Sarapan Apa di Pagi Minggu?
11:31 PGBismillahirrahmanirrahim.
Pagi tadi kami tiga beranak jalan-jalan ke Pasar Tani LD. Balik ke rumah menjinjing makanan pilihan masing-masing. Jadi, bersarapanlah kami di dapur sebelum membuat kerja masing-masing. Hari minggu bukan bermaksud hari untuk berehat dan bersantai-santai. Firdaus pun ada kerjanya juga. Katanya hendak mandikan kucingnya. Dia terlupa hari ini kena cuci tandas juga!
Jom sarapan bersama kami!
| Encik Suami - Bihun Goreng dengan Cili Sumbat dan Kaki Ayam Masak Kicap |
| Menu sarapan dari Pasar Tani LD. |
| Amie - Kapurung |
Amie pilih kapurung. Biasanya apabila sampai rumah Amie akan tambah dengan bahan lain seperti jagung, udang dan sardin dalam tin. Kali ini malas hendak buat penambahan bahan. Jadi makan sahajalah kapurung yang dibeli.
| Firdaus - Gado-Gado Cocos |
Beli jugalah sate ayam, takoyaki dan ubi rebus kelapa parut. Ubi rebus itu sedap makan dengan sambal tomato!
| Kaki Ayam Masak Kicap |
Encik Suami suka betul Kaki Ayam Masak Kicap ini. Memang lembut terlerai kulit dari tulangnya. Tulangnya pun sangat lembut sampai boleh dikunyah begitu sahaja. Lama betul tak masak kaki ayam begini. Jadi beli sahajalah.
17 comments
sedapnyaaaaa kaki ayammmm!
BalasPadamSedpnya menu sarapan pagi n boleh sambung makan thari
BalasPadamTeringin kapurung tu. Sedapnya ubi rebus lama tak makan.
BalasPadamSedap tengok menu sarapan keluarga kak Amie. Saya paling terliur tengok bihun goreng tu. Nanti nak buat la.
BalasPadamTakpernh masak kaki ayam kicap...biasa sup ...kita Breakfast roti paratha cicah Kari kambing
BalasPadamBertambah sedap nampaknya makanan yg diberi apabila dihidang sebegini rupa. Terbaiklah Kak Amie 👍🏻
BalasPadamItu dia! Mesti rambang mata tengok makanan² yg dijual di pasar tani tu kan.
BalasPadamkaki ayam bagus, banyak kolagen!
BalasPadamSemua menambat hati, selamat menjamu selera..syukur nikmat makanan di Malaysia
BalasPadamKaki ayam tu saya makan juga.....seronok meratah dia.
BalasPadamKaki ayam tu tengok pun dah tahu lembut gila
BalasPadamaduh encik majid ni....kaki ayam peberet ni buat orang terliur je tapi bagus banyak kolagen.
BalasPadamMacam²nya makanan dari pasar tani. Lama tak pergi PT hari cuti... Shah Alam je lah yang tau.
BalasPadamsemua sedap-sedap..
BalasPadamKalau pergi pasar tani seronok masing-masing dapat beli makanan kegemaran masing-masing. Banyak juga kak Amie membeli tu. Oo kalau gado-gado cocos ada keropok moni tu ye.
BalasPadamSA kalau kaki ayam biasanya buat sup kak..suka beli yang besar2...yg kurus2 isi x banyak
BalasPadamWaaah dah bisa firdaus disuruh bersihkan tandas ya kak 👍👍👍👍. Hebatlah. Boleh juga si bungsu nanti saya latih utk bersihkan tandas nih.
BalasPadamSedaaaaaap semua. 🤩🤩🤩. Kapurung memang masih buat saya penasaran 😄