Makan Yang Ringan-Ringan Saja
3:35 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ini cerita makan tengah hari dua minggu lepas. Firdaus hendak makan di Happy Spoon Cafe. Kami layankan sahajalah. Di kepala kita, sudah membayangkan makan yang ringan-ringan sahaja sebab sudah makan bihun sup di kantin.
| Pilihan kudap-kudapan. |
| Firdaus sedang memilih makanan yang hendak dipesan. |
| Kongsi bertiga: Ais Kacang Merah |
Dessert di sini saiznya besar! Setiap kali datang memang hanya pesan satu sahaja dan itu pun kadang-kadang tidak habis.
| Pesan juga dua gelas air kosong untuk cuci mulut selepas menikmati Ais Kacang Merah. Segelas harga RM0.50. |
| Menikmati Kuetiau Goreng dengan penuh perasaan. |
| Ada telur mata dan sambal. |
| Firdaus suka pedas, jadi dituangnya sekaligus sambal di atas kuetiau. |
Tak ingat pula apa menu yang Encik Suami makan. Mungkin kuetiau goreng basah.
| Banyak aksesorinya. |
| Amie : Kentang Goreng Cheese |
Sengaja pilih Kentang Goreng Cheese untuk usik Firdaus. Budak itu tak senang makan kuetiau, asyik menjeling kentang goreng saja! Akhirnya doialah yang bagi licin Kentang Goreng Cheese.
| Ayam Goreng Happy Spoon |
| Ayam goreng ini pun habis sebab ada dua pembantu tolong makan. |
| Onion Rings. |
| Ini pun snack kegemaran Firdaus. Memang suka sangatlah dia apabila dipelawa makan! |
Sempat memesan popia untuk dibawa pulang!
| Sampai di rumah, Firdaus sambung makan popia. |
29 comments
Hahaha....kalau saya jadi Daus oun...tak senang makan kalau kat sebelah orang lain dok makann kentang goreng cheese..
BalasPadamNampak Daus makin slim...muka. panjang dan dah nampak remaja makin handsome
Mula meninggi sikit budak tu.
PadamEh, rasa macam nampak kurus pulak Daus kali ni... Ye ke?
BalasPadamTapi makan nya macam macam... Siap jeling2 dan berakhir dengan popia!
Hahaha...betul, memang kurus sikit.
PadamHappy spoon untuk makan sajian yang mengujakan
BalasPadamJemput ye.
PadamBerselera betul Daus makan ye... Badan kecik macam Angah je ni tapi kuat makan hehe.... Tengah membesar, gitulah Kak Amie kan :)
BalasPadamYa, tengah membesar. Apa orang kata, proses tumbesaran.
PadamMeriah juga menu ringan2nya ye. Sejuk je tekak tengok ais kacang tu. Ada aiskrim di atasnya.
BalasPadamSedap ais kacang tu.
PadamMeriah kue teaw nya..
BalasPadamKentang cheese tu bukan Daus je tak senang duduk. Yg baca ni pun rasa tak tahan.. 😋😋
Hahahaa....menggoda sungguh ye jentang cheese tu.
PadamBudak-budak sekarang semua makanan ada cheese, kita yang tua ni layan je lah. Kadang-kadang masak western food sendiri di rumah biar puas mereka makan.
BalasPadamKami jarang makan kuetiau di luar sebab suami pandai masak kuetiau basah dan kering.
Untungnya suami pandai masak.
Padamwow.. kuetiau goreng basah tu udah dah kopek lah... baru senang nak makan.
BalasPadamKan. Kalau udang berkulit kacau mood pulak ye.
PadamDaus nampak lain la kak, nampak makin dewasa dengan rambut nya tu pastu nampak dah makin selim dia
BalasPadamYa, besar sudah dia. Umur dah 12 tahun.
Padambyk juga menu ringan2 tu..ais kacang tu sedapnya
BalasPadamMemang sedap ais kacang tu. Banyak kacangnya.
PadamFirdaus nampak sudah besar.
BalasPadamSedap juga, makan makanan yang ringan-ringan ni. Onion ring tu, ada banyak, puas makan.
Ya, memang sedap bawang goreng tu, gemuk manis rangup.
PadamNampak ais kacang merah paling sedap sebab tengah berpeluh baru siram baja pokok.
BalasPadamOh, memang ngam tu singgah sini jamu mata dengan ais kacang.
Padamsy berkenan pula dgn 'pinggan' kuetiau tu... kalau slh sangla ingatkan nyiru mini😁
BalasPadamooo peminat kentang goreng ya😁😁x senang duduk member tu dibuatnya
Haaaa....kira nyiru mini moden la tu Anies.
PadamFokus betul muka firdaus tilik2 menu. Macam tengah jawab exam!
BalasPadamFirdaus memang setia dengan fries dan onion ring tu kan..fav dia tu...mesti ada dalam setiap menu kan Kak Amie...sedap plak tengok semua makanan tu...
BalasPadamTempat favourite Daus ni. Layankan kalau dia nak makan. Lain betul rupa Daus sekarang kak Amie. Nampak banyak menyusut. Rambut pun dah panjang. Nampak macam dah matang sikit pun ye. hihi. Tahu-tahu nanti dah masuk sekolah Menengah. Eh jauh betul saya fikir.
BalasPadamAir kosong pun kena bayar juga sekarang kan. huhu...