Jom Cari Makan Tengah Hari di LD
8:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Balik dari ladang terus ke bandar LD untuk ambil tempahan plak sempena Program Anda Hebat yang akan diadakan pada hari Jumaat ini sempena pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan calon-calon SPM 2025.
Sebelum pulang ke rumah, kami tiga beranak singgah cari makan di Geprek Kitchen. Sesiapa yang tersesat atau tersinggah di LD bolehlah menjamu selera di Geprek Kitchen. Gunakan WAZE sahajalah untuk cari lokasinya. Senang bah itu!
Setiap kali kami datang ke Geprek Kitchen, terutama pada waktu tengah hari ke petang sedikit, restoran ini sentiasa penuh dengan pelanggan. Makanan yang dihidang pun semua panas-panas belaka.
Tengah hari tadi kami makan:
| Makan Tengah Hari di Geprek Kitchen |
| Chinese Tea |
| Firdaus - Nasi Goreng Ayam Buttermilk |
Encik Suami dan Firdaus memilih nasi goreng. Entah kenapa kedua-dua anak-beranak ini suka sangat makan nasi goreng di kala tengah hari bolong! Firdaus memang hendak makan ayam butter basah, tak mahu yang kering. Encik Suami pula, katanya sukakan rasa masam mangga!
| Encik Suami - Nasi Goreng Thai Ayam Mangga |
Kata Encik Suami, sedap rasa sosnya. Kita cuba rasa, memang sedap!
| Amie - Udang Goreng Salut Tepung |
Kita pula memesan Udang Goreng Salut Tepung. Kita minta saiz M sebab ada Firdaus. Budak sedang membesar memang sentiasa berselera untuk makan. Banyak jugalah dia makan udang goreng tapi akhirnya tinggal seketul, tak boleh dah masuk perutnya sebab kekenyangan. Encik suami tolong bantu habiskan.
| Comel kan Udang Goreng Salut Tepung. |
19 comments
sedapnyaaa semua tu kak....terlapar plak perut SA...
BalasPadamMari makan sama SA.
PadamNampak sedap ayam mangga tu.
BalasPadamBetul. Encik Suami kata sedap.
PadamUdang goreng salut tepung tu first time nampak..rangup agaknya kan..cecah sos cili..wah sedap tu..
BalasPadamYa, rangup. Isi udang pun besar.
PadamMakan nasi goreng di kala tengahari bolong 😁 - dah lah nasi goreng panas, makan pulak masa matahari terik. Tapi kalau tempat makannya berkipas/air cond enak je.
BalasPadamEntahlah, itulah yang anak dan bapa pilih. Yangnpenting kenyang...ahaks!
PadamKak Amie makan apa???
BalasPadamMakan udang goreng salut tepung.
PadamNasi Goreng Ayam Buttermilk tu sedapnya. Udang salut tepung, gebu2 betul.
BalasPadamMemang gebu udang goreng tu. Kenyang makan.
PadamNasi goreng thai ayam mangga nampak sedap
BalasPadamSedap tu Notie.
PadamKak Amie makan lauk je, ye? Semua makanan nampak sedap belaka. 😋
BalasPadamTak makan nasi. Ratah udang goreng jew.
Padamkenyang ke makan udang goreng tepung je? hehe
BalasPadamKenyang.
PadamAaahhhhhhh sedap semuaaaa nih. Walaupun kalau ada udang, pasti saya akan pilih udang juga 😄😄. Goreng tepung pula 🤩👍.
BalasPadam