memang dahulu keluarga suami ada perusahaan menternak itik... oleh kerana kalau keluarganya datang, memang kena sedia menu itik, lama-lama terikutlah makan itik...

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Amie, ummi singgah jap makan itik panggang, nak buat sendiri tak pandai lagi, sedapnya Amie makan dengan sos tu

    BalasPadam
  5. sedapnya nampak itik tu kak amie...saya ni kalau itik x reti nak masak, tapi memang suka mkn sgt, kalau dimasak kerutup aduhhhh sedapnya.

    BalasPadam
  6. Salam amie..memang mabeles la...
    Kak Ros pun suka itik yang dimasak crispy kulitnya.Biasanya tunggu inlaw kak ros cari crispy itik yang halal untuk dimakan.

    BalasPadam
  7. Assalam kak amie,sy xpernah lagi mkn daging itik ni kak,adeii teringin juga nak merasa,lagi2 bila nmpak itik panggang akak,mmg memikat sungguh ngan sos tuh..

    BalasPadam
  8. Amie..acik tak boleh tengok itik ni..terus teringat itik rendang je sedap..

    BalasPadam
  9. nmpk tersangatlah sedap..'kebakaran'pun cantik..golden brown gitew..
    Saya ni xprnh mkn itik, ada rasa lebih kurang cam ayam tak?

    BalasPadam
  10. tak pernah makan itik panggang ni..pernah makan itik masak kari jer..itu pun mak yang masakkan...

    itik panggang ni mesti sedapkan amie...

    BalasPadam
  11. Amie....tq kongsi resepi itik ni...nampak sedap dan menyelerakan...kak cek pun tak penah sekali pun panggang itik2 ni...beli itik pun jarang2 ...he he...next time leh cuba resepi itik panggang versi Amie ni...:)

    BalasPadam
  12. selamat malam Kak Amie..masi dlm blog k? nak minta sikit itik panggang tu..dah lama Rahel tak mkn itik panggang..selalu main beli jer..

    BalasPadam
  13. Tentu sedap itik panggang yang Amie masak tapi sayangnya kak Zai tak makan itik.

    BalasPadam
  14. sedap nmpak itik panggang tu....tapi saya tak pernah makan itik....mngkin lepas ni boleh cuba makan....

    BalasPadam
  15. Ummi,
    sebenarnya Amie pun tak berapa pandai masak itik, tapi kali ini cuba -cuba saja Ummi, jom makan sama Ummi...

    Cheq Sue,
    kalau ada itik lagi nak juga cuba masak resepi selain panggang, cuma kena rajin cubalah ye.

    Puan Ros,
    itik panggang Amie belum berapa crispy kulitnya, maklumlah percbaan pertama, insya-Allah lain kali akan cuba buat yang betul2 crispy.

    BalasPadam
  16. Hah Amie...menggoda abis...

    new menu in the list....

    BalasPadam
  17. Dana,
    memang betul tu, ada yang biasa makan itik, dan ada yang belum pernah makan.
    kebetulan keluarga belah suami memang ada banyak itik dan biasa masak itik, Kak Amie pun terikut2 makan itik.

    Acik Erna,
    Amie pun dah terbayang betapa sedapnya rendang itik walaupun belum pernah buat... ada sekali je pernah makan rendang itik tapi dah lama sangat.

    Lina_pg,
    rasanya lain sikit dari ayam sebab daging itik lebih keras, tapi bila panggang cara perlahan, dagingnya sangatlah lembut...kena dengan bahan perapan tentulah rasanya sedap.

    BalasPadam
  18. Ain,
    Kak Amie pun belum pernah makan itik kari... ooo..macam2 resepi itik boleh dibuat ye...nanti nak cuba masak kari pula.

    Cik Cek,
    Amie sebenarnya teringin nak hasilkan itik panggang yang cantik berkilat dan crispy macam di restoran tu...tapi belum tercapai sepenuhnya, belum berapa mahir...he he hehh

    Rahel,
    itik panggang yang dibeli tu lebih sedap & crispy sebab cara memanggangnya tu memang dalam ketuhar khas, jadi aliran lelemak dan air itik jatuh sekata dengan meninggalkan bahagian kulit yang enak dan daging yang sangat lembut!

    BalasPadam
  19. Kak Zaitun,
    betul tu Kak Zai... sesetengah orang memang tak makan itik, dulu Amie memang tak makan itik, tapi dah berkeluarga dengan orang yang menternak itik dan makan itik, sampai sekarang terikut2lah makan itik... he hehehh

    MP,
    boleh cuba MP... tapi leceh sikit, kena sabar membuatnya untuk hasil yang terbaik...

    Cute Oven,
    silakan...nanti kalau dah masak itik, share sepiring ye..

    BalasPadam
  20. Salam Kak Amie..Waaahhh itik panggang..mesti sedap ni..saya belum pernah makan lagi...

    BalasPadam
  21. k. amie yg mengoda....

    suka tengok itik jalan ramai..bagai itik pulang petang, jln terkedek2...

    tapi yg akak masak ni itik yang penuh dgn penantian..proses masak jer dah berjam2...alamat kebulur la ucu menunggu...

    BalasPadam
  22. Sue,
    sedap bahagian kulitnya tu... rangup tapi he he hehhh kumpul kolesterol dalambadan lee...

    Ucu,
    sabar itu buahnya manis... sambil menyelam minum air, sambilmenunggu itik terkedek-kedek dalam oven, sambil dengar radio, sambil sapu lantai, sambil cuci pinggan, sambil buat smoothie, sambil ketuk lappy... he he hehhh banyaknya boleh buat sambil menyambiltunggu itik terkedek-kedek...kih kih kihhhh...

    BalasPadam
  23. sKak Amie nak sepeha...hu hu peberet ni..ke dah habis dah sebab kita lambat jenguk umah kak amie arini...

    BalasPadam
  24. itikkkkkk la pulak
    wah mmg mcm2 menu ada kat dapur akak best giler ni ngeeee...oishii sou

    BalasPadam
  25. Kerull,
    dah habis dik...nanti kalau dapat itik lagi,kakak masak untuk Kerull ye...boleh ambil 2 pehanya tu....

    Lady Ayu,
    apa tu....oishii sou...tu halau itik ke? kihkih kihhhh

    BalasPadam
  26. sedapnya menu itik ni kak...nieza suka.pernah mkn tapi tak pernah msk sendiri lagi. sejak mkn nasi itik panggang kat kedai mkn Malaysia di London hari tu teringin pula nk mkn lagi tapi memang sedapla:)

    BalasPadam
  27. salam kak Amie....saya nak share resepi nie boleh tak?? saya nak letak dalam blog...kredit penuh utk Kak Amie

    BalasPadam
  28. kak Amie, mohon share resepi nie...saya nk letak d blog saya...kredit full 4 kak Amie

    BalasPadam
  29. mintik izin copy boleh,,sy ad menjual itik pedaging/ayam kampung,sila kunjugi blog saya HalimAzman ent (FARM)

    BalasPadam
  30. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe