Happy Belated Birthday
10:04 PGBismillahirrahmanirrahim.
Terima kasih daun keladi buat rakan-rakan yang menceriakan hari ulang tahun yang kesekian tahunnya! Terima kasih Cikgu Jusna, dalam kesibukan tugas di ladang sempat menaja kek hari jadi pada 17 November 2025, hari Isnin walaupun jatuh hari ulang tahun pada hari Ahad 16 November 2025. Dapatlah bersama-sama rakan penoreh meraikannya di ladang.
Terima kasih juga buat anakanda Julia yang datang lewat malam ke rumah hantar kek. Susah payah Julia datang waktu malam sebab sebelah siang sibuk bekerja.
Video kenangan ulang tahun 2025 dan tahun-tahun ke belakangnya!
Sempena jamuan akhir tahun di kelas, sempat juga sambut ulang tahun pada hari Khamis 20 November 2025 bersama anak-anak kelahiran November.
| Selamat ulang tahun buat November Babies. Semoga sihat dan ceria selalu. |
| Layan sahajalah anak-anak kesayangan nak bergambar di mana... ahaks! |
Ada seorang anak murid tegur, kenapa ketua kelas tempah kek dengan nama Babis? Alolooo... kesian pula ketua kelas dipersalahkan. Sebenarnya itu kesilapan pekerja SR, sepatutnya Babies bukan babis. Terima kasih ketua kelas, Lee Ching Har dan kawan-kawan.
13 comments
adoila .. boleh pula typo atas kek ya... takpelah.. yang penting ingatan dan usaha untuk meraikan. Happy belated birthday kak amie.. semoga dikurniak rezeki yang banyak, kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berpanjangan di samping keluarga tersayang.
BalasPadamaduhai dia punya typo buat orang tersentak haha
BalasPadamhappy belated birthday kak amie..moga sentiasa sihat,sentiasa bahagia disamping keluarga,moga yang baik2 semuanya untuk kak amie
Aduh, typo pulak 😅
BalasPadamTakpelah Kak Amie, it's the thought that counts.
Happy Birthday 🎂
Semoga sihat selalu, luas dan berkat rezeki serta sentiasa dlm lindungan-Nya 🤲🏻
Typo nya buat gelak lah 😅🤣🤣. Tapi yg penting semua paham apa yg dimaksud ....
BalasPadamMeriaaaaah ulang tahun kak Amie bersama murid2 yang lahir November juga yaaa 🎉🎉🎉
Alahai babis jadinya tu 😅. Happy birthday cikgu amie. Beza beberap saja dengan birthday Cie.
BalasPadamBelated Happy Birthday Kak Amie. Seronoknya banyak dapat kek sempena ulang tahun. Kesian pulak ketua kelas dipersalahkan. Takpelah, kita raikan saja.
BalasPadamMacam mana boleh tersilap ejaannya.. Happy Belated Birthday. Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu... Aamiin ..
BalasPadamSensitif betul tulisan kat kek bd tu.
BalasPadamHehehe.. masa tengok kek tu dah krik.. krik.. bila baca.. oo gitulah yang terjadi. Mungkin ketua kelas pun tak check sebab staf SR sudah siap masukkan dalam kotak.
BalasPadamtetiba saya cuak bila nampak perkataan babis tu kak... hehehe
BalasPadamapa-apa pun happy belated birthday kak amie
semoga sentiasa sihat selalu dan dimurahkan rezeki sentiasa...
aminnnn
Allahh, terkesima tgok typo tu xD nasib baik kek sedap!
BalasPadamseronoknya gabung kek dgn ahli november babies!
Aduhai pekerja Sr ni masa tulis tu tak tanya ke betul ke tak. Kalau pelanggan complen tak pasal kena hukuman plak. Apa pun Selamat ulang tahun belated lah ye lupa nak wish. Semuga semua impian Amie Allah makbulkan. Di kurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan bersama keluarga berkekalan. Semuga tahun hadapan dapat menantu baru. Ahaks... amin
BalasPadamOpsss cucu baru ke cucu perempuan pulak. Aamiin
BalasPadam