Sarapan Lempeng Cair & Nasi Goreng
8:49 PGAwal pagi tadi setelah Firdaus ke sekolah, kita terus masuk dapur. Teringat ada baki nasi bario dalam peti sejuk, bolehlah dibuat nasi goreng. Sebelum menguruskan nasi goreng, sediakan adunan tepung gandum dahulu untuk dibuat lempeng cair. Nanti boleh makan dengan Sambal Tomato Air Tangan Firdaus!
Tinggalkan adunan tepung gandum, pergi ke belakang rumah, petik cili putih untuk dicampur dalam nasi goreng. Hendak masuk dapur, terpandang pokok limau purut, petiklah dua tiga helai. Cari bahan lain dalam peti sejuk, terjumpalah beberapa batang kacang panjang dan udang kertas. Cukuplah untuk perencah nasi goreng. Eh, tambahlah dua biji telur!
| Hidangan Sarapan |
- Lempeng Cair + Sambal Tomato
- Nasi Goreng
- Kopi Arabica Gayo Aceh
| Nasi Goreng Beras Bario |
| Lempeng Cair |
| Sambal Tomato Air Tangan Firdaus |
| Kopi Arabica Gayo Aceh |
| Selamat bersarapan! |
Semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini! Jangan lupa alas perut sebelum memulakan aktiviti.
8 comments
wahh... saya hari tu baru juga melempeng. Suami makan 3 keping sebab dia kata susah betul bini dia nak buat lempeng sekarang.. hahaha... ye la.. lempeng kat lambat skeping sekeping.
BalasPadamkalau buat jemput jemput lebih mudah... 3 kali goreng je dah cukup untuk satu keluarga makan.
Tak pernah tak terliur lah kalau dah lihat hasil masakan kak Amie ❤️❤️❤️❤️. Ini pasti firdaus akan rinduuuuu sangat dengan masakan mamanya jika merantau jauh.
BalasPadamMacam nak buat lempeng jugak la esok makan dengan sambal bilis.
BalasPadamSedapnya hidangan sarapan kak Amie. Bab melempeng tu leceh nak kena buat satu-satu. Tapi itulah yang sedap.
BalasPadamWah Firdaus pun dah pandai buat sambal ye. Senanglah mommy boleh rehat masak lepas ni. Beras bario tak pernah rasa lagi. Comel je kecik-kecik. Oo cili putih tak pedas ye. Sedapnya nasi goreng tambah udang.
Sedap tu.. tambah² minum dengan kopi-o🤤🤤
BalasPadamwaduhhhh sedapnyaaaa lempengggg
BalasPadamlempeng ni cicah apa pun tetap menyelerakan...
fav sy kalau ada sambal sardin
fuhhh lg terangkatttt
banyaknya udang dalam nasi goreng tu! puas makan ni
BalasPadamalhamdulillah, menu sarapan yg sedap!
Wah terer lah firdaus buat sambal tomato. Dah boleh tolong mummy ni. Tapi udang nasi goreng tu memang mengancam sungguh
BalasPadam