Cerita Tentang Penat Yang Pelik!

11:13 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat berhujung minggu bersama yang tersayang. Semoga ceria-ceria sahaja sepanjang hari ini. Jangan lupa jaga kesihatan, amalkan gaya hidup sihat, mental dan fizikal perlu seimbang.

AI Generatif Google Gemini

Malam tadi terbaca sesuatu yang menarik di Public Health Malaysia : Semakin ramai orang merasakan penat yang pelik. Terima kasih atas perkongsian  ini dan mohon izin untuk paparan di sini pula.

Kredit : Public Health Malaysia


Semakin ramai orang merasakan penat yang pelik.
Penat yang tidak hilang walaupun tidur panjang. Penat yang masih ada walaupun hujung minggu sudah digunakan untuk berehat. Penat yang membuatkan badan bangun, tetapi jiwa masih rasa berat.

Ia bukan penat fizikal semata-mata.
Ramai orang sebenarnya penat kerana fikiran tidak pernah berhenti bekerja.
Bangun pagi terus fikir apa yang tertinggal.
Sepanjang hari fikir apa yang perlu diselesaikan.
Malam pula masih memikirkan perkara yang belum tertutup.
Apa yang ramai tidak sedar, penat jenis ini memberi kesan kepada kesihatan.
Apabila minda terlalu aktif, tubuh bertindak balas seperti sedang menghadapi bahaya.
Degupan jantung meningkat.
Gula darah menjadi tidak stabil.
Tidur menjadi cetek.
Sistem saraf berada dalam keadaan tegang walaupun tubuh tidak bergerak.
Inilah sebabnya ramai bangun pagi dengan kepala berat dan badan tidak segar.
Inilah sebabnya rehat biasa tidak mencukupi.
Inilah sebabnya penat itu kembali walaupun tidak melakukan apa-apa.
Tubuh bukan meminta kita tidur lebih lama.
Tubuh meminta ruang.
Ruang untuk berhenti seketika.
Ruang untuk melambatkan langkah.
Ruang untuk melepaskan beban kecil yang selama ini dibawa dalam diam.
Ruang untuk kembali stabil supaya hormon turun, saraf tenang dan jantung dapat berehat.
Kesihatan bukan sekadar pemakanan dan tidur.
Kesihatan juga tentang memberi peluang kepada diri untuk diam.
Untuk menenangkan diri tanpa rasa bersalah.
Untuk mengambil masa tanpa tekanan.
Untuk mengingatkan diri bahawa manusia tidak boleh hidup dalam keadaan “aktif” sepanjang masa.
Jika badan terasa berat tanpa sebab jelas, itu bukan tanda kelemahan.
Itu petunjuk bahawa tubuh memerlukan rehat yang berbeza.
Rehat yang memulihkan, bukan sekadar tidur.
Rehat yang memberi ruang untuk nafas kembali panjang dan fikiran kembali ringan.
Kadang-kadang, satu momen tenang lebih menyembuhkan daripada berjam-jam berbaring.

AI Generatif Google Gemini

Bukan manusia sahaja yang penat, AI Generatif Google Gemini pun penat juga. Lagilah kesian, sebab beberapa kali kita minta buatkan gambar pemandangan sungai dengan air mengalir jernih di tepi sungai ada batu dan pokok bunga kecil-kecil untuk entri pagi ini, diberinya kita gambar ayam panggang nan seekor! Dia perli ke apa... ahaks!

Kawan-kawan pernahkah rasa penat yang pelik seperti dalam paparan Public Health Malaysia?

1 comments

  1. Sihat ayam panggang tu, kak. Cukup makan itu je, tanpa nasi, boleh kenyang.
    Saya pernah rasa penat yang pelik ni. Sebab itu saya cuti blog 4 hari. Tak buat apa-apa pun, saja bagi otak rehat. Fizikal rasa kuat, mental yang rasa letih.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe