Nasi Lauk Kurma Ayam & Acar Peria

2:53 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Pagi tadi sempat menyelit ke dapur sediakan makan tengah hari. Amie masak Kurma Ayam sebagai lauk utama, dan Acar Peria sebagai pelengkapnya. Namun begitu, memandangkan hanya masak sekali untuk makan sampai ke malam, jadi Amie tambahkan ikan goreng daun kari. Masih ada baki sambal kuinin, jadi Amie cincang buah kuinin sebiji lagi dan tambahkan cili padi tumbuk.

Nasi Lauk Kurma Ayam & Acar Peria

Lauk makan tengah hari & malam.

Kurma Ayam

Kurma Ayam ini penuh aksesori sebab Amie hendak habiskan saki-baki bahan masakan seperti kentang, lobak merah, telur dan cili. Oleh kerana akhir-akhir ini jarang masak, jadi banyaklah saki-baki bahan basah dalam peti sejuk yang hampir rosak.

Kurma ayam memang terkenal dengan rasa yang lembut, lemak berempah dan tidak pedas. Ramuan kayu manis, bunga lawang, bawang, halia dan santan menjadikan kuahnya pekat beraroma, namun tetap ringan untuk perut waktu tengah hari. Ada orang suka guna sedikit kismis untuk tambah lapisan rasa manis semula jadi. 

Acar Peria

Sepatutnya Amie hendak gandingkan Kurma Ayam dengan acar timun, tetapi timunnya sudah berair. Nampak ada sebiji peria, baiklah hiris-hiris dibuat acar. Encik Suami suka makanan pahit-pahit begini. Sebenarnya acar peria ini tidaklah pahit mana, pahit-pahit manja saja.

Apa pun acar peria ini menjadi penyeimbang rasa di antara lemak kurma ayam disuap bersama nasi panas. 

Ikan Jepun Goreng Daun Kari

Kelmarin goreng ikan jenahak dengan daun kari, habis licin dengan daun karinya sekali. Rupanya Firdaus suka gorengan ikan dengan daun kari. Dia makan daun karinya yang rangup itu! Jadi Amie goreng lagi ikan tapi gunakan seekor ikan sulig @ ikan Jepun. Amie tambahkan dengan daun kari dan nampak betul Firdaus sukakannya.

Sambal Kuinin

Oleh kerana ada sebiji lagi buah kuinin yang tidak berusik, jadi Amie tambahkan ke dalam baki sambal kuinin kelmarin. Kali ini rasanya lebih pedas sebab Amie lebihkan cili padi. Amie goreng emping melinjo yang dibeli dari Acheh. Sedaplah makan emping melinjo cecah sambal kuinin!

Kurma Ayam

Seperti biasa kalau masak kurma Amie akan gunakan resipi yang dikongsikan oleh Che Jah, mentua Adik Chah. Resipinya memang power! Bukan sahaja sedap dinikmati bersama keluarga, hendak dijadikan lauk rumah terbuka atau majlis lain pun tentu tetamu suka. Resipi ini Amie perolehi daripada beliau pada tahun 2013 : Kurma Ayam Resipi Che Jah Memang Power!

Resipi Kurma Ayam Che Jah
Bahan-bahan:

  • 600 gram daging ayam - potong 8
  • 4 biji kentang - belah 2
  • 1/2 batang lobak merah - potong ikut suka (ini Amie tambah dari resipi asal)
  • 3 sudu besar rempah kurma
  • 200 ml pati santan
  • 3 biji telur rebus - Amie tambah
  • segenggam daun pudina - Amie tidak ada daun pudina
  • 2 tangkai cili hijau - belah 2
  • 2 tangkai cili merah - belah 2
  • 1 biji limau nipis - ambil jusnya
  • 3 sudu besar minyak dicampur dengan satu sudu besar minyak sapi / mentega / marjerin
  • garam / gula / perasa pilihan
  • 3 cawan air

Bahan tumbuk halus / kisar :

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu kecil jintan manis kasar
  • 1 sudu kecil jintan putih kasar
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis - 3 cm
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang 
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan campurkan dengan satu sudu besar minyak sapi / mentega / marjerin.
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan rempah kurma, dan gaul sebati menggunakan api perlahan.
  4. Masukkan daging ayam bersama kentang dan lobak merah. Tambahkan air.
  5. Masak hingga daging ayam dan kentang serta lobak merah empuk.
  6. Tambahkan santan, dan biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan, cili hijau, cili merah, telur rebus dan daun pudina - Amie tak ada daun pudina.
  8. Perlahankan api supaya terbit minyak - lebih lama direnih, kuahnya lebih mesra.
  9. Sebelum kurma ayam diangkat, perahkan jus limau nipis ke atasnya.

Bismillah

5 comments

  1. sedapnya menu thari goreng ikan dgn daun kari harum n rangup.......daun kari banyk khasiat boleh cuba ni

    BalasPadam
  2. Cantik2 la gambar kak amie. Guna kamera apa ye?

    BalasPadam
  3. Sedapnya Kak Amie masak...SA teringin nak buat ikan goreng kelar2 macam tu..

    BalasPadam
  4. kak ana pun baru beberapa hari lepas masak kurma ayam, Amie, cantik gambar-gambar Amie

    BalasPadam
  5. Pertama kali Sy tengok acar peria Kak Amie . Pandai Akk mengolah resepi 👍🏻
    Nanti nak try la ikan goreng daun kari tu ...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe