Nasi Arab Air Tangan Abang Farid
7:40 PTGKelmarin 25 November 2025. Amie masih ingat kata-kata Fairuz. Sehinggalah menjelang malam nampaknya Fairuz dengar nasihat, tiada surprise untuk kami. Alhamdulillah. Nampaknya Fairuz dengar kata.
Semalam kita tidur lena tetapi menjelang tengah malam terasa seperti ada seseorang berdiri di tepi katil. Kita buka mata dan dalam samar-samar malam kelihatan Fairuz sedang berdiri mendukung sesuatu. Amie sangka Fairuz sedang dukung Tam Tam, kucing kesayangan Firdaus. Biasanya Tam Tam akan cakar pintu bilik kami waktu malam sebab hendak tidur di bilik kami.
Anehnya, kenapa Amie lihat kepala Tam Tam seperti kepala patung manusia? Walaupun suasana gelap tetapi nampak jelas rupa bentuk manusia! Setelah Amie menyedari 'patung' itu sebenarnya manusia, Amie terus berteriak : Ya Allah! Fairuz!
Encik Suami terjaga setelah mendengar teriakan Amie, dan 'patung' tadi yang sedang tidur turut menangis terkejut. Di belakang Fairuz, ada Abang Farid!
| Nasi Arab Air Tangan Abang Farid |
Alhamdulillah. Mudah-mudahan balik dari ladang petang nanti bolehlah makan Nasi Arab air tangan Abang Farid.
| New York Cheese Cake |
| Habis licin Nasi Lemak Air Tangan Abang Farid! |
Terima kasih Abang Farid, terima kasih Fairuz dan terima kasih Fuad. Sebenarnya Abang Farid balik LD untuk membuang undi pada hari Sabtu ini. Pada masa yang sama mereka mengambil kesempatan untuk membuat kejutan. Pada mulanya Fairuz hendak letakkan Hamzah yang sedang tidur di tengah katil kami, tetapi sewaktu Amie berteriak kerana terkejut, Hamzah terus terbangun dan menangis.
Oh, anak-anak! Ada-ada saja kamu ini.
15 comments
meriah sambutan hari lahir dan anniversary Amie , Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah, rejeki melimpah.
BalasPadamHappy anniversay kak amie & husband. Semoga berbahagia hingga syurga. Nampak elok kejadian nasi arab tu. Pandai masak anak jantan kak amie.
BalasPadamNi namanya rezeki... Happy anniversary!
BalasPadamAlhamdulillah...Kita pulak seronok membaca cerita kak Amie. Betul-betul surprise tu mereka rancang. Hadiah paling bermakna ni. Pulak tu dapat makan nasi arab air tangan abang Farid. Comelnya Hamzah cucu Kak Amie. Mestilah tak sabar Tokmi nak gomol-gomol dia.
BalasPadamBelated Happy Birthday dan Happy anniversary untuk kak Amie dan husband. Semoga terus berbahagia sampai syurga. Aamiin...
BalasPadamLaa ingatkan patung apa rupanya cucu tersayang hamzah pulang. Alhamdulillah keluarga amie dapat berkumpul beramai-ramai disebabkan pilihanraya Sabah. Tenguk ayam nasi arabnya pun dah buat kecur apa lagi dapat makan.
BalasPadamomeynya amir hamzah...alhamdulillah kejutan anak2 kecintaan...sedapnya masi arab hepi besday n anniversary amie
BalasPadamHappy belated dan happy anniversary kak... sentiasa tertunggu2 dan seronok nak baca cerita suprise anak-anak akak. Ada macam-macam cara mereka nak suprise... nampak sedap nasi arab tu kak. Memang menjadi
BalasPadamAlhamdulillah.. Lain macam surprise kali ni. Terbayang pulak Fairuz duk berdiri sambil pegang Hamzah tu.. Seronok baca kisah kali ni dari atas sampai habis. Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Kak Amie..
BalasPadamIni mmg betul² surprised ye Kak Amie. Anak², menantu dan cucu semua ada sekali.
BalasPadamPandai betul Abg Farid masak nasi Arab, mmg mewarisi kehandalan mommynya 👍🏻
Ma shaa Allah...betul betul surprise ni...Nasib baik tidak melatah..hehehe..Pasti Tok Mo & Tok abah yang paling bagia dan akan menjadi kenangan tiap kali hari mengindi....hehehe
BalasPadamAlaaah tapi Fairuz lucu juga, nak bagi surprise tp kasih tahu di awal 😅😅. Terharu ya kak Amie, kedatangan anak dan cucu dari KL pula. Ditambah nasi arab yg dibuat pun kliatan sedap. Memang mereka berbakat masak semua seperti kak Amie
BalasPadammmg surprise ni sempena ulangtahun Kak AMie....masakan dr anak tercinta
BalasPadamMaunya tak terkejut tengok kepala kecil tengah-tengah malam.... betul-betul menjadi surprise nya tu..
BalasPadamAnak-anak perantau ambil kesempatan jumpa family bila balik mengundi.