Tengah Hari Bersama Bihun : Sup, Goreng dan Ikan Rangup
7:11 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini cuaca mendung tapi hujan tak turun. Suhu sejuk-sejuk manja sahaja. Nyaman bah. Kalau dapat hirup sup panas, alangkah nikmatnya!
Jom kita ke Bandar Tabanak cari makan tengah hari. Tak semestinya menjamu selera dengan nasi. Asalkan ada makanan masuk perut dan kenyang, kira makan tengah hari jugalah kan.
| Menu makan tengah hari kami tiga beranak. |
| Chinese Tea Panas |
Seperti biasa, Encik Suami mesti mencari Chinese Tea Panas. Amie pun ikut sekalilah, sementara Firdaus dengan Teh O Aisnya.
| Teh O Ais |
| Firdaus makan dahulu kerana menu yang dipesan sudah sampai di meja. Katanya perutnya sudah lapar. |
| Firdaus : Mi Goreng Ikan Kerapu Goreng Rangup |
| Habis licin Firdaus makan. |
| Mi Goreng didatangkan bersama semangkuk sup kosong. Bukan mangkuk kecil. Banyak kuah supnya. Puas Firdaus hirup sampai habis. Satu mangkuk sup lagi Encik Suami punya, |
| Encik Suami - Bihun Goreng Ikan Engko Goreng Rangup |
| Banyak juga isi Ikan Engko Goreng Rangup! |
| Amie : Bihun Sup |
| Ikan Kerapu Goreng Rangup |
Bihun Sup yang Amie pesan datang bersama Ikan Kerapu Goreng Rangup. Tak sabar nak makan apabila nampak isi ikan kerapu yang cantik di depan mata.
Bihun Sup beginilah yang Amie suka sangat sebab ada hirisan halia muda. Sewaktu makan boleh kunyah halia!
Sewaktu makan boleh masukkan Ikan Kerapu Goreng Rangup ke dalam mangkuk, atau ambil sepotong ikan dari piring dan makan bersama bihun sup.
Encik Suami kongsi sekeping Ikan Engko Goreng Rangup di mangkuk kita. Alhamdulillah. Terima kasih. Untuk tambah pedas, Amie letakkan satu sudu kecil sambal cili padi. Oleh kerana sudah ada rasa masam-masam manja dari hirisan tomato dalam sup, Amie tidak perahkan limau kasturi. Cukuplah rasa kuah sup yang ringan tapi sempurna dan menyihatkan.
2 comments
Kat sini baru hujan lebat tadi.
BalasPadamSejuk rasa waktu siang tanpa buka aircond. Eh nampak Firdaus macam sedikit susut.
Sedapnya bahan mi goreng ada ikan kerapu goreng rangup beserta supnya. Di Semenanjung macam tak ada menu macam ni. Jarang ada menu ikan goreng macam ayam goreng pop corn. Saya lebih suka sup ringan begini berbanding sup berempah.
Sejuk tekak dapat minum teh o ais tu. Menu pulak semuanya nampak sedap belaka tu.
BalasPadam